Thanks for visiting! HaVe Fun N HaPpY Go LucKy!!! Don'T ForGet To Be OnE oF My FoLLoWerZ

Sunday, February 20, 2011

Tuto: Moving TiTLe ;)

Huh!!! hari ni.. Tak, tak.. Pagi buta ni, Diana nak ajar macam mana nak buat Title y'all yang kat tab tu bergerak khas untuk blog y'all... Diana pun bergerak, jugak.. Menggedik nak menari sebenarnya!

1. Firstly, masuk tidur pergi ke Dashboard > Design > Edit Html
2. Tekan Ctrl+F and cari code kat bawah ni
<head>


3. Copy code kat bawah ni and paste-kan kat bawah step no. 2 tadi..
<script language='JavaScript'>var txt="Welcome to The Rainbows of iDianaZone";var kecepatan=100;var segarkan=null;function bergerak() { document.title=txt;txt=txt.substring(1,txt.length)+txt.charAt(0);segarkan=setTimeout("bergerak()",kecepatan);}bergerak();</script>

4. Than, tido Save Template... Siap!! Senang je ni.. Follow Choco tau!

Tuesday, February 15, 2011

Tuto: Button Read More

Hari ni, Diana nak buat tuto lagi... Ok, setengah blogger atau pun visitor tak suka tengok blog orang yang panjang berlebar-lebar dalam blog.. Nampak macam hutan.. tak kemas.. Ala.. Kononnya, nak cerita sangat tentang kehidupan diorang yang boring untuk menunjuk- nunjuk.. Biasa la orang zaman sekarang ni.. ^^

Cara Buat Read More pada blog

Cara-cara nak buat Button Read More (Asas)
1. Pergi dashboard > Design > Edit HTML.
2. Pada keyboard y'all yang tak menarik tu, tekan ctrl + F untuk menghidupkan fungsi 'find' kemudian taip 

3. Letakkan code kat bawah ni, kat atas 
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
<style>.fullpost{display:inline;}</style>
<p><data:post.body/></p>
<b:else/>
<style>.fullpost{display:none;}</style>
4. Than, letakkan code kat bawah ni pulak, di bawah  

<b:if cond='data:blog.pageType != "item"'><br />
<a expr:href='data:post.url'>Read more...</a>
</b:if>
</b:if>
Note: Code yang y'all letak mesti macam kat bawah ni:
 
5. Lepas tu, apa lagi... Save template la.. Tak 'kan nak masak pulak... 
6. Cop-cop.. Tak habis lagi.. Than, pegi kat dashboard, click Setting > Formatting kemudian scroll ke bawah sampai jumpa Post Template. Kalau tak jumpa, cari gak.. Tak kira.. Sampai hujung dunia pun tetap kena cari...
7. Copy code kat bawah ke dalam Post Template...

<span class="fullpost">
</span>
8. Dah.. Apa tunggu-tunggu... save setting la cepat...
9. Oit.. Lepas tu.. *Tak habis lagi*... Pergi kat New Post> Edit HTML> y'all akan jumpa code yang y'all letak tadi... Kandungan ayat yang ingin diletakkan dalam ruanagn read more perlu terletak antara dan

10. Than, publish post!

Letak Tajuk Entri Pada 'Read More'

Ok, selalunya, blog yang guna fungsi 'Read More' ni, obviously keluar perkataan 'read more', 'baca lagi', 'klik untuk teruskan pembacaan' dan benda mengarut yang lain lah tanpa melibatkan tajuk sesebuah entry.

