Thanks for visiting! HaVe Fun N HaPpY Go LucKy!!! Don'T ForGet To Be OnE oF My FoLLoWerZ

Friday, April 30, 2010

The Three Kittens

Watch this videos... It's so cute....

THE BEST CAT VIDEO YOU'LL EVER SEE

Oohh... It's fuNNy...

Funny Cats

Yeah... It's funny, alright

Someone's LookIng @ Me...



It's seems that someone looking at me... He saves my face in his PC... Look... How famous I am... LOL

CuTe... (MiaoLurveWafuPafu.wmv )

Hey, all... Diana nak you all tengok video ni... Video yang teramat-amat ADORABLE... PLEASE tengok la... Video yang amat sedih akhirnya menjadi video yang funny... Tengok tau...

Biodata Prof. Dr. Hamka

Biodata/Biografi Prof. Dr. Hamka

Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah ( HAMKA).

Tokoh dari tanah seberang ini sengaja dipilih untuk disisipkan dalam koleksi ini kerana Almarhum Haji Abdul Malik Bin Haji Abdul Karim Amarullah atau dikenali sebagai Prof. Dr Hamka adalah ulama besar Nusantara yang sangat terkenal. Lebih-lebih lagi beliau berasal dari tanah Minangkabau yang mempunyai pertalian dengan masyarakat adat perpatih di Negeri Sembilan. Setiap orang di negara ini yang pernah melihat dan mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh tokoh ini pastinya merasai kerinduan yang mendalam terhadap nastolgia lampau. Penyusun sendiri tanpa sedar boleh menitiskan airmata apabila tokoh ‘idola’ ini tersedu dalam ceramah dakwahnya di kaca TV kira-kira awal tahun 1970an dahulu. Gayanya yang tersendiri dalam berdakwah amat memukau sekali bagai magnet yang boleh menyentuh hati setiap insan yang mendengar.

Latar Belakang Ulama

Pak Hamka atau Buya Hamka adalah nama istimewa yang mempunyai nilai tersendiri di persada perkembangan Islam dan dunia kesusasteraan nusantara. Hamka dari singkatan nama Haji Abdul Malik bin Haji Abdul Karim. Almarhum dilahirkan di Kampung Tanah Sirah ( ada riwayat lain mengatakan di Kampung Molek), Negeri Sungai Batang Maninjau, Minangkabau pada 14 Muharram 1326H bersamaan 17 Febuari 1908. Bapanya Haji Abdul Karim Amrullah adalah ulama terkenal Minangkabau yang tersohor dan dianggap pula pembawa reformasi Islam ( kaum muda). Menariknya pula, datuk beliau adalah ulama tarekat yang bersuluk terkenal. Tuan Kisa-i ( datuk Hamka) tetap mengamal Thariqat Naqsyabandiyah, istiqamah mengikut Mazhab Syafie. Pemahaman Islam Tuan Kisa-i sama dengan pegangan ‘Kaum Tua’, tetapi pada zaman beliau istilah ‘Kaum Tua’ dan ‘Kaum Muda’ belum tersebar luas. Anak beliau, Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah, adalah seorang pelopor dan termasuk tokoh besar dalam perjuangan ‘Kaum Muda’. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah menolak amalan Thariqat Naqsyabandiyah, sekali gus menolak ikatan ‘taqlid’, tetapi lebih cenderung kepada pemikiran Syeikh Muhammad Abduh. Manakala ibunya pula bernama Siti Safiyah Binti Gelanggar yang bergelar Bagindo nan Batuah.

Menurut sejarahnya, bapa beliau pernah dibuang daerah oleh penjajah Belanda ke Sukabumi dalam tahun 1941 lantaran fatwa beliau yang dianggap membahayakan penjajah dan keselamatan umum. Haji Abdul Karim adalah tuan guru kepada Sheikh Haji Ahmad Jelebu[1] yang riwayat hidupnya turut disajikan dalam koleksi ini. Beliau meninggal dunia pada 21 Jun 1945.

Pendidikan

Hamka mendapat pendidikan awal agama dari Madrasah Tawalib yang didirikan oleh bapanya. Masa kecilnya, seperti kanak-kanak lain beliau juga dikatakan lasak dan nakal. Ini diceritakan sendiri oleh Sheikh Haji Ahmad Jelebu bahawa Hamka pernah menyimbah air kepada penuntut lain semasa mengambil wuduk. Selepas itu beliau berguru pula kepada Sheikh Ibrahim Musa di Bukit Tinggi. Dalam tahun 1924, Hamka berhijrah ke Jawa sempat menuntut pula kepada pemimpin gerakan Islam Indonesia seperti Haji Omar Said Chakraminoto. Lain-lain gurunya ialah Haji Fakharudin, Ki Bagus, Hadi Kesumo dan iparnya sendiri Rashid Sultan Mansur.

