Thanks for visiting! HaVe Fun N HaPpY Go LucKy!!! Don'T ForGet To Be OnE oF My FoLLoWerZ
Showing posts with label Please READ.... Show all posts
Showing posts with label Please READ.... Show all posts

Friday, February 11, 2011

Renungkanlah Anak-Anakku

Uhm, uhm... Not my child, k... Puisi ni mama Diana yang bagi masa Diana darjah 3 kut.. Tak pasti.. Sampai sekarang Diana simpan lagi... :) :) Ima good girl.. Haha

so, here it goes...

Orang kata aku lahir dari perut ibu
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma.. ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah.. ibu
Bila takut.. yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk.. ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon... Ibu
Bila seronok... orang pertama yang aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "Ibuuuuuuu!"
Bila sakit, orang pertama yang risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang yang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dn rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak anak ke rumah Ibu
Bila sambut Valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila... bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila.. ... aku nak telefon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

Macam tu la... So, sebagai seorang anak, jangan lupakan ibu walau macam pun keadaan.. Sorry, Diana tak pandai nak bagi nasihat.. Diana pandai tengok TV je... Haha... Hancur... Tengah emosi ni....

Friday, December 10, 2010

Obsessed Dengan Mamat tu!!!!!!

Wargh!!!! Y'all please SALAH FAHAM!! Haha... Sorry.. Bukan mamat tapi MyLOve ni... Hahh... My sweet love.. I'm addicted to eat.. Tooooooo OBSESSED with this so cool boy.. *boy or girl??* Don't know... Macam mana ni..... Sebab Twitter (yup... Twitter) Diana tak sempat nak makan, tidur lambat (tak tidur langsung pun ada), tak sempat exercise, tak sempat tengok Naruto and Detective Conan *Hehe.. Kanak-kanak riang la katakan* and bangun super lambat.. LAlalalalaLA... Shut up, you!!! Haha... Nak tau kenapa Diana terlalu menyayangi Twitter?? *Tak nak* Nak bagitau jugak... Bla la... Ehh.. Jangan Bla.. *Ni nak cerita ke tak nak??* Ye la...

OSESSED & ADDICTED!! :P

  1. Twitter BEST!!!
  2. Twitter COOL!!
  3. Twitter drives me INSANE
  4. I've a lot of FOLLOWERS (Berlagak la ni)
  5. Many CELEBRITIES are following me.. (Berlaga lagi.. Tak boleh blah)
  6. My followers love me a lot... <3 (Perasan)
  7. My followers always mentions me (Apa kejadahnya 'mention' tu)
  8. Dapat communicate with individu dalam and luar negara (Best owh)
  9. I'm having a lot and lot of fun
  10. And last............................... TWITTER BEST!!!!
Sorry Facebook... Not my top Social Network anymore.. Love Twitter more... No offense, MY SWEET fACEBOOK...

Facebook: Warghh!! Mama!! Diana tak cintakan FB lagi... WARGH!!!!


LALALALALA!! If y'all ada Twitter, Follow me and I'll surely follow you back.. @iDiana_97

My Celebrity (Follow me on Twitter.. So far): @IslandRecords @PleasureEllis @NMDofficial @NeYoCompound @BillZucker @SLOTCHMUSIC @ModelMarkMunroe @UVMusic @TheStunners @gimmemotalk @MySpace @justinbieber @TheCodySimpson @McDonalds @Tinashe_K (Lihat di sidebar.. SEKARANG!!!)

Tuesday, December 7, 2010

Jadilah Seperti Patrick Star ~~ Seriously!!

 ~Diana tak minat sangat cerita Spongebob Squarepants~



bca sampai habis tauu ..
Seorang Patrick Star adalah seekor bintang laut yang merupakan sahabat SpongeBob Squarepants. Walaupun sering kali tak berkonsentrasi dalam apa-apa pun percakapannya and selalu salah faham, Patrick adalah sahabat yang baik. Betul!!! Setiap pagi Patrick akan berdiri di luar rumahnya untuk berkata "Hai SpongeBob"kepada SpongeBob yang akan pergi ke tempat kerjanya di Krusty Krab dan Patrick akan terus berdiri di luar rumahnya sampai SpongeBob pulang dari tempat kerjanya untuk bermain berdua.

