Thanks for visiting! HaVe Fun N HaPpY Go LucKy!!! Don'T ForGet To Be OnE oF My FoLLoWerZ

Friday, December 10, 2010

Obsessed Dengan Mamat tu!!!!!!

Wargh!!!! Y'all please SALAH FAHAM!! Haha... Sorry.. Bukan mamat tapi MyLOve ni... Hahh... My sweet love.. I'm addicted to eat.. Tooooooo OBSESSED with this so cool boy.. *boy or girl??* Don't know... Macam mana ni..... Sebab Twitter (yup... Twitter) Diana tak sempat nak makan, tidur lambat (tak tidur langsung pun ada), tak sempat exercise, tak sempat tengok Naruto and Detective Conan *Hehe.. Kanak-kanak riang la katakan* and bangun super lambat.. LAlalalalaLA... Shut up, you!!! Haha... Nak tau kenapa Diana terlalu menyayangi Twitter?? *Tak nak* Nak bagitau jugak... Bla la... Ehh.. Jangan Bla.. *Ni nak cerita ke tak nak??* Ye la...

OSESSED & ADDICTED!! :P

  1. Twitter BEST!!!
  2. Twitter COOL!!
  3. Twitter drives me INSANE
  4. I've a lot of FOLLOWERS (Berlagak la ni)
  5. Many CELEBRITIES are following me.. (Berlaga lagi.. Tak boleh blah)
  6. My followers love me a lot... <3 (Perasan)
  7. My followers always mentions me (Apa kejadahnya 'mention' tu)
  8. Dapat communicate with individu dalam and luar negara (Best owh)
  9. I'm having a lot and lot of fun
  10. And last............................... TWITTER BEST!!!!
Sorry Facebook... Not my top Social Network anymore.. Love Twitter more... No offense, MY SWEET fACEBOOK...

Facebook: Warghh!! Mama!! Diana tak cintakan FB lagi... WARGH!!!!


LALALALALA!! If y'all ada Twitter, Follow me and I'll surely follow you back.. @iDiana_97

My Celebrity (Follow me on Twitter.. So far): @IslandRecords @PleasureEllis @NMDofficial @NeYoCompound @BillZucker @SLOTCHMUSIC @ModelMarkMunroe @UVMusic @TheStunners @gimmemotalk @MySpace @justinbieber @TheCodySimpson @McDonalds @Tinashe_K (Lihat di sidebar.. SEKARANG!!!)

Tuesday, December 7, 2010

Jadilah Seperti Patrick Star ~~ Seriously!!

 ~Diana tak minat sangat cerita Spongebob Squarepants~



bca sampai habis tauu ..
Seorang Patrick Star adalah seekor bintang laut yang merupakan sahabat SpongeBob Squarepants. Walaupun sering kali tak berkonsentrasi dalam apa-apa pun percakapannya and selalu salah faham, Patrick adalah sahabat yang baik. Betul!!! Setiap pagi Patrick akan berdiri di luar rumahnya untuk berkata "Hai SpongeBob"kepada SpongeBob yang akan pergi ke tempat kerjanya di Krusty Krab dan Patrick akan terus berdiri di luar rumahnya sampai SpongeBob pulang dari tempat kerjanya untuk bermain berdua.

Dialog-dialog antara Patrick dan SpongeBob walaupun kadang-kadang nampak bodoh, tapi terkadang mampu mengandungi mesej yang sangat dalam. Some maybe-cool-examples:

1.Spongebob: Apa yang biasa kau lakukan bila aku pergi?
Patrick: Menunggumu kembali.

2.Saat SpongeBob menjadi kaya dan melupakan Patrick dan akhirnya teman-teman SpongeBob pergi dari SpongeBob,
SpongeBob memohon kepada Patrick, dan Patrick berkata:

"Kalau wang mampu membuat aku melupakan sahabat terbaikku, maka aku lebih memilih untuk tak ada wang sama sekali'' -Hmmm-

3.Saat Patrick difitnah mencuri jaring ubur-ubur cool milik SpongeBob, Patrick berkata:"Tak apa kawan. Aku mungkin hanya bintang laut yang hodoh. Lebih baik aku pergi dari Bikini Bottom. Ini, turunkan barang-barang aku. Tapi aku tak pernah mengambil jaring mu kawan.

"Patrick mengajar kita mengenai makna persahabatan yang tak lekang oleh waktu.Alangkah great-nya, sesekali disaat y'all mendampingi adik-adik y'all, atuk y'all, nenek y'all, pak cik-makcik menonton caroon SpongeBob SquarePants, y'all menyelipkan mesej tentang persahabatan yg dicontohkan oleh Patrick. Dan tentunya mesej setiap manusia dan makhluk ciptaan Tuhan yang lain mempunyai kelebihan yang layak dicontoh oleh sesamanya.

ThIs is Someone's Patrrick n she/he l0vE It ~~ 
Yeahh dapat seluar baru .. !! spongebob bagi emm hah korang apa tengok-tengok..!! Nak curi kaa .. ??! Jagan harap!! Buuu ~~

Monday, December 6, 2010

Why GUCCI!!!

KAU PEMBUNUH YANG KEJAM!!!! Maybe y'all ingat Diana dah tak betul tapi
DIA MEMANG KEJAM..!!
OK, maybe Diana and family boleh maafkan dia *dah maafkan pun*, tapi please la ada hati yang comel sikit...
Lepas membunuh, please move-kan mayat di tempay yang OK sikit... Jangan la letak kat TEPI
TONG SAMPAH RUMAH ORANG!!!
Tak patut langsung,, Kesian la sikit kat kucing tu a.k.a KUCING DIANA NAMED GUCCI tu...
Apa salah dia??!!
Diana especially mama risau giler time Gucci tak balik rumah... FYI, Gucci dah hilang sejak
Jumaat ke Sabt tah... Tak ingat!! (pe la.. Tak ingat)

PEMBUNUH YANG MEMANG KEJAM!! (lebih-lebih la pulak)
Memang la lebih-lebih cuz Gucci terbiar TEPI TONG SAMPAH sampai berulat...
Dah la pecah perut kucing tu.. Semua intinya terburai...
Tulang hancur!! Kepala pecah and lembik (Rasanya otak and tulang dah reput or kena makan ulat sebab tak nampak)
Diana ambil masa 5 minit untuk
angkat Gucci guna cangkul masukkan dalam paper untuk ditanam..
Dah la kena buat sorang-sorang memandangkan
cuma dapat bantuan dari cangkul je..
Farah pula terlamau takut nak tolong...
Arghh!! Sakit hatinya.... Ni kali ke-empat berlaku benda yang sama..
At least yang ketiga-tiga OK la jugak.. Boleh nampak...
Kesian, Gucci.. Love you so much...