Tutorial ni pulak akan terangkan macam mana nak tambahkan sedikit (sikit je) code daripada tutorial 'Read More' yang kat atas ni (Asas punya) untuk membolehkan tajuk entry keluar secara automatic selepas perkataan 'readmore'. *Cooollll!!!!*

Sebelum:


Selepas:














Cara nak buat trick kat ats ni... Peace of cake je...
1. Pergi dashboard > layout > edit HTML > expand widget templates
2. Click Ctrl + F and cari code kat bawah ni:
<data:post.body/>
3.  Dibawah code , ada beberapa code yang berkaitan dengan Read More, dan buat penambahan code kat bawah ni selepas perkataan 'Read More'(atau perkataan lain yang berkaitan)
-pastikan kod kat bawah ni terletak sebelum
<data:post.title/>
 Code tu akan nampak macam kat bawah ni:

SIAP and dah boleh save.. Senang 'kan.. :) FoLLOw Choco, k.. :)

Sunday, February 13, 2011

Tuto: Sparkly Cursor

Heya... Fuhh!! Diana rasa.. Bukan rasalah... Memang betul punya... Banyak betul Diana buat tuto kebelakangan ni, kan.. Wah!! bangga rasanya dah pandai buat tuto... Betul, betul, betul (Gaya Ipin).. Tapi, Diana baik hati kongsikan macam mana nak buat macam-macam yang berkenaan dengan blog, kan-kan... FYI, semua tuto Diana buat sendiri, k.. Tak de copy-copy.. Copycats memang tak pandai... Haha.. No offense, copycats.. Lalala... Ok.. Diana nak ajar macam mana nak buat Sparkly cursor..

Apa tu?? Ala.. Goyang-goyang cursor y'all sekarang!!! Ada bintang hijau jatuh dari cursor, kan.. Tu la sparkly-nya.. Bukannya cursor tu b*r*k, k.. Or.. Just tengok pix kat atas tu.. Hehe...

Let's START this EASY like PEAS Thingie!!!!

1. go to y'all dashboard > design > add a gadget > HTML/javascript
2. Masukkan code kat bawah ni kat dalam 'HTML/javascript'
<script src="URL JS" type="text/javascript"></script>


Note: untuk URL JS (Warna sparkly tu ha), tukarkan dengan kod kat bawah ni ikut la warna sprakle yang y'all nak
Biru - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/biru.js
Hitam - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/black.js
hijau - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/lawngreen.js
Ungu - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/purple.js
Putih - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/putih.js
Pink - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/salmon.js
Kuning - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/yellow.js
Hijau kebiruan - https://sites.google.com/site/unwanted86/javascript/aqua.js (Diana amik yang ni)
3. Save

Cuba tengok blog y'all lepas tu.. Ha!! Nampak, kan... Kalau tak de, just ask Diana kat 'Ask Me Anything (Really Mean It) kat sidebar.. Sure Diana balas and help y'all...

p/s: Kalau nak tukar cursor yang comel-comel search google, k or CLICK SINI

End.. Follow Choco, k

Tuto: TextBox in Blog

Membuat 'kotak' untuk apa je y'all nak menunjuk-nunjukkan dapat memudahkan visitor y'all (kalau ada) untuk copy apa yang y'all nak kongsi or blogger nak copy selalunya kod atau mungkin juga benda lain yang merapu.

Contoh textbox macam kat bawah ni ha.. Boleh nampak, kan.. Kalau tak boleh, tak nak amik tau...Textbox menjadikan code senang dicopy oleh visitor y'all yang tak de kerja nak buat dan pada masa yang sama dapat kemaskan blog y'all yang bersepah macam bilik orang gila..

Cara Buat Textbox dalam blog


Tuto ni memang bagus tau.. Senang nak copy dari guna 'blockquote'.. Kalau y'all nak taip code dalam blog (Entri tuto) guna ni la... Kemas sikit...