Dialog-dialog antara Patrick dan SpongeBob walaupun kadang-kadang nampak bodoh, tapi terkadang mampu mengandungi mesej yang sangat dalam. Some maybe-cool-examples:

1.Spongebob: Apa yang biasa kau lakukan bila aku pergi?
Patrick: Menunggumu kembali.

2.Saat SpongeBob menjadi kaya dan melupakan Patrick dan akhirnya teman-teman SpongeBob pergi dari SpongeBob,
SpongeBob memohon kepada Patrick, dan Patrick berkata:

"Kalau wang mampu membuat aku melupakan sahabat terbaikku, maka aku lebih memilih untuk tak ada wang sama sekali'' -Hmmm-

3.Saat Patrick difitnah mencuri jaring ubur-ubur cool milik SpongeBob, Patrick berkata:"Tak apa kawan. Aku mungkin hanya bintang laut yang hodoh. Lebih baik aku pergi dari Bikini Bottom. Ini, turunkan barang-barang aku. Tapi aku tak pernah mengambil jaring mu kawan.

"Patrick mengajar kita mengenai makna persahabatan yang tak lekang oleh waktu.Alangkah great-nya, sesekali disaat y'all mendampingi adik-adik y'all, atuk y'all, nenek y'all, pak cik-makcik menonton caroon SpongeBob SquarePants, y'all menyelipkan mesej tentang persahabatan yg dicontohkan oleh Patrick. Dan tentunya mesej setiap manusia dan makhluk ciptaan Tuhan yang lain mempunyai kelebihan yang layak dicontoh oleh sesamanya.

ThIs is Someone's Patrrick n she/he l0vE It ~~ 
Yeahh dapat seluar baru .. !! spongebob bagi emm hah korang apa tengok-tengok..!! Nak curi kaa .. ??! Jagan harap!! Buuu ~~

Monday, December 6, 2010

Why GUCCI!!!

KAU PEMBUNUH YANG KEJAM!!!! Maybe y'all ingat Diana dah tak betul tapi
DIA MEMANG KEJAM..!!
OK, maybe Diana and family boleh maafkan dia *dah maafkan pun*, tapi please la ada hati yang comel sikit...
Lepas membunuh, please move-kan mayat di tempay yang OK sikit... Jangan la letak kat TEPI
TONG SAMPAH RUMAH ORANG!!!
Tak patut langsung,, Kesian la sikit kat kucing tu a.k.a KUCING DIANA NAMED GUCCI tu...
Apa salah dia??!!
Diana especially mama risau giler time Gucci tak balik rumah... FYI, Gucci dah hilang sejak
Jumaat ke Sabt tah... Tak ingat!! (pe la.. Tak ingat)

PEMBUNUH YANG MEMANG KEJAM!! (lebih-lebih la pulak)
Memang la lebih-lebih cuz Gucci terbiar TEPI TONG SAMPAH sampai berulat...
Dah la pecah perut kucing tu.. Semua intinya terburai...
Tulang hancur!! Kepala pecah and lembik (Rasanya otak and tulang dah reput or kena makan ulat sebab tak nampak)
Diana ambil masa 5 minit untuk
angkat Gucci guna cangkul masukkan dalam paper untuk ditanam..
Dah la kena buat sorang-sorang memandangkan
cuma dapat bantuan dari cangkul je..
Farah pula terlamau takut nak tolong...
Arghh!! Sakit hatinya.... Ni kali ke-empat berlaku benda yang sama..
At least yang ketiga-tiga OK la jugak.. Boleh nampak...
Kesian, Gucci.. Love you so much...

Monday, September 6, 2010

PaHaLa $eoRang WANITa...


Ketahuilah sesungguhnya secebis kasih membuat kita sayang...


Seucap janji membuat kita percaya..

Sekecil luka akan membuat kita kecewa..

tetapi..

Sebuah persahabatan akan selamanya bermakna.."

PaHaLa $eoRang WANITa...
1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh.
3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat.
4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.
10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.
11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.
12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.
13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.
14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.
15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.
16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.
17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.
19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.
22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
23. Wanita yang meniggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.
24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.



Pandangan: Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga.


Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan?


Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela.Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.


Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail?

Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup.

Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan,etc... .