Me AnD Mr.Ultraman ~~ Not Actually ME!

Me: Konichiwa, Ultraman-san!
Ultraman: Apa khabar, Visiteur-san!

Me: Wow! Ultraman reti cakap bahasa jepun?
Ultraman: Mesti lah, beb! Gua ada ramai peminat di seluruh dunia. Gua kena lah belajar macam-macam bahasa.

Me: Cool! So, what you been up to, dude?
Ultraman: A bit tired. Fought a monster last night in Fukushima prefecture. We fought until we reached the seaside in   Hamadori. A lot of people died.

Me: The monster killed so many?
Ultraman: Actually, gua terjatuh and terhimpit mereka.

Me: Er, I see. Banyak lagi ke monster kat dunia ni?
Ultraman: Ada lah. Tapi mereka dah malas nak lawan. Dah ada agent and publicist. Merchandising rights. semua lawan nak dapat market share saja. Boring lah, beb!

Me: I see. So bagaimana brader-brader lu? Ultraman Tiga, Ultraman Taro .. ?
Ultraman: They all OK. Tiga dah bersara. Sekarang dia buka restoran sushi kat Shinjuku. Bini dia baru beranak.

Me: Wow!
Ultraman: Yeah. Bini dia makhluk Bumi. So at first, family gua bantah, sebab we all boleh kahwin dengan orang Planet Ultra saja. But thank the Ultra-Gods, my father, Utraman yang bertanduk tu, finally gave his blessings. Cucu dia tu bertanduk jugak, so happy lah dia.

Me: What about Taro?
Ultraman: Taro tengah buat multi-level marketing jual ubat untuk timbulkan muscle ...

Me: Eh, Kenapa Ultraman semua tak nak jadi superhero lagi?
Ultraman: Tu lah. Nowadays terlalu ramai superhero. Gaban lah, Power Ranger lah, ni lah, tu lah. Yang paling teruk si Baja Hitam tu lah. Lawan macam pondan tapi marketing power dia kuat. Sebab tu boleh jadi popular. I always say, never trust superhero yang bawa motosikal, superhero yang pakai topeng pelik-pelik. We all Ultramen don't need all that cosmetic bad word.

Me: Wow, marahnya Ultraman.
Ultraman: Siapa tak marah? Bagero! Superhero ciplak ni semua tak original lah. And they all no integrity or morals. Last week, I dengar Gaban kena tangkap dengan gadis bawah umur. You see?

Me: Man, that is sad.
Ultraman: Tu lah. That's why kalau tak Ultra, memang tak world lah.

Me: Wuhu! Lu peminat Mawi ke?
Ultraman: Adalah sikit-sikit.

Me: So, Ultraman, what's your future plan? You going to give up being a superhero too?
Ultraman: No way. I love my job too much. But my girlfriend complains that I work such long hours. And when I come home at night, I'm always tired and my chest light is always beeping.

Me: Woooo! Sounds like you might need some of that ubat from your brader Taro.
Ultraman: Good idea! I better give him a call tonight.At this point, Ultraman receives a distress call from Yokohama, where a monster is attacking the train station. So off he went, into the blue yonder, to fight yet another worthy adversary.World!

 Me:ultaman aku nk balikk so byee ..
 Ultraman:w0keyy see you laterr ..

 THE END ~~


Sunday, December 5, 2010

1# Award


Thanx, Jiha untuk award yang entah menarik ke tak ni.. Luv ya not too much. Hehe...

1st Award..!!!

Aww!!! First and not second of all, Diana nak ucap thanks giler-giler kat Jiha yang telah meng-award-kn Diana for the first time ever.. Thanks, Jiha... Love you and don't wanna be you.. Haha.. I'm not super lesbian yang cute, ok... LALALALA... Betul la... Kalau y'all nak tengok award ku *tak payah la menggedik sangat.. Tengok selamba cukup la.. Hehe* tengok kat ---> Choose Da Want You Like <---, ok... Tak tau kat mana..??? Aishh... Kat atas tu.... Setakat ni, baru satu.. T . T
Rajin-rajin la award-kan Diana... I'll do the same to you if Diana rajin macam ......

Saturday, December 4, 2010

Woahh!!!!

Hey, y'all.. Kalau y'all perasan and still tak perasan maknanya y'all terlampau buta tak nampak apa yang Diana type.. Buat penat je sekarang ni, time-nya ialah 5.36 AM.. Haha... Saja menunjuk kelewatan tidur.. And yup.. TAK TUDUR LAGI... Huhu.... Minah apa macam ni...?? Don't ask.. I won't answer it.. BLA BLA BLA BLA.. Who are you... Shuh... Go away.. No, don't stay.. Tengok s\monitor sampai lebam, k.. And thanks kerana ambil berat tentang entry tak guna ni.. :) (:

p/s: BLA BLA BLA BLA

Friday, December 3, 2010

Malas

Hello y'all... Just nak bagitau, Diana maas nak post makanan kat Choco.. sorry... :)

Tuesday, November 30, 2010

Yuhuuu..!!!

Hey, y'all... Sorry la dah 2 minggu tak bagi makan kat Choco Diana ni.. Ye la, sejak sibuk ber-dating dengan BF, memang tak ada masalah... No offense, Choco.. (Still LOVE you) BF ku yang comel, yang manja, yang cute.. Eh, bukan dah sebut ke... BTW, BF Diana ni bukan manusia mahupun makhluk asing di Marikh tapi my own TWITTER... Haha... Terlebih obsessed nak bagi sampai 1000 followers... Kalau y'all berminat nak couple aka follow BF Diana ni, just click this>> @iDiana_97 but, don't forget cipta Twitter dulu.. Kalau tak, macam mana nak couple and buat Diana jealous.. LOL.. BTW, Diana dah bet dengan diri Diana yang comel ni untuk tak bagi makan Choco sampai dapat 1000 GF untuk Twitter Diana...

And guess what...??? Yes.. Dapat 1000 GF.. See, betapa kekacakan Twitter Diana dapat menarik ramai perempuan, lelaki, lesbian, and gay untuk menjadikan Twitter Diana sebagai kekasih sejati... Haha... And jangn risau, Diana akan follow y'all kalau y'all minta, ok..