Code Asas untuk TextBox
Copy kat dalam entry y'all:
<textarea style="height: 100px; width: 200px; overflow: scroll; background: #8CEFFD;">MASUKKAN KOD Y'ALL DI SINI</textarea>
Contoh TextBox:


TextBox
(Click Left-Click Sekali je untuk Select Code)

Copy kat dalam entry y'all:
<textarea style="height: 100px; width: 200px; overflow: scroll; background: #8CEFFD;" onclick="this.focus();this.select()" >MASUKKAN KOD Y'ALL DI SINI</textarea>
Contoh TextBox:

TextBox

(Lalu je kat Dalam TextBox untuk Select Code)

Copy kat dalam entry y'all:
<textarea style="height: 100px; width: 200px; overflow: scroll; background: #8CEFFD;" onmouseover="this.focus()" onfocus="this.select()" >MASUKKAN KOD Y'ALL DI SINI</textarea>
Contoh TextBox:

Note: 100 > Gantikan dengan ketinggian yang y'all nak200 > Gantikan dengan lebar yang y'all nak sangat#8CEFFD > Gantikan warna background dengan kod yang y'all nak.. Gedik sangat tak nak warna ni.. Haha.. Untuk kod warna, CILCK HERE


Senang je, kan.. Kalau tak paham jugak, just ask kat 'Ask Me Anything (Really Mean It) kat sidebar Choco, k

Saturday, February 12, 2011

Tuto: Signature On Blog

Hari ni, Diana nak buat tuto sikit.. Dah lama tak buat.. Rindu sesangat.. Macam rindukan bulan waktu malam.. Bluek.... Sentimental punya ayat...


1 - Pergi ke website Mylivesignature or just click Ni HA.

2 - Tekan Click Here To Start.

3 - Ikut step-step nya.

Dah siap? Ikut step-step ni pulak :

- Lepas dah siap, tekan 'Want to use this signature?' Dia akan bukak satu window baru.

5 - Tekan 'Generate HTML Code'.

6 - Then, tekan 'Generate a code for my handwritten signature'. Copy code nya.

- Lepas tu, pergi ke Settings - Formatting

- Scroll ke bawah. Akan ada kotak Post Template. Pastekan code di situ.

9 - Save :)

Return The Love

Hey!!!! HeyaHey.... Sup all?? Tengah makan sup ke??? Haha... So... As you know or don't know, Diana dah mulakan balik.... Mula apa?? Mula ponteng sekolah... Haha... Tak de lah.. Mana ada.. Dosa tu ponteng sekolah.. No offense to the anti-school.. :) :) Actually, Diana dah mula letak puisi, sajak, pantun and apa-apa lah yang sama darah daging dengan diorang tu.. *Diorang tu orang ke?? O.o* If y'all scroll ke bawah Choco, y'all boleh nampak la puisi-puisi yang panjang tu.. Kalau tak nampak, sah-sah dah buta.. Haha.. Pegi klinik cepat... Huhuhu.... So, seminggu sekali Diana akan post benda tu.. *Aik, benda la pulak... Pening pala je la...* Nak tau nape Diana masukkan balik?? *Tak nak* Sebab ada orang gila lalu depan rumah.. Bei inspirasi.. Haha.. Just kidding... Cuz ada sorang mamat ni yang gelarkan namamya 'Ghost Whisper' kut.. Haha... Tak ingat... Dia suka satu puisi Diana and buatkan Diana bersemangat ni.. Nak teruskan kepenatan scan, copy, paste kat dalam Choco sampau dia boleh gemuk... Hmm.... Hmmm...

PEACE

Petikan Vis-u- Ramin ~ Gurgani


Kudendangkan kisah segar
sesegar musim bunga
setiap bait indah
bak lukisan cat

~Gurgani

Gadis Dan Ayat Suci ~ Usman Awang


Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Beralun lagu Tuhan di sayap angin malam
Redup menyusup di bawah langit bertirai sepi
Gadis tetangga (simpatiku pada matanya yang buta)
Dari sinar hatinya membaca ayat-ayat suci
Awan-awan berderetan dalam arakan sejarahnya
Di mana lagu dan suara menjangkau pula
Semakin tinggi, meninggi tak tercapai mata
Disaputnya langit di atas awan berarak
Gema merdu meresap mengocak ke bintang terserak
Lalu melayah menurun mengusap puncak gunung
Melayang manis mencapai bukit-bukit gundul
Menurun lagi merendah mencecah hujung pucuk-pucuk
Dari ranum dalam kembang-kembang segar senyum
Ah, merendah pula ia meratai bumi Tanahair
Semakin malam lagu Tuhan dari bibir syurga
(Gadis buta melanjutkan khatam bulan puasa)
Membawa para malaikat menjengah dada manusia
Hidup yang damai dari keyakinan dan cinta
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali
Suara yang manis dalam bisik daun-daun
Gadis cacat dan ayat suci beralun
Meski tidak melihat, malah itulah pula
Kesuciannnya syurga hidup perdamaian manusia
Berdetiklah di hati, meski manusia paling ganas sekali

