Kerusi yang satu
menjadi rebutan
manusia pelahap.
Manusia yang pelahap
menanam igauan dan mimpi
untuk duduk di atas kerusi itu
sanggup bersilat seribu langkah
sanggup mengampu seribu helah
licik bagaikan seekor tedung
yang menerkam dalam senyap
sesiapa sahaja yang menghalang
impiannya untuk duduk di kerusi itu.
kerusi itu hanya satu
siapa bijak dan licik
maka dialah berkuasa!
Nukilan: NAAPIE MAT
Email: napiemat@gmail.com
0 comments:
Post a Comment