Thursday, November 25, 2010

Tuto: BlockQuote

Salam y'all yang mengasihi Diana,
Tutorial kali ni pulak, Diana yang terlebih teruja sampai sanggup tulis entry ni pada 12.40 AM nak ajar macam mana nak letak blockquote ;)
Huh!Dah lama mencuba buat blockquote ni tapi tak jadi-jai.. Last-last, give up je.. Hehe.. 
Nak tahu sebab apa? Sebab tak tekan publish post! Diana pergi tengok preview!
Rupa-rupanya kalau tengok preview takkan nampak T_T'.
Hehe.. Memandangkan tak ada sape nak tolong, terpaksa wat sendiri.. Blame myself.. :P


Let's START this annoying thingie
  1. layout>>edit html
  2. Tekan ctrl + f search .post blockquote {
  3. Copy dan pastekan di bawah .post blockquote {
background: url(URL background);
border-top: 1px dashed #000000;
border-left: 1px dashed #000000;
border-right: 1px dashed #000000;
border-bottom: 1px dashed #000000;
URL background tu delete,dan gantikan dengan url background yang korang suka,Lepas tu
yang 000000 kalau korang nak tukar colour klik sini

4. Save template!

Cara-cara nak guna blockquote :


1. Pergi new post


2. Tulis ayat apa-apa je yang mengarut. Than, highlight dan tekan blockquote!


3. Terus tekan PUBLISH POST!

4. FINISH.. END OF STORY.. Story ke??? :P

Kalau tak dapat tanya Diana kat Ask me anything kat sebelah sidebar! ;)
Follow my blog , ok!

Wednesday, November 24, 2010

Wuhuu... NEW!!

hey, y'all... Great new... I have one more new social network... Haha.. Makin bertambah.. Sakit kepala nak hafal password memandangkan semua berlainan.. naik gila dibuatnya.. Oit, Oit.. Tengok.. Dah tak betul dah.. LOL.. Ok, ok.. Since my papa suruh Diana tolond dia tanam pokok and musnahkan pokok pisang, better diana bagi tau..



MyNewSocialNetwork>>> FormSpring


Huhu.. So, ask me... My URL>> NuurDiana Haha.. Selalu-selalu la tanya soalan bodoh yang boleh memeningkan kepala Diana sampai kena amnesia.. Wooow...

formspring.me

Ask me anything you want http://formspring.me/NuurDiana

Why He Hates Me????

Why he hates me..?? What did I do wrong...???!!!

Haha.. Mesti y'all macam orang gila tanya *pesal ni?? Sape-sape..?? Meh aku belasah jantan tu* Huhu.. Thanx sebab ambil berat.. Like it... Buat selalu, ok...

But, da not-so-huge problem is, I was talking bout my cat.. yep.. I call it a 'he'... I don't know why.. Ask my cat if y'all can talk to it.. I bet y'all can't..  Gila ke boleh cakap dengan binatang.. Kiamat tu.... Huhu.. Jangan salahkan Diana... Salahkan kucing Diana yang suka larikan diri lepas nampak muka Diana yang cute ni.. Haha.. Minah perasan in da blog.... Uhuhu.. Senyum lebar sampai ke telinga.. Ooohhh.. Macam mana tu.... O.o
Haha.. Not so funny but still, haha... Now on twitter... Boring gil kut.. Tapi entah kenapa suka.. I Love TWITTER... Y'all see... Gila kan Diana ni.. Pesal dengan otak Diana ni.. Skru untuk internet tercabut ke..?? No... Jangan.. T . T

Monday, November 22, 2010

15 Super WAYS!!!



Uhu.. Tak bermakna Diana tengah bercinta.. Maybe in love ada.. Haha.. In love with Justin Bieber.. But, as a friend only... But, just typing this entry for fun.. For da love birds, da sweet couples and even da stupid couples... No  offence, ok... Haha...



p/s: Not in love except with Justin Bieber

No....!!!!!

ARGHHHH!!!!! Help me you fool.. (Jangan perasan.. Bukan y'all) I'm typing 'bout my flying away ideas... Waaaaaa...... T . T... come back, my sweet beautiful ideas... Why...??? Why you left me and Choco like this.. What did we do wrong... Haaa!!!!... So, and yes.. Semua idea Diana untuk post entry telah pergi meninggalkan Diana and maybe akan pulang sebelum senja.. Yeahh... My ideas will miss me a lot... Jangan risaulah... Idea Diana akan pulang balik.. *macam mana kalau tak??* Waa.... Jangan type macm tu... *Bukan saya yang type* .. Uhu.. No comment... Aha.. Watching 'The Scream Team' on Disney Channel.. See, ideas.. Apa yang telah anda buat... Anda buat Diana type benda merapu... I'm begging you.. Come back to me...... Alright, that;s it...


-End of Entry-

Sunday, November 21, 2010

Why???!!!

Ya.. title yang sering digunakan oleh manusia zaman sekarang especially remaja yang bukan kuno yang guna internet yang gila-gila punya lembab tahap siput yang mabuk.. Dapat bayangkan..??? So, y'all boleh tahu apa maksud entry Diana kali ni.. And, yup.. Internet... Eh... Bukan internet, tapi salahkan broadband XXXXXX (tak boleh namakan broadband, takut kena ban..) yang memang lembab and tak boleh cepatkan and boleh dilembabkan.. Arghh... Kan bagus kalau Diana sekarang ni ada di office mama yang internetnya gila punya cepat macam helikopter.. Faham-fahamlah (gaya Adibah Nor dalam iklan) atau lebih bagus lagi, kalau office mama tu bilik Diana yang dihias dengan poster Justin Bieber, Cody Simpson, Taylor Swift and Miley Cyrus (ya.. Stilllike Miley although she'd changed a lot).. Than, ada buku-buku fiksyen yang menarik, laptop apple, katil cute (tapi, bukan princess), bilik pakaian macam Miley's dalam cerita Hannah Montana... oooooo.. Bestnya.. Lagi best dari jumpa orang yang kita tak suka...  Wah.. Setiap hari, setiap masa, setiap saat, Diana akan be-romance dengan internet... Ops...

p/s: Still single...

Friday, November 19, 2010

OIT!!!