~Usman Awang

Prosa (II) ~ Khalil Gibran


Bila kau memberi dari hartamu, tidak banyaklah pemberian itu. Bila kau memberi dari dirimu, itulah pemberian yang penuh erti. Sebab, apalah harta milikan itu, pabila ia bukan simpanan yang kaujaga buat persediaan di hari kemudian ?
Dan hari kemudian; terkandung janji apakah bagi dia, si anjing kikir, Yang menimbun tulang-tulang di bawah pasir, Dalam perjalanan ke kota suci, mengikuti musafir ?
Dan bukankah ketakutan akan kemiskinan, Merupakan kemiskinan itu sendiri ? Ketakutan akan dahaga, sedangkan sumur masih penuh, Bukankah dahaga yang tak mungkin dipuaskan ?
Ada orang yang memberi sedikit dari miliknya yang banyak Dan pemberian itu dilakukan demi sanjungan, Hasrat tersembunyi membuat tak murni dermanya.
Ada pula yang memiliki sedikit dan memberikan segalanya. Merekalah yang percaya akankehidupan dan anugerah kehidupan, Dan peti mereka tiada pernah mengalami kekosongan.
Ada yang memberi dengan kegembiraan di hati, Kegembiraanlah yang menjadi anugerah pengganti. Ada yang memberi dengan kepedihan di hati, maka Kepedihan menjadi air pensucian diri.
Dan ada yang memberi tanpa merasa sakit di dalamnya, Tanpa mencari kegirangan dari pemberiannya, Tanpa mengingat-ingat kebaikannya; Mereka memberi, sebagaimana di lembah sana, Bunga-bunga menyebarkan wewangiannya ke udara.
Melalui mereka inilah, Tuhan berbicara, Dan dari sinar lembut tatapan mata mereka Dia tersenyum pada dunia.
Sebab sesungguhnya, kehidupanlah yang memberi pada kehidupan .Sedangkan kau, yang mengira dirimu seorang pemberi, Sebetulnya hanyalah seorang saksi.
Dan kau, kaum penerima – ya, engkau semuanya tergolong penerima ! Jangan memberati diri dengan rasa terhutang budi, Sebab kau akan membebani dirimu dan dia yang memberi.
Sayugia kau bangkit bersama si pemberi, Naik sayap pemberiannya, Melambung ke taraf yang lebih tinggi.
Terlampau menyedari hutangmu, adalah meragukan kedermawanan dia, Sang putera Bumi yang murah hati, Dan Tuhan, sebagai sumber segala hartanya.

~ Khalil Gibran

Bacakan ~ Gurgan


Bacakan
ceritera indah ini
kerana
riang ria temanmu kan bertambah
Kisah lebih menawan
sasterawan
dari taman segar
Aku mahu
pabila kau hayati
puisiku
kau tahu
nilainya
Saat kau baca karya ini
duhai sasterawan
pinta ampun Tuhan
atas dosaku
Bisikkan:
Tuhanku!
kasihi pemuda ini
mengolah kisah indah ini
Kaulah penerima mohon ampun
hamba
usah perhati
ucapan
dalam jiwanya.