Kerjaya Hidup

Hamka telah menyertai Gerakan Muhamadiah dan menerajui kepimpinan pertubuhan itu di Padang Panjang tahun 1928. Hamka bergiat aktif bagi menentang gejala khurafat, bidaah dan kebatinan sesat di sana. Beliau menubuhkan Madrasah Mubalighin pada 1929 dan dua berikutnya, Pak Hamka berpindah pula ke Kota Makasar, Sulawesi untuk menjadi pimpinan Muhamadiah.

Keilmuan dan ketokohan yang ada pada beliau mendorong beberapa buah universiti mengambilnya sebagai pensyarah dalam bidang agama dan falsafah. Antara universiti itu ialah Universiti Islam Jakarta, Universiti Mohamadiah Sumatera Barat, Universiti Islam Pemerintah di Jogjakarta dan Universiti Islam Makasar. Bagi mengiktiraf keilmuannya, Universiti Al Azhar, Mesir telah menganugerahkan Doktor Kehormat dalam tahun 1958 dan beliau turut menerima ijazah Doktor Persuratan UKM pada 7 Jun 1974.

Novel-novel dan kitab-kitab

Keistimewaan Pak Hamka ialah kebolehannya menulis novel dan menghasilkan kitab-kitab agama yang terkenal. Berikut ialah beberapa buah buku karangan tersebut:

a. Novel

Tenggelamnya Kapal Vanderwick
Dalam Lembah kehidupan
Di Bawah Lindungan Kaabah
Kenangan Hidup
Merantau Ke Deli
Ayahku
Laila Majnun
Siti Sabariah

b. Kitab Agama dan Falsafah

Tafsir Al Azhar ( 30 Juz)
Khatib Ul Ummah ( 1925)
Tarikh Abu Bakar As Sidiq
Ringkasan Tarikh Umat Islam
Islam dan Adat Minangkabau
Tasawuf Moden
Falsafah Hidup
Lembaga Hidup
Lembaga Budi

c. Majalah

Kemahuan Zaman ( 1929)
Al Mahdi ( 1933)
Pendoman Masyarakat ( 1936 – 1942)
Semangat Islam ( 1944- 1948)
Menara ( 1946-1948)
Panji Masyarakat ( 1959)

Di Atas Runtuhan Kota Melaka ~ Hamka

Di atas runtuhan Melaka lama
Penyair termenung seorang diri
Ingat Melayu kala jayanya
Pusat kebesaran nenek bahari

Di atas munggu yang ketinggian
Penyair duduk termenung seorang
Jauh pandangku ke pantai sana
Ombak memecah di atas karang

Awan berarak mentilau bernyanyi
Murai berkicau bayu merayu
Kenang melayang ke alam sunyi
Teringat zaman yang lama lalu

Sunyi dan sepi, hening dan lingau
Melambai sukma melenyai tulang
Arwah Hang Tuah rasa menghimbau
Menyeru umat tunduk ke Tuhan

Di sini dahulu alat kebesaran
Adapt resam teguh berdiri
Duduk semayam Yang Dipertuan
Melimpahkan hukum segenap negeri

Di sini dahulu Laksamana Hang Tuah
Satria moyang Melayu jati
Jaya perkasa, gagah dan mewah
‘Tidak Melayu hilang di bumi’

Di sini dahulu paying terkembang
Megah Bendahara Seri Maharaja
Bendahara yang cerdik tumpuan dagang
Lubuk budi laut bicara

Penyair menghadap ke laut lepas
Selat Melaka tenang terbentang
Awan berarak riak menghempas
Mentari turun rembanglah petang

Wahai tuan Selat Melaka
Mengapa tuan berdiam diri?
Tidakkah tahu untung hamba
Hamba musafir datang ke mari

Di mana Daulat Yang Dipertuan
Mana Hang Tuah, mana Hang Jebat
Mana Bendahara johan pahlawan
Bukankah jelas di dalam babad

Namanya tetap jadi sebutan
Bekasnya hilang payah mencari
Sedikit penyair bertemu kesan
Musnah dalam gulungan hari

