Thanks for visiting! HaVe Fun N HaPpY Go LucKy!!! Don'T ForGet To Be OnE oF My FoLLoWerZ

Tuesday, June 29, 2010

ScreenShot

Helo and Aloha!

Hari ni, Diana nak ajar (Bagi yang tak tahu.. Yang dah tahu, tak nak tengok pun takpe..) you all buat ScreenShot...

Firstly, you all pergi dekat web yang you all nak ambil screenshot-nya tu.


Kemudian, you allkorang tekan button di Prt Scn
Kalau tekan button PrtScn tu, dia akan ambik screenshot untuk entire screen. Tapi kalau nak ambil screenshot untuk single window je, sila ikut cara di bawah:


tekan button inidan Prt Scnsecara serentak.
Windows akan capture only the current window and copies it to the clipboard. (Arahannya BI dan Diana malas nak translate-kan)

Okey-okey, rasanya screenshot tu dah ada dalam clipboard sekarang... Macam mana nak pastekan ke dalam dokumen atau apa-apa?

tekan button Ctrl dan V secara serentak.

Dekat mana pulak nak pastekan?

1. Klik pada button Start yang warna hijau tu (lihat gambar), klik All Programs, tengok pada Accessories dan klik Paint. Tapi kalau you all ada image editor yang lain pun boleh juga.

Kemudian, savekan gambar tu dalam format PNG, JPG atau GIF. Siaplah screenshot you all tu.... So, kalau nak buat tuto di blog sendiri gunalah screenshot tu, ok...

-Thank you and End of entry-

Individu yang Boleh Aku Harapkan...

Apabila masalah tiba-tiba berlaku,
Apabila sesuatu yang buruk terjadi,
Semangat aku akan terus berkurang,
Sehingga terasa seperti aku berada di bawah,
Menyebabkan aku menjadi begitu sedih.

Apabila aku mencari tempat untuk menjadi lebih tenang,
Seseorang akan tiba-tiba berada dalam ingatanku,
Seseorang yang akan sentiasa menyokong diriku
dan memiliki kata-kata yang menyenangkan hatiku.

Dia individu yang menjadikan aku lebih tenang dari yang biasa,
Individu yang akan bantu menyelesaikan masalahku,
Dia penyebab matahari bersinar dengan lebih cerah,
Dia, individu yang mengembalikan semangatku yang hilang.

Dia individu yang membawa aku ke jalan yang lebih lurus
dan membantu aku ketika berada di jalan yang bengkang-bengkok,
Dia, individu yang sentiasa menjadikan hariku lebih bermakna
dan INDIVIDU tersebut adalah MAMA, ibuku yang tercinta.

I will always love you forever...

~Nuur Diana Syuhada (Admin of iDianaZone)


p/s: Diana wat sajak yang tak la OK sangat ni untuk mama Diana yang sekarang ni dalam kesedihan dan ada banyak masalah... Adik tak dapat bantu mama.. Maafkan, adik... Adik harap mama akan happy lepas baca sajak yang tak seberapa ni...

Ibu - Nuur Diana Syuhada

Ibu,
Engkaulah segala-galanya
Dalam hidupku,
Tanpa mu dalam hidupku,
Hidupku tidak bererti.

Ibu,
Aku amat menyayangimu
dan
Menyanjungi dirimu
Terima kasih ibu
atas pengorbananmu...

~Nuur Diana Syuhada (Admin of iDianaZone)



p/s: actually Diana tak tahu kenapa tetiba je Diana tulis sajak ni... Weird...