~ Gurgani
(Petikan dari Vis-u-Ramin)

Pantun Kekecewaan


Pisau raut hilang di rimba
    Pakaian anak raja di Juddah
Karam di laut boleh ditimba
    Karam di hati bilakah sudah?
Buah berangan masaknya merah
    Kelekati dalam perahu
Luka di tangan nampak berdarah
    Luka di hati siapa tahu?
Banyaklah orang menanam pulut 
   Saya seorang menanam padi
Banyaklah orang karam di laut 
   Saya seorang karam di hati
Anak punai anak merbah
    Hinggap ditonggak mencari sarang
Anak sungai lagikan berubah
    Inikan pula hati orang
Apa diharap padi seberang
    Entahkan jadi entahkan tidak
Apa diharap kasihnya orang
    Entahkan jadi entahkan tidak 
Entahkan jadi entahkan tidak
    Entah dimakan pipit melayang
Entahkan jadi entahkan tidak
    Entah sudahkan milik orang
Cahaya bulan diliput awan
    Dipuput bayu awan berlalu
Hasrat hatiku padamu tuan
    Malang diriku tuan tak tahu 
Dari Arab turun ke Aceh
    Naik ke Jawa berkebun serai
Apa diharap pada yang kasih
    Badan dan nyawa lagi bercerai
Selasih di Teluk Dalam  
   Datang kapas Lubuk Tempurung
Saya umpama si burung balam 
   Mata terlepas badan terkurung
Chau Pandan, anak Bubunnya
    Hendak menyerang kota Melaka
Ada cincin berisi bunga
    Bunga berladung si air mata
Anak buaya terenang-renang
    Anak kunci dalam perahu
Hanya saya terkenang-kenang
    Orang benci saya tak tahu
Masuk hutan berburu musang  
     Musang mati dijerat orang
Macam mana hati tak bimbang  
    Ayam di sangkar disambar helang
Sakit menebang kayu berlubang
    Kayu hidup dimakan api
Sakit menumpang kasih orang
    Daripada hidup baiklah mati
Asal kapas menjadi benang
    Dari benang dibuat kain
Barang lepas usah dikenang
    Sudah menjadi hak yang lain
Apa guna pasang pelita
    Jika tidak dengan sumbunya
Apa guna bermain mata
    Kalau tidak dengan sungguhnya
Biji saga nampaklah merah
    Bawa segenggam pergi ke kota
Hati kecewa amatlah parah
    Tidur bertilam si air mata
Dari Jawa ke Bengkahulu
    Membeli keris di Inderagiri
Kawan ketawa ramai selalu
    Kawan menangis seorang diri
Kusangka nanas di tengah padang
    Rupanya pandan yang berduri
Kusangka panas hingga ke petang
    Rupanya hujan di tengah hari
Akar nibung meresap-resap
    Akar mati dalam perahu
Terbakar kampung nampak berasap
    Terbakar hati siapa yang tahu
Orang Aceh sedang sembahyang  
   Hari Jumaat tengah hari
Pergilah kasih pergilah sayang  
Pandai-pandailah menjaga diri
Seri Mersing lagulah lama
    Lagu dikarang biduan dahulu
Hatiku runsing gundah gulana
    Dimana tempat hendak mengadu? 
Sri Mersing lagulah melayu
    Dikaranglah oleh biduan dahulu
Hatiku runsing bertambah pilu
    Mengenangkan nasib yatim piatu
Apa diharap kepada tudung
    Tudung saji terendak Bentan
Apa diharap kepada untung
    Untung nasib permintaan badan
Penatlah saya menanam padi
    Nenas juga ditanam orang
Penatlah saya menanam budi
    Emas juga dipandang orang
Sirih kuning di batang pauh
    Sayang beluluk beruang-ruang
Putih kuning carilah jodoh
    Saya buruk biar terbuang
Padi jangan dicampur antah
    Melukut tinggal sekam melayang
Hatiku jangan diberi patah
    Meskipun saya dagang terbuang
Kayu cendana di atas batu
    Sudah diikat dibawa pulang
Adat di dunia memang begitu
    Benda buruk tidak dipandang
Payang retak tali bersimpul
    Kendi lokan airnya tumpah
Hidup tidak kerana kaul
    Mati bukan kerana sumpah
Anak ayam turun satu     
     Mati seekor habis hilang
Tiada untung modal tak tentu  
    Perahu tersadai di atas galang
Pukul gendang tiup nafiri
    Anak Keling mandi minyak
Saya umpama rumput di bumi
    Rendah sekali pada yang banyak
Orang Jawa pulang ke Jawa  
    Membawa pulang tiang bersambung
Badan terletak putuslah nyawa  
    Nyawa tidak dapat dihubung
Sarawak sungainya sempit 
    Buah nenas lambung-lambungan
Hendak kubawa perahunya sempit 
    Tinggal emas tinggal junjungan
Pecah belah batu di gunung
    Seri dewa berjalan malam
Ya Allah, tidak tertanggung
    Rasa tidak dikandung alam

