Thanks for visiting! HaVe Fun N HaPpY Go LucKy!!! Don'T ForGet To Be OnE oF My FoLLoWerZ

Tuesday, February 15, 2011

Tuto: Button Read More

Hari ni, Diana nak buat tuto lagi... Ok, setengah blogger atau pun visitor tak suka tengok blog orang yang panjang berlebar-lebar dalam blog.. Nampak macam hutan.. tak kemas.. Ala.. Kononnya, nak cerita sangat tentang kehidupan diorang yang boring untuk menunjuk- nunjuk.. Biasa la orang zaman sekarang ni.. ^^

Cara Buat Read More pada blog

Cara-cara nak buat Button Read More (Asas)
1. Pergi dashboard > Design > Edit HTML.
2. Pada keyboard y'all yang tak menarik tu, tekan ctrl + F untuk menghidupkan fungsi 'find' kemudian taip 

3. Letakkan code kat bawah ni, kat atas 
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<style>.fullpost{display:inline;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<b:else/>
<style>.fullpost{display:none;}</style>
4. Than, letakkan code kat bawah ni pulak, di bawah  

<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'><br />
<a expr:href='data:post.url'>Read more...</a>
</b:if>
</b:if>
Note: Code yang y'all letak mesti macam kat bawah ni:
 
5. Lepas tu, apa lagi... Save template la.. Tak 'kan nak masak pulak... 
6. Cop-cop.. Tak habis lagi.. Than, pegi kat dashboard, click Setting > Formatting kemudian scroll ke bawah sampai jumpa Post Template. Kalau tak jumpa, cari gak.. Tak kira.. Sampai hujung dunia pun tetap kena cari...
7. Copy code kat bawah ke dalam Post Template...

<span class="fullpost">
</span>
8. Dah.. Apa tunggu-tunggu... save setting la cepat...
9. Oit.. Lepas tu.. *Tak habis lagi*... Pergi kat New Post> Edit HTML> y'all akan jumpa code yang y'all letak tadi... Kandungan ayat yang ingin diletakkan dalam ruanagn read more perlu terletak antara dan

10. Than, publish post!

Letak Tajuk Entri Pada 'Read More'

Ok, selalunya, blog yang guna fungsi 'Read More' ni, obviously keluar perkataan 'read more', 'baca lagi', 'klik untuk teruskan pembacaan' dan benda mengarut yang lain lah tanpa melibatkan tajuk sesebuah entry.

Tutorial ni pulak akan terangkan macam mana nak tambahkan sedikit (sikit je) code daripada tutorial 'Read More' yang kat atas ni (Asas punya) untuk membolehkan tajuk entry keluar secara automatic selepas perkataan 'readmore'. *Cooollll!!!!*

Sebelum:


Selepas:














Cara nak buat trick kat ats ni... Peace of cake je...
1. Pergi dashboard > layout > edit HTML > expand widget templates
2. Click Ctrl + F and cari code kat bawah ni:
<data:post.body/>
3.  Dibawah code , ada beberapa code yang berkaitan dengan Read More, dan buat penambahan code kat bawah ni selepas perkataan 'Read More'(atau perkataan lain yang berkaitan)
-pastikan kod kat bawah ni terletak sebelum
<data:post.title/>
 Code tu akan nampak macam kat bawah ni:

SIAP and dah boleh save.. Senang 'kan.. :) FoLLOw Choco, k.. :)

Sunday, February 13, 2011

Tuto: Sparkly Cursor

Heya... Fuhh!! Diana rasa.. Bukan rasalah... Memang betul punya... Banyak betul Diana buat tuto kebelakangan ni, kan.. Wah!! bangga rasanya dah pandai buat tuto... Betul, betul, betul (Gaya Ipin).. Tapi, Diana baik hati kongsikan macam mana nak buat macam-macam yang berkenaan dengan blog, kan-kan... FYI, semua tuto Diana buat sendiri, k.. Tak de copy-copy.. Copycats memang tak pandai... Haha.. No offense, copycats.. Lalala... Ok.. Diana nak ajar macam mana nak buat Sparkly cursor..

Apa tu?? Ala.. Goyang-goyang cursor y'all sekarang!!! Ada bintang hijau jatuh dari cursor, kan.. Tu la sparkly-nya.. Bukannya cursor tu b*r*k, k.. Or.. Just tengok pix kat atas tu.. Hehe...

Let's START this EASY like PEAS Thingie!!!!

1. go to y'all dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript
2. Masukkan code kat bawah ni kat dalam 'HTML/javascript'
<script src="URL JS" type="text/javascript"></script>


Note: untuk URL JS (Warna sparkly tu ha), tukarkan dengan kod kat bawah ni ikut la warna sprakle yang y'all nak
Biru - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/biru.js
Hitam - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/black.js
hijau - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/lawngreen.js
Ungu - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/purple.js
Putih - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/putih.js
Pink - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/salmon.js
Kuning - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/yellow.js
Hijau kebiruan - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/aqua.js (Diana amik yang ni)
3. Save

Cuba tengok blog y'all lepas tu.. Ha!! Nampak, kan... Kalau tak de, just ask Diana kat 'Ask Me Anything (Really Mean It) kat sidebar.. Sure Diana balas and help y'all...

p/s: Kalau nak tukar cursor yang comel-comel search google, k or CLICK SINI

End.. Follow Choco, k

Tuto: TextBox in Blog

Membuat 'kotak' untuk apa je y'all nak menunjuk-nunjukkan dapat memudahkan visitor y'all (kalau ada) untuk copy apa yang y'all nak kongsi or blogger nak copy selalunya kod atau mungkin juga benda lain yang merapu.

