Thanks for visiting! HaVe Fun N HaPpY Go LucKy!!! Don'T ForGet To Be OnE oF My FoLLoWerZ

Saturday, March 27, 2010

Biografi A. Samad Said


Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946). Kemudian A. Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956).

Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya.

Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negera geperti karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel yang ditulis oleh Oliver Twist, Wuthering Height, dan Almayer’s Folly. Beliau juga menggunting dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa karya asing juga secaran tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesuasteraan

Bermula detik alam persekolahan hingga kini A. Samad Said tida jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaharu ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau

Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memertabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).

Selain pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. (Dewan Sastera Ogos 2003)

Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang versatil di ujana kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang pengarang yang menuangkan nurani seninya. A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.

Antara Hasil karya:

A Samad Said (Antologi Puisi)
Adik Datang
Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri
Dirgahayu Dr. Mahathir
Dosa Pejuang
Lantai T. Pinkie
Rindu Ibu
Suara Dari Dinding Dewan

Sumber:
Ujanailmu

~My F@MiLy~

Bawah ni, image family saya (NoT da real one...)

What...???

ekarang ni, Diana tengah tension sangat... Tension tu membuatkan Diana tak ada idea nak tulis apa untuk entri kali ni... But, I'll try to write something....

Friday, March 26, 2010

Chat di Kampung...

HaPPy...

Diana rasa happy sangat... Sebabnya, Diana dah berjaya download MOZILLA FIREFOX 3.6. Diana download Mozilla Firefox 3.6 sebab ianya lebih cepat dari Internet Explorer... Sesiapa yang teringin nak download MOZILLA FIREFOX layarilah laman web ni>>>> http://www.mozilla.com/en-US/
Ini je yang nak bagi tau... Bubye..

Tuesday, March 23, 2010

A Dog named Faith

This is a story about a dog who was born on Christmas Eve in 2002.

He was born with 3 legs - 2 healthy hind legs and 1 abnormal front leg which needed to be amputated.

He of course could not walk when he was born. Even his mother did not want him.

He was rejected and scorned.


His first owner also did not think that he could survive. Therefore, he was thinking of putting him to sleep..

At this time, his present owner Jude Stringfellow came into his life and wanted to take care of him.

She was determined to teach and train this dog to walk by himself. She thought, all we need is a little faith.

Therefore she named him 'Faith.'

In the beginning, she put Faith on a surf board to let him feel the movements of the water. Later she used peanut butter on a spoon as a lure and to reward him for standing up and jumping around. Even the other dogs at home helped to encourage him to walk. Amazingly, after only 6 months, like a miracle, Faith learned
to balance on his 2 hind legs and jumped to move forward. After further training in the snow, he can now walk like a human being.

Faith loves to walk around now.
No matter where he goes, he just attracts all the people around him. He is now becoming famous on the international scene. He has appeared in various newspapers and TV shows. There is even one book entitled 'With a little faith' being published about him.

He was even considered to appear in one of Harry Potter movies.

His present owner Jude Stringfellow has given up her teaching job and plans to take him around the world to preach,
'that even without a perfect body, one can have a perfect soul.'


In life there are always undesirable things.

Perhaps a person who feels things are not going as well as they could will feel better if they change their point of view
and see things from another perspective.

Perhaps this message will bring fresh new ways of thinking to everyone.

Perhaps everyone can appreciate and
be thankful for each beautiful day that follows.

Life is the continual demonstration of the power of thinking positive and having faith.

p/s: Believe in yourself. Never lose faith.

Kisah Monyet... Kesian...

don't cry after read...

Maafkan saya kerana saya tidak bijak mengarang. Saya bukan penulis. Apa
yang saya ingin ceritakan pun hanyalah tentang monyet, haiwan yang sering
jadi bahan sendaan kita, bukannya tentang wang, saham, barang kemas,
kekasih yang jelita mahupun banglo besar. Saya tidak bijak bercerita
tentang itu...

Baru-baru ini saya ke Negeri Sembilan untuk mengunjungi rumah seorang
saudara. Sewaktu kereta melalui hutan rekreasi Hulu Bendul di Kuala
Pilah,
nun di depan sana, saya lihat ada sekumpulan monyet mundar-mandir di
sisi
jalan yang sibuk. Ia seperti terburu-buru untuk melintas.

