Thanks for visiting! HaVe Fun N HaPpY Go LucKy!!! Don'T ForGet To Be OnE oF My FoLLoWerZ

Monday, May 31, 2010

Colin Morgan (Merlin)











Colin Morgan (dilahirkan pada 1 Januari 1986) ialah seorang pelakon dari Armagh, Ireland Utara. Kenal tak..? Of course la kenal... Kalau tak kenal, memang teruk...! Tak tengok TV ke..?! Hello...!! Merlin di TV3 and di Hallmark Channel... Best tu... Lepas je dia memperolehi Diploma Kebangsaan dalam Seni Pertunjukan di Belfast Institute of Further & Higher Education dalam tahun 2004, Morgan or Merlin menyambung ijazah di Royal Scottish Academy of Music and Drama yang berprestij itu pada tahun 2007.

Morgan telah dan pernah membintangi beberapa watak sampingan dalam program-program tv seperti (Bagi yang tak tahu tu.. *Menyampah) The Catherine Tate Show dalam tahun 2007, dan episod "Midnight" dalam Doctor Who pada tahun 2008 sebelum memegang watak utama dalam siri TV BBC, Merlin(2008) . My fav, yo...

Filem pertamanya ialah The Sea Change, sebuah adaptasi novel Jane Rogers yang berjudul Island. Siapa yang tak tengok lagi, tengoklah... Atau beli je 'Island' tu... Itupun, kalau ada lagi.. Hehehe..

Radio debutnya dalam Cry Babies oleh Kim Newman sudahpun dikeudarakan melalui Radio 4 BBC pada 9 Mac 2009. Haha! You all terlepas... Actually, Diana pun terlepas.. Sedih........

Kredit terpilih (Watak yang Dipegang)

  • Vernon dalam Vernon God Little, Young Vic Theatre, London - 8 Mei hingga 23 Jun 2007
  • Esteban dalam All About My Mother, Old Vic, London - 4 September hingga 24 November 2007
  • Jimmy dalam A Prayer For My Daughter, Young Vic Theatre, London - 6 Februari hingga 15 Mac 2008
  • Jethro Cane dalam Doctor Who, Midnight, Musim Bunga 2008
  • Merlin dalam Merlin, BBC One, Musim Luruh 2008.

Anugerah

  • Anugerah Pelakon Baru Cemerlang Caron Keating (Merlin) - Variety Club Showbiz Awards










Ni je yang dapat Diana ceritakan tentang Colin Morgan aka Merlin yang cute sangat terutama time dia menangis... Bubye...

Puisi: Hawa yang Istimewa

Duhai kaum Hawa…
Sungguh mulia tempatmu
Terlalu istimewa sifatmu
Tak ternilai kudratmu
Meski masih bisa tertawa
Di kala saat-saat duka
Gahnya air mata itu
Di sebalik keindahan alis matamu
Itulah kelemahanmu
Namun percayalah
Titis kaca itu adalah tulang kekuatanmu jua
Yang bisa runtuhkan ego Adam
Yang bisa runtunkan jiwa Adam

Senyumlah wahai Hawa
Ukirlah seikhlas wajahmu
Sucikanlah ruang hatimu
Kerna ku jua tau
Tulus budimu
Semulus kasihmu
Yang bisa menggoncang dunia
Yang bisa membuka mata semesta

Terima kasih Tuhanku
Aku lahir ke dunia sementara ini
Dalam dunia Hawaku…

Duhai kaum Adam…
Hargailah kasih sayang Hawa
Yang tiada galang ganti
Yang dicurahkan bersama doa
Tanpa Hawa
Dunia ini akan hilang hiasnya
Akan pergi serinya
Tinggallah Adam di sini
Menghitung kesalan di benak hati
Membiarkan Hawa melangkah sepi…
Jangan biarkan Adam dan Hawa terpisah akhirnya…

Nukilan:
No-rulesz Has’z

Monday, May 24, 2010

FaRaH...

Farah tu kakak Diana... Kakak Diana yang teramat-amat cun... Sebelah ni, pic dia... Diana rasa agak kecewa dengan dia sejak kebelakangan ni... Diana tahu dia tak suka dengan Diana, tapi dia tak perlu tunjukkan kat Diana perkara yang Diana dah tahu.... Dia kata, Diana ni disgusting, sial and menjijikkan, tapi dia still nak guna things milik Diana... Apa tu..? Kata jijik...

Jumaat lepas, kawan dia sleep over kat rumah... Sekarang pun, fren dia tu still kat rumah... Bila fren dia ada kat rumah, dia tak pukul and buli Diana sangat... Bagus juga... Tapi, dia layan Diana macam Diana tak wujud kat DUNIA ni... Semalam, Diana masuk bilik (Farah and fren dia ada kat dalam bilik)... Dia cakap Diana ni busybody... Diana bukan nak menyibuk... Cuma, Diana boring tak buat apa-apa.... Diana sedih sangat... Bila kawan Diana datang rumah, dia bolot kawan Diana... Sampai kawan Diana asyik dengan Farah je... Semalam, Farah and fren dia nak pegi Econsave (Pusat beli-belah)... Diaorang nak beli benda and minta tolong mama untuk hantar diorang.. Mama suruh Diana ikut sekali, tapi Diana tak nak... Mama paksa, jadi Diana ikut je... Diana tahu Farah tak suka.. Memang boleh nampak dari raut wajah dia... Of course la dia ingat Diana busybody (Sekali lagi)...