Monday, June 28, 2010

TWITTER

Ok... Diana nak cerita sikit tentang Twitter.. Diana rasa you all tahu kan twitter tu apa.. Kebanyakannya, artis la yang ada twitter.. Wooo...!! Diana pun ada Twitter... Kalau you all tak ada twitter atau tak tahu Twitter tu apa, you all memang teruk (Tak la teruk sangat, tapi still teruk)... FYI, Mula-mula Myspace famous, than Facebook, but now, Twitter yang paling famous pulak tau (rasanya)... Serious ni... Bagi mereka yang TAK TAHU tu (kononnya) Please sign up for Twitter.. Just click here.. and jangan lupa untuk follow Justin Bieber, my sweet heart.. HEhehe... Malu den... Aaahhh... Dah ada Twitter and dah follow Justin Bieber, jangan lupa pulak follow Diana ni (Aik..! Promote nampak...) Tau, follow tau... Click here untuk follow Diana... Jangan tak follow pulak.. Diana nak sangat ada followers yang ramai... Huhh.... Jujur Diana kata, dah lama Diana nak sangat Justin Bieber follow Diana.. Tapi, tak dapat-dapat lagi... Sedihnya... TT
Tapi, Diana tak salahkan sweet heart Diana tu... Diana tahu dia tak ada masa...



p/s: LUv Justin Bieber SOOOOO MUCH...!!! One more thing, Diana selalu tukar URL Twitter...

Kenapa Farah macam ni...?

Diana tahu, mesti you all ingat Diana nak mengutuk kakak Diana... Tak...! Diana cuma nak ceritakan kesedihan Diana kepada diari Diana ni... Salah ke...? Malah, Diana tak halang pun you all nak baca Diari ni yang boleh dikatakan private juga... Diana tak tipu... Diana cuma sedih dengan apa yang Farah buat kat mama semalam.. How could she do that to my mom... I mean, our mom... Dia melawan cakap mama dan perkara tu memang membuatkan Diana sedih.. teramat-amat sedih... Kenapa dia buat macam tu..? Tak henti-henti melawan cakap mama... Malah, sampai sekarang dia still tak minta maaf kat mama... Dia sebagai anak perlu minta maaf tapi kenapa tak...? Diana tahu mesti dia ingat semua ni salah Diana... Diana tak rasa macam tu... Mama cuma tanya soalan dan dia... Entah la, Diana tak tahu nak type apa... Diana betul-betul sedih... Tak cukup dengan melawan cakap mama, dia cakap pulak mama benda yang bukan-bukan... Sedih SANGAT... T T

Pahlawan Kemerdekaan ~ Usman Awang

(Kepada Pahlawan Pahang)

PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.

~ Usman Awang
(Dalam Puisi-puisi Pilihan, DBP)

Uda Dan Dara ~ Usman Awang

Uda dan dara
Bersumpah keramat cinta
Wajah seri terukir
Berbiduk hilir kasih

Uda dan dara
Bersanding tak berpelamin
Tempat yang berwali
Di laut malam saksi
Daraku nantikan abang
Emas ringgit membakar kita
Uda hamba tunggu angin lalu

Uda dan dara
Bersanding di pusara
Nisan yang bersabda
Keramat kisah cinta

~ Usman Awang

BIOGRAFI DATO’ DR. USMAN AWANG

Usman  Awang

Bak kata pepatah Melayu, “harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan nama.” Biarpun hampir sedekad beliau pergi meninggalkan kita, namun dari lembaran karya-karya agung yang dinukilkan, kehadirannya tetap dirasai. Semasa hayatnya, beliau terkenal sebagai seorang penyair hebat dan ahli drama yang prolifi k. Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Setiabudi, antara nama pena beliau yang termasyhur. Beliau yang dimaksudkan ialah Allahyarham Dr. Dato’ Usman Awang.

Meniti Ranjau Kehidupan
Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya kepada Usman Awang. Tokoh ini dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul
Takzim. Ibunya, Halimah, meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari dan menjual rotan pada waktu musim tengkujuh. Usman Awang menerima pendidikan setakat darjah enam Sekolah Melayu sahaja. Faktor kemiskinan tidak mengizinkannya mengecap kejayaan yang lebih baik. Beliau pernah menuntut di daerah Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940). Ketika Jepun melanda Malaya pada tahun 1942, Usman Awang memerah keringat sebagai seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama enam bulan di Singapura.

Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Beliau pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Tali Air Segamat. Kemudian memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah. Selepas itu, Usman Awang menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka.

Melangkah ke Dunia Persuratan Melayu

Pada tahun 1951, beliau berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf di Melayu Raya selama enam bulan. Beliau kemudian menjadi seorang pemberita. Sesudah itu beliau bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang. Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu.

Pada tahun 1962, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya ialah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Bermula pada Mei 1982,beliau menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Antara Karya Hebat

Usman Awang mula mencipta nama dalam dunia persuratan Melayu moden dengan penulisan sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Lantaran keistimewaan yang ada dalam sajaknya yang menarik, ia acap kali menjadi pilihan anak-anak sekolah juga masyarakat awam dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular ialah Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis Di Kuburan, dan Salam Benua. Manakala novel penulisannya yang masyhur sehingga kini ialah Tulang-tulang Berserakan. Begitu juga dengan cerpennya yang hebat seperti Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan sebagainya. Di samping itu, drama beliau yang bertajuk Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam turut dipentaskan.

Petikan esiswa Ogos 2009

Friday, June 25, 2010

Rintihan Di Malam Hari -Imam Bukhari

Di kala malam yang sunyi sepi bani insan tengah tenggelam dalam tidur dan mimpi
musafir yang malang ini tersentak bangun
pergi membasuh diri
untuk datang mengadap-Mu Tuhan.

Lemah lututku berdiri di hadapan-Mu
sedu sedan tangisku keharuan
hamba yang lemah juga mendekat
bersimpuh di bawah Duli Kebesaran.

Tuhan
Hamba tidak tahu pasti
bagaimana penerimaan-Mu
di kala mendengar pengaduan hamba
yang penuh dosa dan noda ini

Dalam wahyu yang Engkau nuzulkan
Engkau berjanji untuk sedia memberi menerima pengaduan
dan sudi memberi keampunan

Dan Muhammad Rasul-Mu yang mulia itu
ada mengatakan:
Ampunan Tuhan lebih besar dari kesalahan insan
hanba percaya pada tutur kepastian itu
sebab itu hamba datang wahai Tuhan
bukan tidak redha dengan ujian
cuma hendak mengadu pada-Mu
tempat hamba kembali nanti
memohon sekinah,maghrifah dan mutmainna.

~ Imam Bukhari

Sabar – Syair Arab

Siapa sabar atas bala, sampailah ia terpenuhi
Mestinya bersabar atas kehilangan sesuatu yang hilang
Tidak perlukah engkau bersedih
Jika dunia menawarkan kemerlapannya
Maka sabar terhadapnya alamat kebaikan dan warak
Patahkan nafsu mu selalu
Kan kau dapatkan apa yang kau inginkan

Sabar itu kunci cita-cita
Selalu menolong tiada hentinya
Sabarlah meski panjang beberapa malam
Barangkali kedukaan akan bertukar kepada kesukaan
Barangkali keberhasilan itu tergantung pada kesabaran
Yang tak mungkin itu tidaklah ada

Sabar itu tali iman yang kuat
Benteng perahanan dari tipuan syaitan
Sabar punya akibat terpuji
Akibat tergesa-gesa adalah rugi
Jika kau bertemu saat menyedihkan
Itu biasa tabiat zaman
Kenakan baju kesabaran

Dipetik dari : http://lynnzinda.blogspot.com

Tuesday, June 15, 2010

Justin Bieber's FuNNy FaceS






Ini bukan tujuan untuk mengutuk JB... Malah, Diana minat dia.. Cuma.. Bila tengah boring, Diana sanggup buat apa-apa pun supaya TAK boring.. Lucu apa tengok muka dia... Tapi, tetap cute... Love him... LOL... Lucu, kan... Macam muka you all je... Eh..! Jangan marah.. Tapi, untung apa muka macam JUSTIN BIEBER... Dah la famous...