Yuhuu.. Anyone's here... Of course la.. Ya ke..?? Biar lah... As you see... Choco dah berwajah baru.. Lebih happy and gelap.. Oooo... Tapi still cute.... Enough about Choco, I wanna tell about my happy day... Farah won't bug me around till this Sunday... Yay.... Boleh curi laptop and TV... Guna sepuas-puasnya sampai sakit mata and buta.. It's all mine.. Mine, I tell you.... WAHAHAHA.. I'm gone mad already.... Biar Diana gila... Biar Choco gila.. Biar semua orang gila... HAHAHHAHA... Ok, Bye..

Favicon

Hello, world.. Cepat la balas... Diana sedang menanti... Huhu.. hari ni Diana nak ajar cara buat Favicon... Bawah ni favicon la.. And as you see, Choco pun ada.. Cute, kan.. Tapi, tak se-cute tuan Choco ni.. Hehe... Dah-dah.. Meh sini Diana ajar macam mana nak buat favicon se-cute favicon Choco ni...





Come on...
  1. Log in --> Design --> Edit Html
  2. Tekan Ctrl+F serentak search
  3. Copy and paste code ni kat bawah
<link href='URL FAVICON' rel='shortcut icon'/>

Kalau takut sangat, preview dulu baru save template :D

(HANYA PENGGUNA MOZILLA FIREFOX SAJA YANG NAMPAK)

Bagi pengguna Google Chrome,Diana belajar dari Akak Intan Nurul Fateha :)


Free URL Favicon :P :


=http://i840.photobucket.com/albums/zz326/hanietweeties/01.gif

=http://i840.photobucket.com/albums/zz326/hanietweeties/34.gif

http://i840.photobucket.com/albums/zz326/hanietweeties/02.gif

http://i840.photobucket.com/albums/zz326/hanietweeties/28.gif


http://i840.photobucket.com/albums/zz326/hanietweeties/1245145864-358108.gif

http://i840.photobucket.com/albums/zz326/hanietweeties/image8986167.gif

Sebuah Puisi Untuk Rusuk Kiriku

Sebuah Puisi
Sebuah Puisi Untuk Rusuk Kiriku
Kau tidak rasa ;
tapi aku berjalan sendiri,
di bawah lebat hujan,
menjajar sebuah langkah,
yang mendatar jadi keluhan.
Kau tidak faham ;
tapi di hujung terowong,
aku disambut sinar suria suam,
membisik semangat paling membakar,
yang hingga kini bernyala garang.
Kau tidak tahu ;
tapi di akhir perjalananku,
aku simpan semua cinta bahagia,
yang ku kumpul padu jadi hidupku.
Dan kau berdiri di ambang gerbang syurga,
menjadi pemimpin simfoni 44 suara bidadari ;
nyanyikan aku lagu paling mendayu,
sebuah lagu selamat datang.

~Nukilan: Haryadi H.
http://akuseorangedy.blogspot.com

Puisi Cinta : Cinta Yang Tertinggal

Puisi Cinta : Cinta Yang Tertinggal
Cinta Yang Tertinggal
Maafkan aku
Membiarkan cinta itu tertinggal
Di ruang yang kian kekosongan
Bukannya aku sengaja
Memisahkannya dgn fitrah yg tercipta
Aku cuma tak berupaya
Meneka warna dalam samar dan gelita
Berhias sehelai selendang ungu
yang bersulam bibit rindu..
Dan sekuntum mawar putih
yang beralas sejambak kasih..
Ku titip padanya sebuah puisi
menjadi seindah warna pelangi..
Lalu ku biarkannya di situ
Suci tanpa debu
Tanpa siapapun tahu
Dan di saat catatan ini ditulis,
cinta itu masih tertingggal
bersama harapan, impian dan doa

Nukilan:
Mohd Ariff
http://may256.blogspot.com/

Puisi : Kerusi

kerusi
Kerusi yang satu
menjadi rebutan
manusia pelahap.
Manusia yang pelahap
menanam igauan dan mimpi
untuk duduk di atas kerusi itu
sanggup bersilat seribu langkah
sanggup mengampu seribu helah
licik bagaikan seekor tedung
yang menerkam dalam senyap
sesiapa sahaja yang menghalang
impiannya untuk duduk di kerusi itu.
kerusi itu hanya satu
siapa bijak dan licik
maka dialah berkuasa!

Nukilan: NAAPIE MAT
Email: napiemat@gmail.com

Thursday, November 18, 2010

Downloading...

wOOHOOOO.. Diana tengah download lagu hampir 20 lagu.. Best.. Dapat pelang download tanpa Faraah di sisi buatkan Diana bebas untuk downoad apa-apa pun...

WOAH...!!!

GILA LAH... Lamanya Diana tak tambah accessories kat Choco ni... Kesian Choco lama tak make-up.. Sorry, ok... Laptop Diana kena serang penyakit anjing gila.. Terpaksa menyusahkan mama Diana untuk beli laptop mahal yang baru... Wah.. Kejamkah diriku ini..??? Tak payah balas.... Diriku tk sekejam yang disanga... Che wah... Diana sekarang tengah terjaga .50 am buat kerja bodoh and tak buat solat k.. Sah-sah malas... Apa-apa pun, terjaga pagi-pagi ada sebab.. Just nak berlgak dapat no. 1 dalam kelas.. Yeah.. Hold the applause.. Selain iu, dapat jadi TOKOH WIRAWATI SIVIK TAHUN 2010.. Sekali lagi, hold the applause.. Budak tengah kembng ni.. Hehe... Ok, Ok.. Have to stop now.... Bye, all

Sajak: Kain Buruk Ayah

Kain buruk ayah kalau tiada segala buat menjadi payah jangan sekali-kali diserah nanti hati ayah jadi parah
Ke danau buat basahan
kalau di kepala jadi lilitan
berteleku di surau menyembah Tuhan
dingin malam menyelimuti badan
Jangan diserah kain buruk ayah itu
biar rabak, putus benang beribu
biar renyuk, kedut berdebu
tiada sehari hati ayah jadi sebu
Kain buruk ayahku
kusam dan masam berbau
hari-hari dibasuh ibu
kasih mereka menjadi jitu
Kain buruk ayah kini tiada
sejak ayah emak pergi berdua
kurang sejengkal masih tinggal di beranda
kekal di situ menjadi tanda

~Nukilan:
Muzamir
Hulu Kelang, Selangor

Sekadar Di Tangga Pentas

Di tangga pentas
menggertak menggegar
ramai berdendang
menuntun di tangga kambing
jerihlah bibir-bibir mengukir
bersimpang siur seloka-seloka
liuk gemalai merdu
di seli nista sumbang
entahkan harapan jelata
entahkan bala menimpa.
Tiba-tiba ramai berkebun
bertanamlah cili mereka
ada yang tanam tebu
ada yang tanam belimbing
ada yang kekal menanam sirih
beraya berkunjung
menyendeng tanaman mereka
entahkan harapan jelata
entahkan bala menimpa.
Senyum kambing
di tangga kambing
kecundang bertandang
terus kecundang
surai bersalamlah mereka
meninggalkan pentas
meninggalkan tangga kambing.
Moga-moga reda di persada.