Dipetik daripada Bayan Masturat Oleh Syed Ahmad Khan; Januari 1992.



Hadis nabi mengenai wanita.


Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.

Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".



Nilai Seorang wanita solehah



Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam dalam erti kata yang sebenarnya.

Insya - ALLAH.



"Empat jenis, siapa yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".

Ath-Thabrani.



"Tidak perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia menyuruh isteri mentaatinya. Dan jika dia melihat kepada isterinya, isterinya menyukakan hatinya. Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya. Dan jika suaminya tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".

Ibnu-majah.



"Janganlah kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik, mungkin paras rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman. Tetapi kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang menghayati agama sesungguhnya lebih baik"

Ibnu - Majah.

Friday, June 11, 2010

Kids Solves Rubik's Cube

Pandai sungguh budak ni... Macam mana dia buat pun Diana tak tahu...

3 Year Old Solves Rubik's Cube in 114 seconds

  • 3 Year Old Solves Rubik's Cube in 114 seconds


6 Year Old kid Solves Rubiks Cube in 37 Seconds

Thursday, June 10, 2010

Kasih Tanpa Batas Seorang Ibu

Ibu... Ibu merupakan seorang insan yang teramat mulia dan menyayangi anaknya... Diana nak ceritakan satu kisah BENAR yang verlaku di China...
Foto aslinya :

Kisah ni menunjukkan betapa besarnya pengorbanan seorang ibu untuk anaknya...

Tuesday, May 11, 2010

Secebis Kasih Sayang

Kat bawah ni, mama Diana e-mailkan kepada Diana... Diana harap you all baca...


Aku cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada aku.Suatu
hari,untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis
ketika itu, aku ambil 50 sen dari poket seluar ayah.
Petang itu, pulang saja dari sekolah - ayah memanggil kami berdua
Dia meminta aku dan adik berdiri di tepi dinding.
Aku menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.
“Siapa ambil duit ayah?” tanya ayah bagai singa lapar.
Aku langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah.
Kedua-dua kami membisu,cuma tunduk memandang lantai.
“Baik,kalau tak mengaku,dua-dua ayah rotan!” sambung ayah sambil
mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang aku.
Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya
sambil berkata, “Saya yang ambil!”
Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu,hayunan
dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik.
Aku gamam,lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis punairmata adik tak tumpah.Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut.
“Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan
kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?”









Malam itu, emak dan aku tak lepas-lepas mendakap adik
Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati.Namun adik cukup tabah.
Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk.
Melihat keadaan itu, aku meraung sekuat hati, kesal dengan sikap aku yang takut berkata benar.Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu
berkata,”Jangan menangis kak,semuanya dah berlalu!”
Aku mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik.











Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan aku bagaikan baru semalam berlaku.Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan aku pula
ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.
Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di
ruang tamu. Aku terdengar ayah berkata,
“Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!”
“Tapi apalah maknanya bang…!” aku terdengar ibu teresak-esak.
“Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?”Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu.“Ayah,saya tak mahu ke sekolah lagi!”
Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung
wajah emak,kemudian wajah adik dalam-dalam.Panggggg….sebuah penampar singgah di pipi adik.Seperti biasa yang mampu aku lakukan ialah menutup muka dan menangis.
“Kenapa kamu ni? Tahu tak,kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan
kamu, ayah akan lakukan!”“Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan,”
aku memujuk adik tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.
“Kakak perempuan…biarlah kakak yang berhenti.”









Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya.
Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada.
Di atas pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..
“Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak.”Apa lagi yang saya tahu selain meraung.
Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa.Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
“ Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!”
“Pemuda kampung?” bisikku. “Siapa?”Tergesa-gesa aku keluar bilik. Dari jauh aku nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen.
“Kenapa sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!”
Sambil tersenyum dia menjawab, “Akak lihatlah pakaian adik ni.
Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?”
Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya.
Aku cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi.
Aku kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.
Dalam suara antara dengar dan tidak, aku bersuara, “Akak tak peduli apa
orang lain kata.”Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu
.Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, “Kak, saya tengok ramai gadis
pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak.”
Aku kaku. Sepatah kata pun tak terucap.Aku rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, aku pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen.
Aku lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.
“Emak,tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik.”
“Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka.”
Aku menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.
“Sakit ke?” aku bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.
“Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan
simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa.
Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja
keras.” Apalagi…aku menangis seperti selalu.