Mengapa ini bekas yang tinggal
Umat yang lemah terkatung-katung
Hidup menumpang tanah terjual
Larat wahai larat dipukul untung

Adakah ini bekas peninggalan
Belahan diriku umat Melayu
Lemah dan lungai tiada karuan
Laksana bunga terkulai layu

Jauh di darat penyair melihat
Gunung Ledang duduk termangu
Tinggi menjulang hijau dan dahsyat
Hiasan hikayat nenekku dahulu

Di dalam kuasyik merenung gunung
Di dalam kemilau panas kan petang
Tengah khayal dirundung menung
Rasanya ada orang yang datang

Penyair hanya duduk sendiri
Tapi keliling rasanya ramai
Bulu romaku rasa berdiri
Berubah warna alam yang permai

Ada rasanya bisikan sayu
Hembusan angina di Gunung Ledang
Entah puteri datang merayu
Padahal beta bukan meminang

Bukanlah hamba Sultan Melaka
Jambatan emas tak ada padaku
Kekayaanku hanya syair seloka
Hanya nyanyian untuk bangsaku

Justeru terdengar puteri berkata
Suaranya halus masuk ke sukma
Maksudmu tuan sudahlah nyata
Hendak mengenang riwayat yang lama

Bukan kuminta jambatan emas
Tapi nasihat hendak kuberi
Kenang-kenangan zaman yang lepas
Iktibar cucu kemudian hari

Sebelum engkau mengambil simpulan
Sebelum Portugis engkau kutuki
Inggeris Belanda engkau cemarkan
Ketahui dahulu salah sendiri

Sultan Mahmud Shah mula pertama
Meminang diriku ke Gunung Ledang
Segala pintaku baginda terima
Darah semangkuk takut menuang

Adakan cita akan tercapai
Adakan hasil yang diingini
Jika berbalik sebelum sampai
Mengorbankan darah tiada berani

Apalah daya Datuk Bendahara
Jikalau Sultan hanya tualang
Memikir diri seorang sahaja
Tidak mengingat rakyat yang malang

Sultan Ahmad Shah apalah akalnya
Walaupun baginda inginkan syahid
Mualim Makhdum lemah imannya
‘Di sini bukan tempat Tauhid’

Bendahara Tua Paduka Raja
Walaupun ingin mati berjuang
Bersama hilang dengan Melaka
Anak cucunya hendak lari pulang

Berapa pula penjual negeri
Mengharap emas perak bertimba
Untuk keuntungan diri sendiri
Biarlah bangsa menjadi hamba

Ini sebabnya umat akan jatuh
Baik dahulu atau sekarang
Inilah sebab kakinya lumpuh
Menjadi budak belian orang

Sakitnya bangsa bukan di luar
Tetapi terhunjam di dalam nyawa
Walau diubat walau ditawar
Semangat hancur apalah daya

Janjian Tuhan sudah tajalli
Mulialah umat yang teguh iman
Allah tak pernah mungkirkan janji
Tarikh riwayat jadi pedoman

Tidaklah Allah mengubah untung
Suatu kaum dalam dunia
Jika hanya duduk terkatung
Berpeluk lutut berputus asa

Malang dan mujur nasibnya bangsa
Turun dan naik silih berganti
Terhenyak lemah naik perkasa
Bergantung atas usaha sendiri

Riwayat yang lama tutuplah sudah
Apalah guna lama terharu
Baik berhenti bermenung gundah
Sekarang dibuka lembaran baru

Habis sudah madahnya puteri
Ia pun ghaib capal pun hilang
Tinggal penyair seorang diri
Di hadapan cahaya jelas membentang

Pantai Melaka kulihat riang
Nampaklah ombak kejar-mengejar
Bangunlah Tuan belahanku saying
Seluruh Timur sudahlah besar

Bercermin pada sejarah moyang
Kita sekarang mengubah nasib
Di zaman susah atau pun riang
Tolong tetap dari Yang Ghaib

Bangunlah kasih, umat Melayu
Belahan asal satu turunan
Bercampur darah dari dahulu
Persamaan nasib jadi kenangan

Semangat yang lemah dibuang jauh
Jiwa yang kecil kita besarkan
Yakin percaya, iman pun teguh
Zaman hadapan, penuh harapan

Bukanlah kecil golongan tuan
Tujuh puluh juta Indonesia
Bukan sedikit kita berteman
Sudahlah bangun bumi Asia