~HaizamOLEK
20703102010

Puisi Buat Bonda

Ibu
Bonda,
Dalam hati pernah bercerita.
Berkata tentang kita.
Tentang susah senang hidup kita.
Tentang pahit getir perjalanan kita.
Bonda,
Jika dahulu aku buntu.
Jika dahulu aku runsing.
Dan jika dahulu aku buta.
Doa mu masih tak jemu menyusurku.
Bonda,
Biar merpati beralih arah.
Mendung timbul di celahan kaca.
Hujan turun di kutub utara.
Kau insan terindah figura dunia.
Warna memori.
Adakala terluka dan terhiris.
Tiada ku kecil dan tiada ku besar.
Dan bila sang hitam menjelma.
Wajah mu sering bermain di kotak mindaku.
Hingga terbawa di buai lena maya.
Bonda,
Katakan lah apa saja.
Lautan merah aku renangi.
Gunung tertinggi aku daki.
Si pelangi aku cari.
Setia ku tak kan pudar.
Walau datang ribut melanda.
Bonda,
Jika aku pergi dulu.
Jangan ditangisi semua itu.
Tidak ku sanggup melihat dirimu berduka lagi.
Akan ku kenang peristiwa semalam.
Mencintai mu adalah perkara teristimewa.
Buatku bonda.

- NAZA MD NOOR –
Nama Pena: Naza Md Noor
Email: naza_monster@yahoo.com

URL : http://duniakhayalannaza.blogspot.com/

Mencari Cinta Abadi

Ada hati yang terluka,
Ada tangisan di bibir mata,
Ada derita meruntun jiwa,
Ada jiwa tiada bernyawa…
Hati ini sedih sekali,
Ada derita silih berganti,
Ingin pergi membawa diri,
Tempat mengadu hanya Ilahi….
Moga luka boleh diubati,
Moga jiwa hidup kembali,
Moga hati tidak mati,
Moga derita berlalu pergi….
Siapa sangka siapa menduga,
Bahagia dicari derita tiba,
Mengadu nasib pada yang Esa,
Moga tenang seluruh jiwa..

Nukilan:
232128

Sajak : Sejak Aku Mengenalmu

Sejak aku mengenalimu
kuntum – kuntum bunga
di laman hati
beraroma dengan wangi
menjinakkan kegusaran
yang bertahun – tahun
hidup di rimba keharuan.
Aku ingin mengenali
seluruh daerah hatimu
ingin meneroka jalan
tanpa simpang dan liku
kerana di situ hatiku
akan bermukim
sehingga tamat
seluruh musim.
Sejak mengenalimu
semua pintu mula kubuka
agar kau yang pertama
sudi memasukinya
dan aku sudah
menyusun berhias
mesramu di setiap
ruang dan bahagian
agar lebih akrab
saling sayang menyayang
dengan kepercayaan.
Sejak mengenalimu
kudepa seluas langit
agar kau bisa
rasa dengup jantungku
yang tak pernah berhenti
dengan berharap.
Terima kasih..
rela aku mengenalimu.

~Moktha~
26 September 2010

Friday, September 24, 2010

Fuhh!! Siap jugak...

Huhu.. Hi, all.. Sekarang Diana letih tahap dewa sangat lepas make-upkan Choco Diana yang mengada-ngada nak cun macam blog lain... Maybe, Choco tak la cantik sangat, tapi Diana dengan rasa bangganya mengatakan yang Choco, rakan terbaikku termat-amat cantik (Tak sangat).. Kalau korang perasan, banyak accesories yang Diana dah buang such as Frenz Link Exchange and lagu (ermm.. Tak la banyak sangat).. Diana pun ada tambah accesories baru kat Choco yang tak pandai make-up sendiri ni iaitu 'About Me' (Kat sidebar) and Banner kat atas sekali.. Ok tak...

OKla.. terpaksa out...

Sajak : Mengemis Kasih Di Kaki Lima

Pengemis Jalanan
Izinkan aku beradu di sini
Berbumbungkan langit
Berselimutkan dingin sembilu
Beralaskan hamparan kotak-kotak
Aku masih mampu terlena
Lebih lena dari tidurmu
Bertemankan mimpi indah
Yang pernah aku alami dulu
Aku juga insan sepertimu
Ingin rasa bahagia
Sedangkan ku pilih untuk berlari
Jauh dari kehidupan realiti
Hingga aku terdampar disini
Dikau yang bergelar insan
Lemparkan sedikit simpati
Agar perutku terisi
Walau hanya sekelumit sisa dari mulutmu
Aku juga punya hati sepertimu
Tetapi disinilah hatiku
Yang ku bawa lari itu
Hati yang telah lama mati
Dikau yang bergelar insan
Hulurkan secubit kasih
Agar aku rasa dihormati
Sebagai penghuni terhormat
Di kaki lima ini……..

Nukilan:
Ayu Mardiana

Wednesday, September 15, 2010

MyBlogName..



Uhu.. Raya tahun ni telah membuatkan Diana tak ada masa nak layan blog Diana yang cute + comel + pretty ni... Sebelum Diana teruskan entry kali ni, Diana nak beri credit pada Riha J sebab dia punya pasal, tetiba je Diana dapat idea nak buat nama untuk blog Diana ni..



Hmm... Difikir-fikir, blog Diana yang cute + crowded ni memang tak ada nama lagi... Dah nak dekat setahun pun umur blog Diana ni.. Tapi, kesian.. Nama pun tak ada lagi.. Tak pe, takpe... Blog tak marah, kan.. (Che wah.. macam la hidup)



Ni serba sikit tentang blog Diana.. (Baru ni.. Belum pernah buat lagi ni)



Nama sepenuh-penuhnya: Nuur ChocoMucho Cutey Alexandrie Cleopatra

Nama glamour a.k.a nickname: Choco

Jantina (Mesti tahu..): Of course la girl.. No way, Choco ni lelaki

Tarikh lahir: 24th of December 2009 (ya.. Still muda)


Birth Place: Office mama yang terletak di Jabatan Pembangunan, Kampus Kejuruteraan USM, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang... Huhu...