Aku berkahwin pada usia menginjak 27 tahun.
Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.
“Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?” kata adik.
“Adik takde pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik
ada.”“Adik tak ke sekolah pun kerana akak.” kata ku memujuk.
“Kenapa sebut kisah lama, kak?” katanya ringkas, cuba menyembunyikan
kesedihannya.Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah
tiada.Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis
bertanya, “Siapakah orang yang paling anda sayangi?”
Spontan adik menjawab, “Selain emak, kakak saya….”katanya lantas
menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.
“Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke
sekolah.Suatu hari tapak kasut saya tertanggal.
Melihat saya hanya memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan
memberikannya pada saya.Dia berjalan dengan sebelah kasut.
Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan
calar-balar.”“Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri.
Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu.
Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila.”
Sebaik adik tamat bercerita, aku meluru ke pelamin, mendakap adik
sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.


“Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yg kita
dapat…dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada..”


Jangan nangis dah lah ye... hehehe... So tanyalah diri you all sekarang mampukah jadi seperti adiknya tu??? Atau you all rasa cukuplah apa yang telah you all bagi pada family you all selama ni?? Tepuk dada tanya lah diri...

Daddy ... It hurts

Hey all... Diana nak you all baca poem kat bawah ni... Poem ni Diana dapat dari mama Diana...


" Daddy ......it hurts"




This is A TRUE STORY AND IF YOU DON ' T PASS THIS ON YOU DON ' T
HAVE A SOUL!!!
My name is Chris ,
I am three,
My eyes are swollen..
I cannot see.


I must be stupid,
I must be bad,
What else could have m ade ,
My daddy so mad?

I wish I were better,
I wish I weren ' t ugly,
Then maybe my Mommy,
Would still want to hug me.

I can ' t do a wrong,
I can ' t speak at all,
Or else I ' m locked up,
All day long.

When I ' m awake,
I ' m all alone,
The house is dark,
My folks aren ' t home.

When my Mom does come home,
I ' ll try and be nice,
So maybe I ' ll just get,
One whipping tonight.


I just heard a car,
My daddy is back,
From Charlie ' s bar

I hear him curse,
My name is called ,
I press myself,
Against the wall.

I try to hide,
From his evil eyes,
I ' m so afraid now,
I ' m starting to cry.

He finds me weeping,
Calls me ugly words,
He says its my fault,
He suffers at work.

He slaps and hits me,
And yells at me more,
I finally get free,
And run to the door.

He ' s already locked it,
And I start to bawl,
He takes me and throws me,
Against the hard wall.

I fall to the floor,
With my bones nearly broken,
And my daddy continues,
With more bad words spoken.

'I ' m sorry! ' , I scream,
But it ' s now much to late,
His face has been twisted,
Into a unimaginable shape.

The hurt and the pain,
Again and again,
O please God, have mercy!
O please let it end!

And he finally stops,
And heads for the door,
While I lay there motionless,
Sprawled on the floor.

My name is Chris ,
I am three,
Tonight my daddy,
Murdered me.

And you can help,
Sickens me to the soul,
If you read this,
And don ' t pass it on.

I pray for your forgiveness,
You would have to be,
One heartless person,
Not to be affected,
By this Poem.

And because you ARE affected,
Do something about it!
So all I ask you to do,
Is pass this on!


IF YOU ARE AGAINST CHILD ABUSE!
Post this as ' Daddy ... It hurts '

THE NEXT SENTENCE STOPS GOOD INFORMATION
If you do not send this to everyone you know
Then you obviously don ' t care about child abuse.

At first I thought this was just a chain letter
And I wasn ' t going to send it either,
But now I realize that this is an important situation.

At least 5 children each day from around the world die from child abuse!!!!

Friday, April 30, 2010

CuTe... (MiaoLurveWafuPafu.wmv )

Hey, all... Diana nak you all tengok video ni... Video yang teramat-amat ADORABLE... PLEASE tengok la... Video yang amat sedih akhirnya menjadi video yang funny... Tengok tau...

Tuesday, March 23, 2010

A Dog named Faith

This is a story about a dog who was born on Christmas Eve in 2002.

He was born with 3 legs - 2 healthy hind legs and 1 abnormal front leg which needed to be amputated.