Kutarik nafas, kukumpul ingatan
Aku pun tegak dari renungku
Jalan yang jauh aku teruskan
Melukis riwayat sifat hidupku

Kota Melaka tinggallah sayang
Beta nak balik ke Pulau Percha
Walau terpisah engkau sekarang
Lambat launnya kembali pula
Walaupun luas watan terbentang
Danau Maninjau terkenang jua

~ Hamka

Wednesday, April 28, 2010

Tutorial Pasang CommentLuv Di Blogspot

Diana dah check kat Google search keyword 'pasang CommentLuv Blogspot' kat Google and rasanya tak ada lagi site orang Malaysia yang buat tutorial lengkap dalam bahasa Malaysia untuk pasang CommnentLuv kat Blogspot selain satu blog ni... Dah lupa URL... Jadi, Diana copy tutorial ni daripada blog seseorang dengan harapan dapat membantu you all ni pasang CommentLuv di blog mereka.

Suka untuk Diana stresskan kat sini (hehehe) yang CommentLuv ni banyak membantu kita dapat lebih banyak komen kat blog kita. Kalau dah pasang CommentLuv, sekurang-kurangnya kita dah bagi backlink sebagai ganjaran kepada orang yang komen kat blog kita. Backlink ni penting untuk dapat pagerank yang lagi bagus, dan pagerank penting supaya blog kita akan diindex terlebih dahulu dan diberikan prioriti dalam Google search. Jadi kalau blog yang ada pagerank tinggi masuk pertandingan HIDUP BERANI UNTUK GAGAL, peluang dia lagi tinggi untuk dapat listing kat page pertama Google search untuk keyword HIDUP BERANI UNTUK GAGAL (LOL).

Diana ada hobi mengkomen kat blog yang ada CommentLuv (Walaupun tak ramai). Jadi silalah pasang CommentLuv supaya Diana akan lagi rajin lawat blog you all dan tinggalkan komen. hehe..

Langkah-langkah untuk memasang CommentLuv di Blogspot:

Cara paling senang nak pasang CommentLuv adalah dengan memasang IntenseDebate kat Blogspot you all. Register kat IntenseDebate.com.

1. Login dan klik Install IntenseDebate.
2. Dah add tu, jangan continue dengan step dia lagi. Klik Sites> Blog anda> Plugins> Activate CommentLuv. Edit la segala options yang ada, boleh letak Facebook share button sekali kalau nak.
3. Dah set up, klik Tools> Reinstall.
4. Select installation type: Diana cadangkan supaya pilih Template. Tak susah sangat sebenarnya.
5. Install only on all new post, kalau tak komen-komen lama akan hilang (hidden).
6. Buka Blogger.com> Dashboard> Blog anda> Layout> Edit HTML> Download Full Template.
Pastikan you all simpan copy .xml file tu seperately, just in case kalau apa-apa terjadi, boleh restore balik.
7. Browse file .xml tadi, klik Upload file and continue.
8. Dah upload, copy code (CTRL+A dan CTRL+C) yang telah di modify.
9. Lepas tu pergi semula ke Blogger.com> Dashboard> Blog anda> Layout> Edit HTML>, paste (CTRL+A dan CTRL+V) code baru.


Pasang CommentLuv
Pasang CommentLuv

Pasang CommentLuvDah klik Plugins, akan ada senarai keluar kat sebelah kanan, klik Activate CommentLuv

Pasang CommentLuv
Pasang CommentLuv Blogspot

Pasang CommentLuv Blogspot2

Tutorial Pasang CommentLuvKalau berjaya pasang CommentLuv tu, akan nampak macam ni

Blog yang ada IntenseDebate dan CommentLuv adalah seperti blog Denaihati, penganjur pertandingan HIIDUP BERANI UNTUK GAGAL. Dengan adanya IntenseDebate ni, rasanya word verification yang annoying kat blogspot tu akan hilang la kot.

Ada banyak lagi options kat IntenseDebate yang you all boleh try. Tapi setiap kali nak buat, kena reupload template balik la. Tu sebab you all kena finalize awal-awal masa kat step no.2.