Hmm.. Itu je kut serba sikit tentang my blog.. Ooops.. I mean, itu je serba sikit tentang CHOCO... Ok.. Kalau you all ada nak tanya apa-apa tentang Choco supaya you sll boleh memeningkan kepala Diana untuk memikirkan jawapannya, just ask kat ShoutBox atau send e-mail kat Diana ( iDiana_97@yahoo.com ) Tapi, sebaik-baiknya kat ShoutBox la.. Seriously... :-)

Sedikit maklumat tentang nama Choco


  • Nuur memang double 'u' just like my name..
  • 'ChocoMucho' memang tak jarak n 'M' memang huruf besar
  • Cutey maksudnya Choco memang cute.. Hehe
  • Alaxandrie adalah France girl's name... (Diana memang suka nama France...)
  • Cleopatra merupakan watak Roxxy Cleopatra yang dilakonkan oleh Beyonce dalam movie 'Austin Powers In Goldmember'.

Puisi : Tentang Cinta

Patah ranting bercerai kuntum ,
Meniti belati menusuk jantung;
resah kasih menanti cantum,
isi berita tak mahu kunjung..

Lelah mencari kelaut sepi,
berlabuh cinta dipangkal bicara;
rindu sudah dirantai hati,
namun hilang jiwa kemana..

Cendara pura indahnya kota,
beradu puteri cendana sari,
lapangkan dada segarlah jiwa,
barukan nampak isinya hati.

~Sabda
Kalamkojahasan@gmail.com
URL : www.sabdakalam279.blogspot.com

Puisi : Harapan Sahabat

Sahabat,
Ku sambut dengan seribu penghargaan,
Agar kita menjadi insan berilmu,
Dan pembela nasib masa depan,

Hatimu perlu cekal dan tabah,
Sesabar ibu mendewasakanmu,
Jiwamu perlu subur dengan iman,
Sesubur hijau bumi tuhan,

Kita diajar cintakan kematian,
Bagai musuh kita cintakan kehidupan,
Maka dibawah langit biru ini,
Kita mengenal erti sebuah kehidupan,

Sahabat-sahabatku engkaulah harapan,
Untuk menjadi pemimpin masa hadapan,
Sebagai satu contoh akan kejayaan,
Masa depanmu mesti kau merdekakan.

~mizaham
mizaham@gmail.com

Monday, September 6, 2010

HapPy BirthDay to ME...



Hmm... Diana rasa.. Bukan rasa, memang tau la.. Dah lama Diana tak post new things kat blog Diana yang dah makin membosankan and teruk tahap baboon ni... Tapi, hari ni hari special sikit bagi Diana.. Hari Ni adalah my BIRTHDAY yang ke-13 tahun.. Dah makin tua rupanya Diana ni... dah makin tinggi, makin berat and makin cute.. Hehe.. OK OK.. bagi sesiapa yang sma BIRTHDAY dengan Diana CUTE ni (Minah perasan la pulak), Diana wish-kan HAPPY BIRTHDAY yang ke-100 tahun.. huhu.. Lawak je.. (Bukannya lawak pun) OK, mungkin you all fikir, "Kenapa budak ni sambut BIRTHDAY??" Bukannya tak sambut, sambut.. Tapi sambut petang nanti, lepas mama habis kerja... Tak sabarnya... OK-lah.. Nak ucap thanx kat mama Diana ni.. Sebab tolong top up-kan.. Bubye...

PaHaLa $eoRang WANITa...


Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...


Seucap janji membuat kita percaya..

Sekecil luka akan membuat kita kecewa..

tetapi..

Sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."

PaHaLa $eoRang WANITa...
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.



Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.


Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?


Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.


Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.

Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... .



Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.



Hadis nabi mengenai wanita.


Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.

Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".



Nilai Seorang wanita solehah



Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

Insya - ALLAH.



"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".

Ath-Thabrani.



"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".

Ibnu-majah.



"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"

Ibnu - Majah.

Tuesday, August 17, 2010

Sajak: Ibu Kiranya Kau Tahu

Ibu Kiranya Kau Tahu

Ibu…
Akulah zigotmu…
Yang terhasil dari sperma dan tersenyawa
Akulah embriomu…
Yang menempel pada uterusmu yang suci
Akulah fotusmu…
Yang tak sabar menjengah bumi…
Dan akulah ibu…
Lambang jirim kasihmu yang abadi.

Tangisku ibu…
Kau reda dengan nasihat terpuji
Gelakku ibu…
Kau sambut denagn nilai- nilai murni
Nakalku ibu…
Kau sulam dengan akhlak muslimah sejati
Dengan hipotesis yang kau ciptakan ibu
Kau mengharapkan hidupku penuh variasi islami.

Tetapi ibu…
Dewasanya anakmu ini tanpa sezarah harga diri
Tanpa lagi atom- atom syahadah
Tanpan lagi molekul- molekul peribadi yang luhur
Tanpa lagi ion- ion keimanan.

Ibu…
Dengan alasan berdikari
Kujejakkan kaki ke bumi metropolitan
Hidupku tak ubah seperti gerakan Brown.
Bebas! Rawak! Tanpa hala tuju.
Yang ku impikan ibu…
Hanyalah sinaran pantulan- pantula neon yang bercahaya
Yang ku rindukan ibu…
Hanyalah kerlingan mata keranjang si buaya.
Aku bangga menjadi pilihan pria- pria kota
Hingga ku lupa hamparan sejadah
Hingga ku lupa pesanmu ibu.

Dahulu ibu… Mataku buta dengan lambaian masjid
Tetapi galak dengan lambaian disko
Telingaku pekak dari alunan dan laungan ayat- ayat suciNya
Tetapi peka dengan alunan muzik yang mengasyikkan
Hidungku hilang deria bau wangian Firdausi
Tetapi tajam dengan bauan alkohol yang memabukkan
Lidahku seakan kelu untuk melafazkan zikir dan munajat
Tetapi, petah mencaci dan memaki.