He of course could not walk when he was born. Even his mother did not want him.

He was rejected and scorned.


His first owner also did not think that he could survive. Therefore, he was thinking of putting him to sleep..

At this time, his present owner Jude Stringfellow came into his life and wanted to take care of him.

She was determined to teach and train this dog to walk by himself. She thought, all we need is a little faith.

Therefore she named him 'Faith.'

In the beginning, she put Faith on a surf board to let him feel the movements of the water. Later she used peanut butter on a spoon as a lure and to reward him for standing up and jumping around. Even the other dogs at home helped to encourage him to walk. Amazingly, after only 6 months, like a miracle, Faith learned
to balance on his 2 hind legs and jumped to move forward. After further training in the snow, he can now walk like a human being.

Faith loves to walk around now.
No matter where he goes, he just attracts all the people around him. He is now becoming famous on the international scene. He has appeared in various newspapers and TV shows. There is even one book entitled 'With a little faith' being published about him.

He was even considered to appear in one of Harry Potter movies.

His present owner Jude Stringfellow has given up her teaching job and plans to take him around the world to preach,
'that even without a perfect body, one can have a perfect soul.'


In life there are always undesirable things.

Perhaps a person who feels things are not going as well as they could will feel better if they change their point of view
and see things from another perspective.

Perhaps this message will bring fresh new ways of thinking to everyone.

Perhaps everyone can appreciate and
be thankful for each beautiful day that follows.

Life is the continual demonstration of the power of thinking positive and having faith.

p/s: Believe in yourself. Never lose faith.

Kisah Monyet... Kesian...

don't cry after read...

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis. Apa
yang saya ingin ceritakan pun hanyalah tentang monyet, haiwan yang sering
jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas,
kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita
tentang itu...

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang
saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala
Pilah,
nun di depan sana, saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di
sisi
jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir, saya terkejut
kerana
ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah
sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan
memperlahankan
kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar-debar apabila melihat monyet itu
terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya
terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang
buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu
berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika
itu, terasa tubuh saya ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi
akan
mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya melayang
sebelum
sempat melihat wajah ibunya.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak
kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu
tadi,
tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir sahaja
dilanggar kenderaan yang lalu lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.
Ia
hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan
manusia.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini,
kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan
saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh
seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya
bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya
terima sahaja
ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi,
tapi
tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh,
rusa,
ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah
bersembunyi jauh dari kami. Hutan itu sepi .

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian
beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang relanya. Kata pak cik,
"
Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa. Mungkin esok ada habuan."

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami
terdengar
suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya
mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang
memakan buah-buah hutan.

Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di
bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar
maksudnya.

Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya,
nanti
boleh bela, " begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya
membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengundurkan niatnya.
Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,

"daripada balik tangan kosong.. "lalu dia mengacukan senapangnya ke arah
kawasan monyet tadi, dan...

DAMMM!!!

Berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-
monyet
tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patah
serta
jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu
monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya.
Dari
perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa
terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil
menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun.
Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk
mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih
berdarah.

Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil
berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan,
jatuh,
bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang
jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan
menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.

Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak
cik
terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang
perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh.
Betapa
si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia
bermanja
akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu
menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk
anaknya
buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibunya akan pergi.

Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap
mulutmu
bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat
si
anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.

Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami
dengan
pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke
sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu
berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di peluknya.

Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat
si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya
terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak
dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan
diri
dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si
anak
tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia
beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah
ke
pipi.

Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang
tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul
kesal
dengan apa yang berlaku.

Susana sunyi kembali.
Biarpun monyet itu terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang
telah mati, kami rangkul monyet itu dan bawanya pulang.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik.
Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana
membunuh
satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang
hodoh,
tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang
kepada ibu. Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya.
Pak cik
memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik
menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila
malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini, saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya
ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa
haiwan
juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah
satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.

Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih
sayang
ibu.







p/s: Entri ini bukan milik Diana, tetapi milik seorang lelaki yang Diana tak kenal.. Mama Diana yang send e-mail mengenai cerita yang sedih ini and Diana masukkan dalam blog Diana ni...
Snow Link Welcome

Saving CB