OMG Bieber vs. OMG Cat

Skitzo - Introductions

Why Chris Brown Beat Rihanna

r

Word of the Day - Pwned

Sean Returns!

The Ryan Higa Show : Milo Ventimiglia

The ipod Human

Puisi : Sebelum Ku Pergi

SEBELUM KU PERGI
KU INTAI MIMPI SEMALAM
HARUM MEWANGI
MENYELINAP RINDU
SESEGAR MAWAR DINIHARI

SEBELUMKU PERGI
KUTABUR BUNGA IMPIAN
SEGENAP DERAP KENANGAN
BAUNYA MENGASYIKKAN
HIDANGAN RINDU BERTANDANG
MEMBASUH BERIBU KESEDIHAN

SEBELUMKU PERGI
KU TADAH BEKAS – BEKAS KELUKAAN
MENGUMPUL CALAR PERASAAN
DI SETIAP RUANG
MERAH PEKAT KEHITAMAN
PEDIH,DUKA KESAKITAN
BEKAL MEMORI MENDATANG

SEBELUM KU PERGI
INGINKU MILIKI SEMUA
HATI KUDUS MANJA
SEORANG INSAN
BERNAMA PEREMPUAN
AGAR SETIA SEPANJANG ZAMAN

SEBELUM KU PERGI
HARAP DAPAT KUHIRUP
PEMBERIAN KEMAAFAN
PENAMAT SALAM
MELABUH TIRAI
SATU PERHUBUNGAN

SEBELUMKU PERGI
INGINKU TERUS MENYAYANGI

SETELAH KU PERGI
ABADIMU SENTIASA DI HATI

NUKILAN:
MOKTHA
26.05.2010
Email: Mokhtarcki@yahoo.com

Puisi : Bumi Pasir Salak

Dari puncak aku memandang
Hamparan malar hijau menenangkan
Berselimutkan kabus
Angin semilir menderu
Embun tanpa bicara melayu
Suatu lakaran…
Pendakian penuh liku-liku
Ranjau berduri diredak
Pasrah melayari gelombang dunia
Dengan tabah serta doa
Hanya ke hadrat Ilahi…
Bertapak
Bertaut kasih di bumi Tuhan
Mencari, menggapai nilai sesuatu
Terfikir
Terbayang di minda cetek
Memaksa aku di sini
Persis arah rentakku berubah
Menyanjungi secebis harapan
Dalam mengharungi ranjau kehidupan…
Di sini
Penuh dengan pelakon utama
Berwatak itu ini
Drama yang beremosi
Sering kali mencuit hati
Apatah lagi terguris sepi
Babak cerita yang menyingkap 1001 rahsia
Seperti penulisan cerpen
Dicetak mengikut rentak adegan
Serta arena
Walau tanpa warna
Tiap satu coretan, luahan, perkongsian
Tidak pernah dihitung nilainya
Pada tema hatinya
Seribu persoalan
Terpancar pada seri wajah
Walaupun tanpa kepastian
Akan soal kehidupan…
Tiada bahasa seindah bingkisan
Tiada bicara semurni luahan
Korban sebuah kejujuran
Kebencian, menjerat erti kasih sayang
Kesulitan, dana kemudahan
Kelemahan, membina daya kekuatan
Kegagalan, membentuk kejayaan
Kekecewaan, menghiasi dunia keriangan
Kekalahan, paksi kemenangan
Kegelisahan, mendamba ketenangan
Kekeliruan, memerlukan kefahaman
Kelekaan, menghulur seribu nasihat
Ketakutan, saham keberanian
Kesilapan, adalah titian kebetulan
Lukisan hati yang tercipta
Ciptaan-Nya
Saat terhanyut
Saat terdampar
Untuk sebuah tayangan
Sebagai bukti pertalian abadi
Dorongan yang bagaikan pelita
Permata telah pun terkutip
Di bumi ini
Saat bersemi kenangan indah
Ditinggalkan
Di kotak pemikiranku…
Saat Mentari sore
Telah dilitupi mega ungu
Telah kusematkan di hati
Akan kuperangi tangisan
Biarpun hanya setitis cuma
Akan kuhilangkan suara hati
Tiada kata yang dapat diubah
Tiada cerita yang dapat ditambah
Adalah bicara yang terungkap
Ikhlas buatmu
Lalu kututup
Diari seorang pelajar
MRSM Pasir Salak……