Tetapi kini ibu…
Kiranya kau tahu…
Kurasakan gentar menyelubungi siangku
Rantaian dosa- dosa silam menyelimuti malamku
Aku takut ibu…
Aku takut… dengan serulis Israfil
Aku takut… dengan sentakan Izrail
Aku takut dengan cemeti munkar dan Nankir
Aku takut!!!

Tetapi kini ibu…
Kiranya kau tahu…
Anakmu ini tidak lekang dari tempat sujudNya
Bibirku basah dengan kalimah suci
Mataku tersasar ke arah QiblatNya
Telingaku dirakum dari umpatan cela…
Meluruhkan dedaun dosa
Digantikan bebunga pahala.

Kiranya kau tahu ibu…
Betapa anakmu ini dipalit rasa sesal
Hingga ke akhirnya…

Sumber nukilan:
Majalah Sekolah SMK Seri Perak, Teluk Intan

Kiriman:

Dhia Erryna
http://penaintheparadise.blogspot.com

Sajak: Hanyut aku, kekasihku!

Hanyut aku, Kekasihku!
Hanyut aku!
Ulurkan tanganMu, tolong aku
Sunyinya sekelilingku!

Tiada suara kasihan,
Tiada angin mendingin hati,
Tiada air menolak ngelak,
Dahagakan kasihMu,
Hauskan bisikMu,
Mati aku disebabkan diamMu.

Langit menyerkap,
Air berlepas tangan, aku tenggelam.

Tenggelam dalam malam
Air di atas menindih keras
Bumi di bawah menolak ke atas
Mati aku, Kekasihku, mati aku!

Friday, August 13, 2010

Pantun Bulan Puasa Ramadan

Salam dihulur kasih diterima,
Agar ikatan terjalin mesra,
Syaaban berlalu Ramadhan menjelma,
Tingkatkan amalan hadkan selera…

Hubungan terikat sesama manusia,
Hati bertaut rasa dikongsi,
Nafsu disekat elakkan dosa,
Hati disuci pelbagai dimensi…

Bukan mudah menahan diri,
Bukan sukar mengawal situasi,
Tekadkan nurani tegarkan diri,
Ingatlah Yg Maha Melihat sentiasa di sisi…

Selera dijamah sebelum Subuh,
Azan Maghrib tanda berbuka,
Sebulan cuma Ramadhan berlabuh,
Mohon berkat selagi mata terbuka…

Siang bertahan menghitung waktu,
Terawih tak lupa di malam hari,
Mahmudahkan diri setiap waktu,
Walau Ramadhan kan pergi esok hari…

Nukilan:

No-rulesz Has’z

Selamat Berpuasa (To all Muslim)

Hey, all.. Diana di sini nak ucapkan SeLamaT BerPuasa kay you all semua... Tahun ni, Diana rasa happy sangat nak puasa.. Tak tau kenapa.. Cuma, entahlah... Diana harap you all puasa penuh... Siapa puasa penuh, Diana akan bagi hadiah.. Tell me, ok.. (Actually, tak kan bagi punya.. Jangan harap la..)

Sajak: Hanyut aku, kekasihku!

Hanyut aku, Kekasihku!
Hanyut aku!
Ulurkan tanganMu, tolong aku
Sunyinya sekelilingku!

Tiada suara kasihan,
Tiada angin mendingin hati,
Tiada air menolak ngelak,
Dahagakan kasihMu,
Hauskan bisikMu,
Mati aku disebabkan diamMu.

Langit menyerkap,
Air berlepas tangan, aku tenggelam.

Tenggelam dalam malam
Air di atas menindih keras
Bumi di bawah menolak ke atas
Mati aku, Kekasihku, mati aku!

Sajak : Liku-Liku Perjalanan

Liku – liku perjalanan

Ku tersasar dalam hidupku,
Tanpa arah dan tujuan,
Menitis air mataku di setiap perjalanan,
Mengesat peluh yang tidak kesampaian

Mana dusta yang kau cercakan?
Mana ilmu yang kau berikan?
Mana kata – kata nasihat yang engkau sampaikan?
Semuanya lebur dalam dakapan dan pelukan.

Tapi itu semuanya dahulu,
Ketikaku tidak memahami erti kehidupan,
Ketikaku tidak mengerti erti perjuangan,
Ketikaku tidak mengenal erti persahabatan.

Namun ada kalanya aku kecewa,
Memilih liku – liku hidup di persimpangan,
Mengenal kawan yang akhirnya menjadi lawan,
Mengetahui kebaikan dalam kejahatan.

Akhirnya aku mengerti,
Setiap perjalanan pasti ada ujian dan cabaran,
Setiap pertemuan pasti ada perpisahan,
Akan ku tempuhi hidup ini demi pengalaman,
Akan ku semat iman demiMu Tuhan,
Agar aku menjadi sebaik insan.

Nukilan:

crapsist
crapsist@yahoo.com

Biografi Amir Hamzah

Tengku Amir Hamzah merupakan sastrawan yang dijuluki Raja Penyair Pujangga Baru. Amir Hamzah yang juga bergelar Gelar Pangeran Indra Pura, dilahirkan 28 Februari 1911 di Sumatera Timur, keturunan bangsawan Langkat Tengku Pangeran Muhammad Ali dan Tengku Mahjiwa.

Amir Hamzah

Tengku Amir Hamzah kecil, menghabiskan pendidikan HIS dan belajar mengaji di belakang Masjid Azizi Langkat. Kemudian melanjutkan pendidikan MULO di Medan dan Batavia. Semenjak sekolah AMS jurusan Sastra Timur di Solo, kepenyairannya semakin terbentuk. Di kota solo, Amir Hamzah aktif dalam pergerakan kebangsaan menuju Indonesia Merdeka dan terpilih menjadi Ketua Indonesia Muda cabang Solo pada Kongres Indonesia Muda pertama.

Selanjutnya Tengku Amir Hamzah pindah ke Batavia belajar ilmu hukum di Recht Hoge School sampai tingkat kandidat. Bersama Sutan Takdir Alisjahbana dan Sanusi Pane, Amir Hamzah mendirikan majalah Pujangga Baru dan mengelolanya, hingga pecah perang dunia kedua.

Keaktifan Amir Hamzah dalam berorganisasi dan kedekatannya dengan kaum pergerakan, membuat Belanda pada waktu itu menjadi gusar. Belanda menyurati keluarganya di Langkat, kemudian oleh pembesar Langkat menjemput Amir Hamzah pulang. Di Langkat beliau dinikahkan dengan seorang putri bangsawan istana, bernama Tengku Kamaliah, kemudian dinobatkan bergelar Pangeran. Dari pernikahannya, Tengku Amir Hamzah memperoleh seorang anak yang diberi nama Tengku Tahura Alautiah.