Tidak salah bunga lembayung
    Salahnya pandan menderita
Tidak salah ibu mengandung
    Salahnya badan buruk pinta
Kalau begini tarah papan
    Ke barat juga kan condongnya
Kalau begini untung badan
    Melarat juga kesudahannya
Hujan turun badan pun basah
    Patah galah haluan perahu
Niat dihati tak mahu berpisah
    Kehendak Allah siapa yang tahu?
Nyiur muda luruh setandan
    Diambil sebiji lalu dibelah
Sudah nasib permintaan badan
    Kita dibawah kehendak Allah
Tuan puteri tersadung batu
    Ambil ubat di atas para
Alangkah sedih cinta tak restu
    Jiwa merana hati sengsara

Surat Cinta ~ W.S. Rendra


Kutulis surat ini
kala hujan gerimis
bagai bunyi tambur yang gaib,
Dan angin mendesah
mengeluh dan mendesah,
Wahai, dik Narti,
aku cinta kepadamu !
Kutulis surat ini
kala langit menangis
dan dua ekor belibis
bercintaan dalam kolam
bagai dua anak nakal
jenaka dan manis
mengibaskan ekor
serta menggetarkan bulu-bulunya,
Wahai, dik Narti,
kupinang kau menjadi istriku !
Kaki-kaki hujan yang runcing
menyentuhkan ujungnya di bumi,
Kaki-kaki cinta yang tegas
bagai logam berat gemerlapan
menempuh ke muka
dan tak kan kunjung diundurkan
Selusin malaikat
telah turun
di kala hujan gerimis
Di muka kaca jendela
mereka berkaca dan mencuci rambutnya
untuk ke pesta
Wahai, dik Narti
dengan pakaian pengantin yang anggun
bunga-bunga serta keris keramat
aku ingin membimbingmu ke altar
untuk dikawinkan
Aku melamarmu,
Kau tahu dari dulu:
tiada lebih buruk
dan tiada lebih baik
dari yang lain…
penyair dari kehidupan sehari-hari,
orang yang bermula dari kata
kata yang bermula dari
kehidupan, pikir dan rasa
Semangat kehidupan yang kuat
bagai berjuta-juta jarum alit
menusuki kulit langit:
kantong rejeki dan restu wingit
Lalu tumpahlah gerimis
Angin dan cinta
mendesah dalam gerimis.
Semangat cintaku yang kuta
batgai seribu tangan gaib
menyebarkan seribu jaring
menyergap hatimu
yang selalu tersenyum padaku
Engkau adalah putri duyung
tawananku
Putri duyung dengan
suara merdu lembut
bagai angin laut,
mendesahlah bagiku !
Angin mendesah
selalu mendesah
dengan ratapnya yang merdu.
Engkau adalah putri duyung
tergolek lemas
mengejap-ngejapkan matanya yang indah
dalam jaringku
Wahai, putri duyung,
aku menjaringmu
aku melamarmu
Kutulis surat ini
kala hujan gerimis
kerna langit
gadis manja dan manis
menangis minta mainan.
Dua anak lelaki nakal
bersenda gurau dalam selokan
dan langit iri melihatnya
Wahai, Dik Narti
kuingin dikau
menjadi ibu anak-anakku !
 ~ W.S Rendra