Nukilan :
AspirasiNurIman
Email: fessy_iela5393@yahoo.com

Friday, June 11, 2010

Twitter

Ok.. Baru-baru ni Diana ada bagitahu yang Diana ada sign up untuk jadi member youtube, kan... Baru je sekejap tadi, Diana register pula untuk menjadi ahli di Twitter.. So, jadi my follower, ok... Or, if you all want me to follow you, just tell me, ok... BTW, this is my Twiiter or http://www.twitter.com/iDiana97

Kids Solves Rubik's Cube

Pandai sungguh budak ni... Macam mana dia buat pun Diana tak tahu...

3 Year Old Solves Rubik's Cube in 114 seconds

  • 3 Year Old Solves Rubik's Cube in 114 seconds


6 Year Old kid Solves Rubiks Cube in 37 Seconds

Fred Tries to Ride a Bike

FRED WANTS TO BE A STAR!! (City of Fred?!)

Fred Tries Dancing

Fred Gives Advice

Fred Finds a Creepy Doll

Alif Firdaus Azis



















ALIF FIRDAUS AZIS


Mula berkarya sejak umur 13 tahun sebagai kartunis sambilan di majalah Gila-Gila pada tahun 1998. Pernah menulis artikel di beberapa majalah termasuk Dewan Kosmik dan akhbar tempatan.

Memenangi beberapa pertandingan di dalam dan di luar negara termasuk mengalahkan Ben Templesmith pada tahun 2003 di Los Angeles. Bekas kakitangan TV3, BERNAMA dan editor novel kanak-kanak ini kini bertugas sebagai editor komik di KOMIK-M.

Suka buat silap mata, kini suka bikin video kecil-kecilan pula :)


Pencapaian

Photobucket

2010
Pemenang video lawak Gua.com.my - Kategori pilihan juri

2009
Pemenang ke-3, pertandingan video lemon9.com bulan March - 2009
Pemenang ke-2 pertandingan video MyLifeMyWay musim kedua - 2009

2007
Menamatkan cabaran
The Malaysian 24hour comic challenge - 2007

2006
Menamatkan cabaran
The Malaysian 24hour comic challenge - 2006

2005
Tempat ke-4, melukis karikatur anjuran Balai Seni Lukis Negara. – 2005
Malaysian book of record (Banner kartun terpanjang di Malaysia) –2005
Menyertai pameran Poster Kempen Sopan-santun peringkat nasional –2005

2004
3 pencalonan FFPM2004 (Festival Filem Pelajar Malaysia 2004) – 2004
Anugerah Akademik Cemerlang IKM (2004)
Pemenang utama Vampire art (steveniles.com) 2004
Pemenang utama Conan art (steveniles.com) 2004
Pemenang utama Pollution art (Counter action magazine) 2004
Finalist Malaysian comic-thon contest – 2004

2003
Anugerah Akademik Cemerlang IKM (2003)

2002
Anugerah Akademik Cemerlang IKM (2002)
Pelajar terbaik (SPM/SKM) di Kolej Yayasan Melaka.

1999
Pemenang utama melukis kartun (Majalah Din Lawak) – 1999

1997
Naib johan pertandingan melukis watak animasi Man Spider - 1997

Pengalaman Kerja

Photobucket

2010 - sekarang
Pelukis komik strip tetap - The Star

Ogos 2009 – sekarang.
Editor Pengurusan Komik-M ( PTS Millinnea Sdn. Bhd.)