Contoh textbox macam kat bawah ni ha.. Boleh nampak, kan.. Kalau tak boleh, tak nak amik tau...Textbox menjadikan code senang dicopy oleh visitor y'all yang tak de kerja nak buat dan pada masa yang sama dapat kemaskan blog y'all yang bersepah macam bilik orang gila..

Cara Buat Textbox dalam blog


Tuto ni memang bagus tau.. Senang nak copy dari guna 'blockquote'.. Kalau y'all nak taip code dalam blog (Entri tuto) guna ni la... Kemas sikit...


Code Asas untuk TextBox
Copy kat dalam entry y'all:
<textarea style="height: 100px; width: 200px; overflow: scroll; background: #8CEFFD;">MASUKKAN KOD Y'ALL DI SINI</textarea>
Contoh TextBox:


TextBox
(Click Left-Click Sekali je untuk Select Code)

Copy kat dalam entry y'all:
<textarea style="height: 100px; width: 200px; overflow: scroll; background: #8CEFFD;" onclick="this.focus();this.select()" >MASUKKAN KOD Y'ALL DI SINI</textarea>
Contoh TextBox:

TextBox

(Lalu je kat Dalam TextBox untuk Select Code)

Copy kat dalam entry y'all:
<textarea style="height: 100px; width: 200px; overflow: scroll; background: #8CEFFD;" onmouseover="this.focus()" onfocus="this.select()" >MASUKKAN KOD Y'ALL DI SINI</textarea>
Contoh TextBox:

Note: 100 > Gantikan dengan ketinggian yang y'all nak200 > Gantikan dengan lebar yang y'all nak sangat#8CEFFD > Gantikan warna background dengan kod yang y'all nak.. Gedik sangat tak nak warna ni.. Haha.. Untuk kod warna, CILCK HERE


Senang je, kan.. Kalau tak paham jugak, just ask kat 'Ask Me Anything (Really Mean It) kat sidebar Choco, k

Saturday, February 12, 2011

Tuto: Signature On Blog

Hari ni, Diana nak buat tuto sikit.. Dah lama tak buat.. Rindu sesangat.. Macam rindukan bulan waktu malam.. Bluek.... Sentimental punya ayat...


1 - Pergi ke website Mylivesignature or just click Ni HA.

2 - Tekan Click Here To Start.

3 - Ikut step-step nya.

Dah siap? Ikut step-step ni pulak :

- Lepas dah siap, tekan 'Want to use this signature?' Dia akan bukak satu window baru.

5 - Tekan 'Generate HTML Code'.

6 - Then, tekan 'Generate a code for my handwritten signature'. Copy code nya.

- Lepas tu, pergi ke Settings - Formatting

- Scroll ke bawah. Akan ada kotak Post Template. Pastekan code di situ.

9 - Save :)

Return The Love

Hey!!!! HeyaHey.... Sup all?? Tengah makan sup ke??? Haha... So... As you know or don't know, Diana dah mulakan balik.... Mula apa?? Mula ponteng sekolah... Haha... Tak de lah.. Mana ada.. Dosa tu ponteng sekolah.. No offense to the anti-school.. :) :) Actually, Diana dah mula letak puisi, sajak, pantun and apa-apa lah yang sama darah daging dengan diorang tu.. *Diorang tu orang ke?? O.o* If y'all scroll ke bawah Choco, y'all boleh nampak la puisi-puisi yang panjang tu.. Kalau tak nampak, sah-sah dah buta.. Haha.. Pegi klinik cepat... Huhuhu.... So, seminggu sekali Diana akan post benda tu.. *Aik, benda la pulak... Pening pala je la...* Nak tau nape Diana masukkan balik?? *Tak nak* Sebab ada orang gila lalu depan rumah.. Bei inspirasi.. Haha.. Just kidding... Cuz ada sorang mamat ni yang gelarkan namamya 'Ghost Whisper' kut.. Haha... Tak ingat... Dia suka satu puisi Diana and buatkan Diana bersemangat ni.. Nak teruskan kepenatan scan, copy, paste kat dalam Choco sampau dia boleh gemuk... Hmm.... Hmmm...

PEACE

Petikan Vis-u- Ramin ~ Gurgani


Kudendangkan kisah segar
sesegar musim bunga
setiap bait indah
bak lukisan cat

~Gurgani

Gadis Dan Ayat Suci ~ Usman Awang


Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Beralun lagu Tuhan di sayap angin malam
Redup menyusup di bawah langit bertirai sepi
Gadis tetangga (simpatiku pada matanya yang buta)
Dari sinar hatinya membaca ayat-ayat suci
Awan-awan berderetan dalam arakan sejarahnya
Di mana lagu dan suara menjangkau pula
Semakin tinggi, meninggi tak tercapai mata
Disaputnya langit di atas awan berarak
Gema merdu meresap mengocak ke bintang terserak
Lalu melayah menurun mengusap puncak gunung
Melayang manis mencapai bukit-bukit gundul
Menurun lagi merendah mencecah hujung pucuk-pucuk
Dari ranum dalam kembang-kembang segar senyum
Ah, merendah pula ia meratai bumi Tanahair
Semakin malam lagu Tuhan dari bibir syurga
(Gadis buta melanjutkan khatam bulan puasa)
Membawa para malaikat menjengah dada manusia
Hidup yang damai dari keyakinan dan cinta
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali
Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Gadis cacat dan ayat suci beralun
Meski tidak melihat, malah itulah pula
Kesuciannnya syurga hidup perdamaian manusia
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali

~Usman Awang
Snow Link Welcome

Saving CB