Kehidupan ~ Khalil Gibran


Engkau dibisiki bahawa hidup adalah kegelapan
Dan dengan penuh ketakutan
Engkau sebarkan apa yang telah dituturkan padamu
penuh kebimbangan
Kuwartakan padamu bahawa hidup
adalah kegelapan
jika tidak diselimuti oleh kehendak
Dan segala kehendak akan buta bila tidak diselimuti pengetahuan
Dan segala macam pengetahuan akan kosong
bila tidak diiringi kerja
Dan segala kerja hanyalah kehampaan
kecuali disertai cinta
Maka bila engkau bekerja dengan cinta
Engkau sesungguhnya tengah
menambatkan dirimu
Dengan wujudnya kamu, wujud manusia lain
Dan wujud Tuhan.

~Khalil Gibran

Nafsu Dalam Diri ~ Ustaz Hj Asaari Mohamad


Nafsu adalah orang jahat
Di dalam kerajaan dan masyarakat diri
Ia adalah penjenayah-penjenayah yang sangat jahat
Membawa kerosakan di dalam dan di luar diri
Kalau kerajaan dan masyarakat di dalam diri tidak kuat, guru dan pemimpin tidak ada wibawa, kejahatan nafsu akan bermaharajalela
Jika dia bermaharajalela dia akan gunakan rakyat di dalam diri untuk kejahatannya
Rakyat adalah anggota lahir (jawarih)
Seperti tangan, kaki, mata, telinga, hidung, mulut, kemaluan dan lain-lainnya
Nafsu akan gunakan anggota lahir (rakyat di dalam diri) untuk kepentingannya
Akal sebagai guru atau pemimpin tidak mampu pula memimpin nafsu, nafsu terus jahat
Raja di dalam diri pun sudah tidak ada wibaw, tidak mampu menjaga rakyat diri
Kalau pemimpin tidak mampu memimpin, raja pun sudah digoda oleh nafsu
Maka nafsu telah bertukar menjadi raja, raja pula jadi bonekanya
Lebih-lebih lagi akal sebagai guru dan pemimpin dapat digunanya, binasalah kerajaan dan rakyat diri
Yang berkuasa di dalam diri adalah orang jahat iaitu nafsu
Apabila nafsu jahat, berkuasa sebagai raja mengganti raja
Raja karenahnya banyak, perangainya bertukar ganti
Adakalanya marah, ego, sakit hati, benci, dendam, megah, hendak berhibur, hendak bersenang-senang
Dia hasut nafsu, untuk menunaikan kehendaknya
Nafsu arah rakyat di dalam badan melaksanakan kehendak raja yang bekerjasama dengan nafsu
Maka rakyat diri pun bertindak menjadi jahat kerana arahan nafsu dan raja
Maka rakyat di dalam diri pun melakukan pelbagai jenayah
Tangan jadi tukang pukul, tukang bunuh, tukang curi, rompak
Mata jadi mata keranjang mencari peluang bertindak
Telinga mencuri-curi pendengaran untuk mencari berita membuat jahat
Mulut mengata, menfitnah, mengadu domba, mencerca, memarah
Kemaluan melacur, merogol, meliwat, lesbian, zina
Kaki berjalan ke tempat yang hendak membuat jahat
Akibatnya bukan sahaja rakyat di dalam kerajaan dan masyarakat diri rosak
Tapi masyarakat di luar diri pun menjadi rosak dan huru-hara
Begitulah kejahatan nafsu apabila tidak terdidik
Raja di dalam diri dapat dipengaruhi, rakyat di dalam diri dapat digunanya
Kerana akal guru atau pemimpin di dalam diri sudah tidak berperanan
Nafsu bukan sahaja menjadi raja bahkan berlagak menjadi Tuhan
Maka seluruh rakyat di dalam diri pun bertuhankan nafsu

~Nukilan:
Ustaz Hj Asaari Mohamad
13.10.2004
Menjelang Maghrib/menjelang tidur

Friday, February 11, 2011

Renungkanlah Anak-Anakku

Uhm, uhm... Not my child, k... Puisi ni mama Diana yang bagi masa Diana darjah 3 kut.. Tak pasti.. Sampai sekarang Diana simpan lagi... :) :) Ima good girl.. Haha

so, here it goes...