2008 - 2009
Penulis luar Dewan Kosmik

Februari 2006 - Ogos 2009
Editor Perolehan Novel Kanak-Kanak dan lelaki ( PTS ONE Sdn. Bhd. )

2005 – sekarang.
Penghibur pentas sambilan

Jun 2005 – Februari 2006.
Colourist sambilan / ilustrator / editor (PTS ONE SDN.BHD)

2006.
Penceramah motivasi sambilan

2006.
Ilustrator (BERNAMA)
Pembantu jurutera (TV3)

September 2003-Disember 2004.
Penulis dan Pelukis sambilan di Umbra Comix Enterprise dan Tastax Raya Press Sdn. Bhd. Pelukis sambilan di Umbra Comix Enterprise dan Tastax Raya Press Sdn. Bhd.

March 1997 – Jun 2002.
Pelukis sambilan di Creative Enterprise Sdn. Bhd dan Berita Publishing Sdn. Bhd.


KARYA

Photobucket
Novel
Untuk Syampoo - 2005
Bergaduh dan Menari- 2005
Rahsia Firdaus - 2006
Hantu Silap Mata - 2007
Alan ALONE - 2009
Bob Sani Hero Kita - 2010

Komik
Dunia Kartun - 2010
Orang Kuat - 2007
Little Ugly ( siri komik) 2005-2005

Berkarya di majalah dan surat khabar
The Star
Harian Metro
Majalah Gila-Gila
Dewan Kosmik
Umbra Comix
Mato-Mato

Buku Non-Fiksyen
Siapa mahu jadi selebriti youtube? - 2010

Filem
3 Hantu Silap Mata ( 2010) - Pengarah/ pelakon
Alif Kacak ( 2009 )- pengarah / pelakon
Hantu Silap Mata ( 2008 )- pengarah/ pelakon
My perfect Ana - pelakon tambahan
Crime Scene 8TV - pelakon utama


Photobucket

Hubungi Alif:
email dan yahoo messenger:
cartoonrama@yahoo.com



Evolusi Alifstyle
Photobucket


(Ooohh...!! Baru ku tahu... Hehehe...)

ORANG KELAKAR - Aku tidak mahu bergantung pada orang lain lagi.











Aisshh... Apa la...

ORANG KELAKAR - Kereta kontot vs kereta panjang













Padan muka!!! (Kasarnya bahasa... Sorry, all) Tu la... Belagak lagi...

~Alif Firdaus Azis

ORANG KELAKAR- Superman wannabe









Apalah... Ni menyamar ke apa...???

~Alif Firdaus Azis

ORANG KELAKAR - Senyum itu sedekah









KAH!KAH!KAH! Lawak, tak...? Kesian mamat tu... Apa salah dia...

~ Alif Firdaus Azis

Thursday, June 10, 2010

YouTube

Hey, all.. Diana baru je sign up untuk jadi member di Youtube... Well... I did it and Diana nak you all tengok... Walaupun masih baru, Diana ada put some videos... Hope you all will like it... My YouTube URL>>> http://www.youtube.com/NuurDiana97 atau just tekan ni>>> Diana's youtube

FRED IS DEAD!

This video is not Fred's. Orang lain punya... Lawak jugak... Tengok la...

Some of Fred's Funny Videos

  • Fred on April Fool's Day


  • Fred Gets a Haircut


  • Fred Stays in a Fancy Hotel

Lucas Cruikshank a.k.a Fred Figglehorn






Siapa tak kenal Lucas Cruikshank atau lebih dikenali dengan nama Fred...? Dia amat popular di Youtube... You all tekan je Fred, pasti dia ada... Popular babe dia ni...