Sedih sangat... Diana rasa agak terseksa dengan perbuatan Farah tu... Diana adik dia.... Bukan kawan dia atau musuh dia... Maybe la musuh dia... Ok... Berbalik kepada apa yang Farah anggap tentang diri Diana ni... Yup... Dia cakap, Diana ni jijik... Tapi, why dia pakai barang Diana... Contohnya seperti compact powder, baju, seluar, etc. Memang bengang... Pakai tak minta kebenaran pula tu... Tak suka langsung... Kalau Diana nak pakai barang dia, dia marah Diana... Semalam, masa nak pergi Econsave, dia pakai baju fav Diana... Of course it's my fav cuz tu present dari papa atas kejayaan Diana dapat 5As in my UPSR... So, Diana kata, bagi Diana pakai baju dia... Dia marah... Baju dia banyak... Kenapa perlu pakai baju Diana..? Diana bertegas... Dia bagi dengan perasaan yang sungguh meluat... Dia bagi kat Diana baju yang amat buruk... Diana nak yang lain... Ok... Kali kedua ni, ok... Baju cantik... Dia marah... Bila balik dari Econsave, dia suruh buka.. Diana tak nak... Dia tu still pakai baju Diana, so buat apa Diana nak tukar...

So, itulah kejadian yang berlaku... Malah, ada yang lebih teruk.. Tapi, Diana sabar... Itu cuma dugaan dari Allah... Diana terima dengan hati terbuka... Apa-apa pun, Diana still sedih dengan attitude farah..

Apabila Kata-kata Menjadi Sebuah Dosa – Zurinah Hassan

Ingin kurakamkan segalanya pada malam ini
bagaimana kutidur di dadamu
dan kau cuba mengeringkan airmata
tapi aku tidak dapat bersuara
apabila setiap kata-kataku
telah menjadi sebuah dosa

Bila kau bertanya sesuatu
paling mudah menjawab “tidak tahu”
kerana berkata benar
telah menjadi sebuah dosa

Dan apalagi yang tinggal
selain mulut yang bisu
bila suaraku
telah menjadi merbahaya
dan kata-kata
telah menjadi sebuah dosa.

Zurinah Hassan, 1977

http://zurinahhassan.blogspot.com

Jebat Yang Tidak Jadi Menderhaka – Zurinah Hassan

Sepanjang hidupnya
Jebat mendengar Tuah berkata:
pantang Melayu menderhaka.

Kata-kata itu diulang-ulang
pantang Melayu menderhaka
pantang Melayu menderhaka.

Tuah mengajar mereka menghafalnya
Tuah meminta mereka berjanji
untuk mentaati.

Sehinggalah pada hari itu
Tuah dihukum tanpa usul periksa
Tuah yang setia dituduh menderhaka
Tuah yang dikasihi dihukum mati
siapakah yang dapat berdiam diri.

Dengan marah yang menggelegak
Jebat mahu memberontak
tetapi dia tergamam
terbayang wajah Tuah
bersungguh-sungguh meminta
agar tidak menderhaka
kata-kata orang yang disayangi
memang selalu dikenang
amanat orang yang disayangi
akan tetap dipegang
jika Jebat menderhaka
akan tercemar persaudaraan mereka.

Kerana kasihnya kepada Tuah
Jebat tidak jadi membantah
dia pun tunduk
menerima segala tugas can anugerah
yang telah dilucutkan daripada Tuah.

Tidak ada apa-apa
yang berlaku di Melaka
kerana Jebat tidak jadi menderhaka
tidak ada apa-apa yang mengganggu
ketika raja lena beradu
didodoi dayang diulit lagu.

Kerana Jebat tidak menderhaka
Tuah tidak dijemput pulang ke Melaka
Hiduplah dia di hutan
sehingga mati dan dilupakan.

~ Zurinah Hassan
Salasilah (DBP 2005, hlm 36-37).
http://zurinahhassan.blogspot.com

Puisi Masyitah – Zurinah Hassan

MASYITAH

Kau tidak pun merasa gentar
melihat kawah Firaun
kau tidak pun teragak-agak
untuk melepaskan bayimu
segala itu telah kau relakan
demi cinta pada Tuhan

Aku tahu Masyitah
keyakinan boleh menghilangkan kesakitan
dan aku pun cukup tahu
keraguan itulah sebenarnya kesakitan.

Zurinah Hassan
(Antologi Keberangkatan)

Friday, May 14, 2010

More Funny Picz




Jangan gelak, ok... Ala... Gurau je.. Nak gelak, gelak je la... Semua picz Diana and satu picz Farah... Shh.... Jangan bagitau Farah
Snow Link Welcome

Saving CB