Orang kata aku lahir dari perut ibu
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!
Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang.. ibu
Bila nak bermanja, aku dekati.. ibu
Bila nak bergesel... aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku.. ibu
Bila merajuk... yang memujukku cuma.. ibu
Bila melakukan kesalahan... yang paling cepat marah.. ibu
Bila takut.. yang tenangkan aku.. ibu
Bila nak peluk... yang aku suka peluk.. ibu

Aku selalu teringatkan.. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon... Ibu
Bila seronok... orang pertama yang aku nak beritahu.. Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada.. Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. "Ibuuuuuuu!"
Bila sakit, orang pertama yang risau adalah.. Ibu
Bila nak exam, orang yang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu.. Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dn rujuk.. Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok... aku cari pasanganku
Bila sedih... aku cari Ibu
Bila berjaya... aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal... aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku
Bila nak bercuti... aku bawa pasanganku
Bila sibuk... aku hantar anak anak ke rumah Ibu
Bila sambut Valentine... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu
Selalu... aku ingat pasanganku
Selalu... Ibu ingat kat aku
Bila... bila... aku akan telefon pasanganku
Entah bila.. ... aku nak telefon Ibu
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Ibuku


Renungkan:

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja... bolehkah kau kirim wang untuk Ibu? Ibu bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau Ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi.. bukan lima puluh ringgit.. lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Alfatihah, alfatihah, alfatihah.

Macam tu la... So, sebagai seorang anak, jangan lupakan ibu walau macam pun keadaan.. Sorry, Diana tak pandai nak bagi nasihat.. Diana pandai tengok TV je... Haha... Hancur... Tengah emosi ni....

Thursday, February 3, 2011

The NEW Choco

Heya, my fellow friends and guys I don't even know... WELCOME to da new Choco.. Yup... Choco dah dimake-upkan oleh tuannya yang cute.. That's me... Haha... Firstly, nak ucapkan bebanyak thanks kepada mama yang telah membeli laptop and broadband untuk Diana mencantikkan + mengcutekan Choco ku.. Thanks mama.. I owe you big time.. :) .. Second, nak ucapkan thanks kepada Syahirah yang dengan bangganya dan tanpa perasaan mengatakan Choco kelihatan begitu gothic sebelum ni.. Thanks, girl.. I owe you no time.. Haha... Now, my Choco looks all new... Tak gelap dah macam negro (no offense bagi sesiapa yang perasan) .. Peace.. :) :) Thirdly, nak ucapkan thanks kepada my BFF (Nuur ChocoMucho Cutey Alexandrie Cleopatra) yang dengan senang hatinya (kalau ada hati) tak kisah dimake-upkan oleh tuannya.. Thanks bebanyak.. Fourthly, there's no fourthly... :).. Fuhh!! Dah penat ni.. Gonna online my twiiter.. I'm HAPPY with Choco...

Tuesday, February 1, 2011

FreeDOM For 2 HOURS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

(No pix display.. Haha)
Puish!!! Title macam seronok sangat.. Pehal, pehal...??? Ni la dia orang zaman sekarang... sikit je, dah kepoh mengalahkan orang yang baru nampak dinosor lalu depan rumah.. Ish, ish, ish... Tak tau la nak tulis apa dah... Yes, yes... Akhirnya, perasaan yang nak keluar-keluar for da last 1 hour ago dah pun dikeluakan.. Yahoo! (Bukan yahoo mail) Aku bebas guna internet.. (Untuk 2 jam je pun.. Kecoh la minah ni) Hek eleh... Biar la... Farah (my sis) attends tuition lass every week.. I'm free.... INTERNET!!! We'll date when she's gone.. Haha... Bestnya.. No concure my life anymore...
Snow Link Welcome

Saving CB