Lucas Alan Cruikshank

Born: August 29, 1993 Columbus, Nebraska, U.S
Nationality: American
Other names: Fred Figglehorn
Known as a: Comedian (Pelawak)
Fred Links:
Follow Fred on twitter!: http://twitter.com/FredFigglehorn
Get Fred's Hackin Holiday Fan Pack at http://www.fredchristmas.com
Add Fred on Myspace!: http://myspace.com/Fred
Check out Fred on Meez: http://www.meez.com/fred?refparty=fredyoutube
Get your FRED app the iTunes app store : http://itunes.apple.com/us/app/hey-its-fred/id343505425?mt=8
Fred websites (Shop at Fred's Store!): http://FredFigglehorn.com



Fred Figglehorn (stylized on his page and on T-shirts as FЯED) is a fictional character created and portrayed by American actor Lucas Cruikshank (born August 29, 1993). Cruikshank, a teenager from Columbus, Nebraska, created the character for his channel on the video-sharing website YouTube (Senang je). The videos are centered around Fred Figglehorn, a fictional 6-year-old who has a dysfunctional home life and "anger management issues". Beleive it...

Cruikshank introduced the Fred Figglehorn character in videos on the JKL Productions channel. He started on YouTube with his cousins, Jon and Katie Smet. He set up the Fred channel in October 2005 (Dah lama dah...). By April 2009, the channel had over 1,000,000 subscribers (cool and hebat giler), making it the first YouTube channel to hit one million subscribers and the most subscribed channel at the time (Hebat tak..?). However, on August 20, 2009, YouTube celebrities Ryan Higa and Sean Fujiyoshi and their channel, Nigahiga, overtook the Fred channel as the most subscribed channel of all time (Cemburu la tu..).

As of February 2010, the Fred channel has received over 79 million channel views, over 462 million video views since its launch, and with over 1.6 million channel subscribers, is listed as the number two all-time most subscribed YouTube channel (OK la tu...). Cruikshank has made many television appearances both as himself and as Fred like in iCarly. Although Cruikshank voices Fred, the audio is digitally edited to sound higher-pitched than Cruikshank's true voice (Cool tau).

In December 2009, Cruikshank filmed Fred: The Movie, which will air on Nickelodeon in 2010. Nickelodeon hopes to create a franchise surrounding the character and has committed to a sequel.

Justin Bieber Parody "Sleep on You": Key Of Awesome #10

Ok.. You all perlu tengok video ni... Memang ni bukan Justin Bieber sebab JB handsome lagi... Tapi, ni lelaki.. Mula-mula Diana ingatkan ni perempuan... Lucu sungguh video ni... Dengar betul-betul...

Kasih Tanpa Batas Seorang Ibu

Ibu... Ibu merupakan seorang insan yang teramat mulia dan menyayangi anaknya... Diana nak ceritakan satu kisah BENAR yang verlaku di China...
Foto aslinya :

Kisah ni menunjukkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk anaknya...

Petikan Syair Dagang ~ Hamzah Fansuri

Hai sekalian kita yang kurang
nafsumu itu lawan berperang
jangan hendak lebih baiklah kurang
janganlah sama dengan orang

Amati-amati membuang diri
menjadi dagang segenap diri
baik-baik engkau fikiri
supaya dapat emas sendiri

~Hamzah Fansuri

(Petikan Syair Dagang)

Syair Si Burung Pingai ~ Hamzah Fansuri

Hamzah sesat di dalam hutan
pergi uzlat berbulan-bulan
akan kiblatnya picek dan jawadan
inilah lambat mendapat Tuhan

Unggas pingai bukannya balam
berbunyi siang dan malam
katanya akal ahl al-alam
Hamzah Fansuri sudahlah kalam

Tuhan hamba yang punya alam
timbulkan Hamzah yang kalam
ishkinya jangankan padam
supaya warit di laut dalam

~ Hamzah Fansuri

(Petikan Syair Si Burung Pingai)

Friday, June 4, 2010

Justin Bieber's Videos

I love him soooooo much...