Pada 29 Oktober 1945 Tengku Amir Hamzah diangkat menjadi Wakil Pemerintah RI untuk Langkat yang berkedudukan di Binjai. Belum setahun menjabat, Amir Hamzah ditangkap oleh kelompok front rakyat ketika sedang bergejolak revolusi sosial di Sumatera Timur.

Amir Hamzah dibawa ke Kwala Begumit untuk menghadapi pengadilan kilat ala hukum rimba (hukum pancung) pada 20 Maret 1946. Amir Hamzah pergi menghadap sang Khalik dalam usia 35 tahun. Jenazahnya ditemukan di sebuah pemakaman massal yang dangkal di Kwala Begumit, lalu dimakamkan secara layak di kompleks pemakaman Masjid Azizi Tanjung Pura.

Pepatah mengatakan, harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan gading. Peristiwa tragis yang dialami Amir Hamzah tidak meninggalkan aib baginya. Atas usulan masyarakat, karena telah mengembangkan kebudayaan, khususnya kesusastraan, Amir Hamzah akhirnya ditabalkan menjadi Pahlawan Nasional sejak 10 November 1975 berdasarkan SK Presiden No.106/TK Tahun 1975. Selain itu, namanya juga dipakai sebagai nama gedung pusat kebudayaan Indonesia di kedutaan besar RI di Kuala Lumpur Malaysia.

Selama hidupnya, Amir Hamzah telah menghasilkan sekitar 160 karya berupa 50 sajak asli, 77 sajak terjemahan, 18 prosa liris asli, 1 prosa liris terjemahan, 13 prosa asli, dan 1 prosa terjemahan. Karya-karyanya yang terkenal terkumpul dalam antologi Buah Rindu (1941) dan Nyanyi Sunyi (1937). Selain itu, ia menerbitkan pula sekumpulan sajak terjemahan dari negara tetangga seperti Jepang, India, Arab, Persia, dan lain-lain dalam antologi Setanggi Timur (1939) dan terjemahan Bhagawat Gita yang dipetik dari Mahabarata berisi dialog antara Kresyna dan Arjuna.

~ analisadaily.com

Sajak Insyaf – Amir Hamzah

Insyaf

Segala kupinta tiada kauberi
Segala kutanya tiada kau sahuti
Butalah aku terdiri sendiri
Penuntun tiada memimpin jari

Maju mundur tiada berdaya
Sempit bumi dunia maya
Runtuh ripuk astana cuaca
Kureka gembira di lapangan dad

Buta tuli bisu kelu
Tertahan aku dimuka dewala
Tertegun aku di jalan buntu
Tertebas putus sutera sempana

Besar benar salah arahku
Hampir tertahan tumpah berkahmu
Hampir tertutup pintu restu
Gapura rahasia jalan bertemu

Insyaf diriku dera durhaka
Gugur tersungkur merenang mata:
Samar terdengar suwara suwarni
Sapur melipur merindu temu

~ Amir Hamzah

Friday, August 6, 2010

New Descriptions Header..

Ok.. Diana tahu you all tak ambil tahu pun tentang Header's Descriptions Diana.. FYI Diana dah change da description.. Dulu>> HaVE Fun N Be My FoLLowerZ.. Wow, Baru Diana sedar betapa ketinggalan zamannya description yang macam tu.. So, I changed it.. Tengok la.. You all akan nampak>> My LiFE i$ My WORLD, $o $t3p OuT!!
Ok.. Maybe you all akan cakap "Wow.. Kasarnya bahasa".. But, for me, is not... Maksud description tu actually my life is my world, so jangan nak mengarah Diana untuk buat perkara yang Diana tak nak dan jangan ganggu kehidupan DIANA.. Serious ni.. Itu la maksudnya.. And 'My LiFE i$ My WORLD, $o $t3p OuT!!' is my motto.. Yup...

Sajak Si Karang Yang Hiba

Kaku lenggok gemalai si karang
tersadai di permatang pasir pantai
sedih memandang senyum si rumpai
segar menari tarian dunia laut
diusik anak-anak ikan ceria
di balik batu si kerang giat mengintip
ghairah memandang keriangan di dasar

Itulah yang bermain di fikiran
bagaimana harus ia kembali
mengecapi saat-saat gemilang

Kemilau mentari
menerjah ke mata si karang yang hiba
sebentar lagi diam duduk si karang berpindah
ke rumah besar tentunya di sana
di persada hiasan
dipamerkan bakal diberi pujian

Si karang tambah hebat merintih kesedihan
tika ucapan selamat tinggal rakan-rakan sepermainan…

~Ophan Bunjo
Lahad Datu 2010

Puisi Tragedi Sesaat Cinta – Kamal Sujak

Masa silam adalah rimba kesakitan
hingga dikau tidak mampu berdiri
di laman kendiri merenung indah bulan
memancarkan jernih kekesalan
di wajahmu yang rawan.

Yang terjadi adalah tragedi
sesaat cinta yang mengubah rasa
pahit sendirian menelan segala
dia pergi entah ke mana.

Engkau bukan mereka
tega membunuh benih cinta sendiri
untuk malu yang tiada ertinya lagi
nyawa si kecil itu bukan di tanganmu
pasti ada jalan untuk segalanya ini.

Saban hari kita melihat
bayi-bayi itu mati di tangan ibunya sendiri
sedang jika benar ia bermula dengan cinta
pasti ada hikmah untuk setiap peristiwa.

Usah ditambah dosa yang ada
kembalilah berdiri menghargai diri
lelaki durjana tetap ada walau ke mana
dirimu pergi, kekuatan diri dan agama
adalah perisainya
mereka tidak boleh melukaimu lagi.

Nukilan:
Kamal Sujak
Sg Kapar Indah, Klang

Tuesday, July 27, 2010

Bad Things happened to Justin Bieber

Justin Bieber gets mad at a fan!




Justin Gets Hit By A Fan (Bieber commented this video)



Justin Bieber Hit With Revolving Door


Justin Bieber Almost 2nd Crash With A Glass Door


Justin Bieber Breaks His Foot


Justin Bieber Fractured His Foot At London


Justin Bieber Gets Hit By Water Bottle On Stage
Snow Link Welcome

Saving CB