Saya terus memandu dan sewaktu kereta semakin hampir, saya terkejut
kerana
ada seekor monyet menggeletik di atas jalan. Ia baru dilanggar salah
sebuah kereta di hadapan saya. Pantas saya menekan brek dan
memperlahankan
kereta.

Kereta semakin hampir dan dada ini berdebar-debar apabila melihat monyet itu
terus menggelupur dan menghempas-hempas ke atas jalan. Kakinya
terketar-ketar. Di sisinya ada darah dan cebisan daging.

Tapi paling menyentak perasaan saya ialah apabila melihat perutnya yang
buncit itu terburai, dan dari celah luka besar itu tersembul sesuatu
berwarna kelabu. Tahukah pembaca, benda apakah yang saya lihat itu?

Benda kelabu itu adalah anak yang masih dalam kandungannya! Pada ketika
itu, terasa tubuh saya ini menggeletar. Saya pasti, si ibu monyet tadi
akan
mati sebentar lagi. Begitu juga dengan anaknya,nyawanya melayang
sebelum
sempat melihat wajah ibunya.

Sebaik melintasinya, saya pandang cermin sisi dan belakang. Saya nampak
kawanan monyet tadi bercempera. Ia berlari-lari mendapatkan si ibu
tadi,
tapi kemudian bertempiaran semula ke tepi jalan kerana hampir sahaja
dilanggar kenderaan yang lalu lalang.

Mungkin kepada pembaca sekalian, apalah ada pada nyawa seekor monyet.
Ia
hanya monyet. Haiwan hodoh. Hidupnya di hutan, tidak setaraf dengan
manusia.

Tapi tidak kepada saya. Pulang bercuti, saya terus catatkan surat ini,
kerana peristiwa yang saya sebutkan tadi sebenarnya telah mengingatkan
saya kepada sebuah peristiwa yang berlaku pada awal 1990-an.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh
seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya
bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya
terima sahaja
ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi,
tapi
tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk , napuh,
rusa,
ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah
bersembunyi jauh dari kami. Hutan itu sepi .

Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian
beranjak petang, pak cik menepuk-nepuk senapang relanya. Kata pak cik,
"
Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa. Mungkin esok ada habuan."

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami
terdengar
suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya
mengamati suara itu, ternyata ia datang dari sekawan monyet yang sedang
memakan buah-buah hutan.

Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di
bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar
maksudnya.

Adakah pak cik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya,
nanti
boleh bela, " begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya
membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengundurkan niatnya.
Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu,

"daripada balik tangan kosong.. "lalu dia mengacukan senapangnya ke arah
kawasan monyet tadi, dan...

DAMMM!!!

Berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-
monyet
tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyi ranting patah
serta
jerit pekik haiwan berkenaan.

BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu
monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pak cik terus mendapatkannya.
Dari
perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa
terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil
menjerit-jerit.

Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun.
Dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk
mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih
berdarah.

Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil
berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan,
jatuh,
bangun mendapatkan ibunya.

Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang
jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan
menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali.

Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak
cik
terdiam melihat si anak mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang
perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit. Hati saya tersentuh.
Betapa
si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia
bermanja
akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu
menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk
anaknya
buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibunya akan pergi.

Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap
mulutmu
bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan.

Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat
si
anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya.

Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami
dengan
pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hingga aku ditembak? Salahkah aku bebas ke
sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini? Tubuh ibu monyet itu
berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di peluknya.

Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat
si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya
terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak
dapat ditanggung lagi.

Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan
diri
dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si
anak
tadi menyusu semula.

Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pak cik, dia
beberapa kali menggetap bibir cuba menahan air matanya daripada tumpah
ke
pipi.

Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang
tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul
kesal
dengan apa yang berlaku.

Susana sunyi kembali.
Biarpun monyet itu terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang
telah mati, kami rangkul monyet itu dan bawanya pulang.

Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik.
Pada ketika itu saya dapat merasakan betapa kejamnya kami kerana
membunuh
satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang
hodoh,
tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa sayang
kepada ibu. Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya.
Pak cik
memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik
menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila
malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini, saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya
ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa
haiwan
juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah
satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.

Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih
sayang
ibu.







p/s: Entri ini bukan milik Diana, tetapi milik seorang lelaki yang Diana tak kenal.. Mama Diana yang send e-mail mengenai cerita yang sedih ini and Diana masukkan dalam blog Diana ni...
Snow Link Welcome

Saving CB