Justin Bieber's Biography


Justin Bieber- Baby



Justin Bieber-Never Let You Go


Justin Bieber- Behind The Scene of "One Time"


Justin Bieber-One Less Lonely Girl

Periksa Baru HABIS, babe...

Fuh... Memang penat... (Penatnya apa, baca buku pun boleh penat.. Bukan penat, tapi MALAS...) Whateva... Jujur Diana bagitau, periksa PPT(Penilaian Pertengahan Tahun) untuk tahun ni memang susah.. Tak sangka.. Naik form 1, semua pelajaran jadi susah...

*(Macam orang tengah berbisik) "Psst... Diana rasa periksa susah sangat... Adanya yang hantam.. Susah giler, babe.. (Dah susah, giler lagi) Uissh... Harap dapat A... 80% pun takpe la.."

*"Susah sanagt ke..?"
*"OK! Kalau nak tahu, try la! Baru tau susah ke tak..! Lain la kalau ko tu genius tahap genius!!"

AAAHH!!! (Menjerit macam nampak katak dalam kasut) Susah!Susah! Tak tahu nak cakap apa tentang periksa... Memang takut nak tahu keputusan... Apalah nasibku ini... (Che' wah..) You all doakanlah Diana berjaya dapat 8A... Diana tak nak hampakan mama Diana. Dia betul-betul nak Diana berjaya... kalau Diana dapat B, C, D, E (Harap-harap tak..) Mampus Diana kena dengan bebelan dan kemarahan mama yang menyeramkan tu.. But, it's for my own good tu.. Thanks, mama... She's a great mom, ok..

Karawang-Bekasi ~ Chairil Anwar

Kami yang kini terbaring antara Krawang-Bekasi
tidak bisa teriak “Merdeka” dan angkat senjata lagi.
Tapi siapakah yang tidak lagi mendengar deru kami,
terbayang kami maju dan mendegap hati ?

Kami bicara padamu dalam hening di malam sepi
Jika dada rasa hampa dan jam dinding yang berdetak
Kami mati muda. Yang tinggal tulang diliputi debu.
Kenang, kenanglah kami.

Kami sudah coba apa yang kami bisa
Tapi kerja belum selesai, belum bisa memperhitungkan arti 4-5 ribu nyawa

Kami cuma tulang-tulang berserakan
Tapi adalah kepunyaanmu
Kaulah lagi yang tentukan nilai tulang-tulang berserakan

Atau jiwa kami melayang untuk kemerdekaan kemenangan dan harapan
atau tidak untuk apa-apa,
Kami tidak tahu, kami tidak lagi bisa berkata
Kaulah sekarang yang berkata

Kami bicara padamu dalam hening di malam sepi
Jika ada rasa hampa dan jam dinding yang berdetak

Kenang, kenanglah kami
Teruskan, teruskan jiwa kami
Menjaga Bung Karno
menjaga Bung Hatta
menjaga Bung Sjahrir

Kami sekarang mayat
Berikan kami arti
Berjagalah terus di garis batas pernyataan dan impian

Kenang, kenanglah kami
yang tinggal tulang-tulang diliputi debu
Beribu kami terbaring antara Krawang-Bekasi

Chairil Anwar (1948)
Brawidjaja, Jilid 7, No 16, 1957

Puisi : Perjalanan Ke Langit

Bagi yang merindukan
Tuhan menyediakan
Kereta cahaya ke langit
Kata sudah membujuk
Bumi untuk menanti

Sudah disiapkan
Awan putih di bukit
Berikan tanda
Angin membawamu pergi
Dari pusat samudera

Tidak cepat atau lambat
Karena menit dan jam
Menggeletak di meja
Tangan gaib mengubah jarum-jarumnya
Berputar kembali ke-0

Waktu bagi salju
Membeku di rumputan
Selagi kaulakukan perjalanan.

Nama Pena: R.E.K
Email: Karyapuisi@gmail.com
URL : http://kumpulankaryapuisi.blogspot.com/

Snow Link Welcome

Saving CB