Thanks for visiting! HaVe Fun N HaPpY Go LucKy!!! Don'T ForGet To Be OnE oF My FoLLoWerZ

Friday, September 24, 2010

Fuhh!! Siap jugak...

Huhu.. Hi, all.. Sekarang Diana letih tahap dewa sangat lepas make-upkan Choco Diana yang mengada-ngada nak cun macam blog lain... Maybe, Choco tak la cantik sangat, tapi Diana dengan rasa bangganya mengatakan yang Choco, rakan terbaikku termat-amat cantik (Tak sangat).. Kalau korang perasan, banyak accesories yang Diana dah buang such as Frenz Link Exchange and lagu (ermm.. Tak la banyak sangat).. Diana pun ada tambah accesories baru kat Choco yang tak pandai make-up sendiri ni iaitu 'About Me' (Kat sidebar) and Banner kat atas sekali.. Ok tak...

OKla.. terpaksa out...

Sajak : Mengemis Kasih Di Kaki Lima

Pengemis Jalanan
Izinkan aku beradu di sini
Berbumbungkan langit
Berselimutkan dingin sembilu
Beralaskan hamparan kotak-kotak
Aku masih mampu terlena
Lebih lena dari tidurmu
Bertemankan mimpi indah
Yang pernah aku alami dulu
Aku juga insan sepertimu
Ingin rasa bahagia
Sedangkan ku pilih untuk berlari
Jauh dari kehidupan realiti
Hingga aku terdampar disini
Dikau yang bergelar insan
Lemparkan sedikit simpati
Agar perutku terisi
Walau hanya sekelumit sisa dari mulutmu
Aku juga punya hati sepertimu
Tetapi disinilah hatiku
Yang ku bawa lari itu
Hati yang telah lama mati
Dikau yang bergelar insan
Hulurkan secubit kasih
Agar aku rasa dihormati
Sebagai penghuni terhormat
Di kaki lima ini……..

Nukilan:
Ayu Mardiana

Wednesday, September 15, 2010

MyBlogName..



Uhu.. Raya tahun ni telah membuatkan Diana tak ada masa nak layan blog Diana yang cute + comel + pretty ni... Sebelum Diana teruskan entry kali ni, Diana nak beri credit pada Riha J sebab dia punya pasal, tetiba je Diana dapat idea nak buat nama untuk blog Diana ni..



Hmm... Difikir-fikir, blog Diana yang cute + crowded ni memang tak ada nama lagi... Dah nak dekat setahun pun umur blog Diana ni.. Tapi, kesian.. Nama pun tak ada lagi.. Tak pe, takpe... Blog tak marah, kan.. (Che wah.. macam la hidup)



Ni serba sikit tentang blog Diana.. (Baru ni.. Belum pernah buat lagi ni)



Nama sepenuh-penuhnya: Nuur ChocoMucho Cutey Alexandrie Cleopatra

Nama glamour a.k.a nickname: Choco

Jantina (Mesti tahu..): Of course la girl.. No way, Choco ni lelaki

Tarikh lahir: 24th of December 2009 (ya.. Still muda)


Birth Place: Office mama yang terletak di Jabatan Pembangunan, Kampus Kejuruteraan USM, 14300 Nibong Tebal, Pulau Pinang... Huhu...

Hmm.. Itu je kut serba sikit tentang my blog.. Ooops.. I mean, itu je serba sikit tentang CHOCO... Ok.. Kalau you all ada nak tanya apa-apa tentang Choco supaya you sll boleh memeningkan kepala Diana untuk memikirkan jawapannya, just ask kat ShoutBox atau send e-mail kat Diana ( iDiana_97@yahoo.com ) Tapi, sebaik-baiknya kat ShoutBox la.. Seriously... :-)

Sedikit maklumat tentang nama Choco


  • Nuur memang double 'u' just like my name..
  • 'ChocoMucho' memang tak jarak n 'M' memang huruf besar
  • Cutey maksudnya Choco memang cute.. Hehe
  • Alaxandrie adalah France girl's name... (Diana memang suka nama France...)
  • Cleopatra merupakan watak Roxxy Cleopatra yang dilakonkan oleh Beyonce dalam movie 'Austin Powers In Goldmember'.

Puisi : Tentang Cinta

Patah ranting bercerai kuntum ,
Meniti belati menusuk jantung;
resah kasih menanti cantum,
isi berita tak mahu kunjung..

Lelah mencari kelaut sepi,
berlabuh cinta dipangkal bicara;
rindu sudah dirantai hati,
namun hilang jiwa kemana..

Cendara pura indahnya kota,
beradu puteri cendana sari,
lapangkan dada segarlah jiwa,
barukan nampak isinya hati.

~Sabda
Kalamkojahasan@gmail.com
URL : www.sabdakalam279.blogspot.com

Puisi : Harapan Sahabat

Sahabat,
Ku sambut dengan seribu penghargaan,
Agar kita menjadi insan berilmu,
Dan pembela nasib masa depan,

Hatimu perlu cekal dan tabah,
Sesabar ibu mendewasakanmu,
Jiwamu perlu subur dengan iman,
Sesubur hijau bumi tuhan,

Kita diajar cintakan kematian,
Bagai musuh kita cintakan kehidupan,
Maka dibawah langit biru ini,
Kita mengenal erti sebuah kehidupan,

Sahabat-sahabatku engkaulah harapan,
Untuk menjadi pemimpin masa hadapan,
Sebagai satu contoh akan kejayaan,
Masa depanmu mesti kau merdekakan.

~mizaham
mizaham@gmail.com

Monday, September 6, 2010

HapPy BirthDay to ME...



Hmm... Diana rasa.. Bukan rasa, memang tau la.. Dah lama Diana tak post new things kat blog Diana yang dah makin membosankan and teruk tahap baboon ni... Tapi, hari ni hari special sikit bagi Diana.. Hari Ni adalah my BIRTHDAY yang ke-13 tahun.. Dah makin tua rupanya Diana ni... dah makin tinggi, makin berat and makin cute.. Hehe.. OK OK.. bagi sesiapa yang sma BIRTHDAY dengan Diana CUTE ni (Minah perasan la pulak), Diana wish-kan HAPPY BIRTHDAY yang ke-100 tahun.. huhu.. Lawak je.. (Bukannya lawak pun) OK, mungkin you all fikir, "Kenapa budak ni sambut BIRTHDAY??" Bukannya tak sambut, sambut.. Tapi sambut petang nanti, lepas mama habis kerja... Tak sabarnya... OK-lah.. Nak ucap thanx kat mama Diana ni.. Sebab tolong top up-kan.. Bubye...

PaHaLa $eoRang WANITa...


Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...


Seucap janji membuat kita percaya..

Sekecil luka akan membuat kita kecewa..

tetapi..

Sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."

PaHaLa $eoRang WANITa...
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.



Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.


Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?


Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.


Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.

Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... .



Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.



Hadis nabi mengenai wanita.


Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.

Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".



Nilai Seorang wanita solehah



Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

Insya - ALLAH.



"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".

Ath-Thabrani.



"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".

Ibnu-majah.



"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"

Ibnu - Majah.
Snow Link Welcome

Saving CB