Diana harap Tuorial Pasang CommenLuv Di Blogspot ni dapat membantu untuk memantapkan lagi blog you all dan Diana harap tutorial ni lengkap la (2 jam buat research). Kalau ada yang tak cukup atau ada soalan boleh tinggalkan komen kat sini dan kalau dah pasang CommentLuv tu nanti bagi tau gak. Diana memang specially bookmark blog yang ada CommentLuv. Everytime you all update dan kalau Diana ada masa, mesti Diana datang punya lah. LOL

All the best dan selamat memblogging =)

7 Tips Untuk Meningkatkan Bilangan Pembaca Blog

Kali ini Diana nak kongsi tips sikit tentang cara untuk meningkatkan bilangan pembaca di blog you all termasuk blog Diana. Semoga tips ini dapat membantu blogger-blogger lain (Peace No War).


1. Isi kandungan blog yang mantap.

Bukan body aje patut mantap, content blog pun mesti mantap. Ini paling penting, kalau apa yang kita tulis mengarut atau terlalu emosional memang tak ke mana blog kita. At the end, blog tu kita sendiri ajelah yang baca. Isi kandungan blog ni kalau boleh kena ikut kehendak dan citarasa pembaca. Kita kena tahu kenapa orang follow blog kita dan siapa supaya kita boleh suaikan dengan kehendak mereka.

Jadi silalah mantapkan body blog anda.

2. Jadi pemurah.

Ada orang datang blog orang lain untuk cari follower, linkback, pengiklanan percuma dan sebagainya. Macam mana kita nak jadi pemurah? Yang biasa Diana buat, Diana letakkan link blog orang yang selalu datang sini kat dalam link list. Mungkin sekarang masih ada yang belum letak, insyaAllah Diana akan letakkan nanti (Sorry). Di samping itu, you al boleh pasang plugin CommentLuv. Jadi sesiapa yang tiggalkan komen pasti akan dapat pengiklanan percuma untuk latest post mereka dan semua link kat situ adalah dofollow. Oleh itu you all dah dapat backlink free dengan meninggalkan komen kat blog yang ada CommentLuv. Bila dah banyak backlink, makin cepat la Google Pagerank you all naik (Diana tak buat lagi sebenarnya... LOL).

Kongsi tips berblogging macam ni pun boleh kira pemurah la kan? :D

Baca tutorial untuk memasang IntenseDebate + CommentLuv untuk Blogspot.

3. Interaksi dengan pembaca anda.

Diana cukup suka dengan pemberi komen kat blog Diana ni dan hampir semua komen di sini Diana akan reply (Setakat ni, tak ada sesiapa pun lagi yang comment... Sedih). Interaksi ni penting supaya kita dapat beri impresi bahawa kita mendengar suara pembaca. Bukan senang nak dapatkan pembaca dan lebih susah lagi nak dapatkan pembaca yang sudi meninggalkan pendapat. Oleh itu, mana yang ada, kita hargai.

4. Menganjurkan pertandingan.

Ini cara paling senang nak dapat pembaca datang blog kita. Memang berdasarkan apa yang Diana tengok, banyak blog lain buat (Bukan macam Diana. Tak buat pun).

Memang diakui kalau nak buat pertandingan tu perlukan modal, tapi tak semestinya kita perlu mengeluarkan ke semua modal tersebut. Boleh je kita minta sponsor daripada blog-blog lain yang lebih besar. Mungkin sponsor pengiklanan selama sebulan ke, free banner ke atau apa-apa saja yang sesuai. Ikut kreativiti you all la.

5. Join komuniti

Berblogging kerana syok sendiri tak akan bawa anda ke mana-mana (kecuali kalau anda Hanis Zalikha). Hanis Zalikha tu tulis blog tak payah reply komen pun beribu orang masih akan baca blog dia kerana dalam dunia nyata dia adalah 'somebody'. Itu hakikat. Jadi, ya, kita perlu join komuniti blogging ni untuk dapatkan exposure.

Untuk blog bahasa Malaysia, Diana cadangkan supaya para blogger semua menyertai GengBlogger - Komuniti Blogger Anda

Kalau Hanis Zalikha join GengBlogger mesti meletup-letup GengBlogger lepas ni.

6. Social Networking

Social networking yang dimaksudkan adalah seperti Twitter dan Facebook. Memang mudah nak dapatkan trafik....

Kepada yang masih belum ada Twitter atau Facebook, eloklah buat. Dengan adanya Twitter dan Facebook boleh la berinteraksi dengan blogger lain secara direct (Blog Diana tak ada Facebook and Twitter). Lebih cepat dan efisyen.

Baca segala-galanya berkenaan Twitter, Tips Penggunaan Twitter Serta Twitter Tools Untuk Blogger

Kepada yang nak add Diana kat Facebook, sila bagi tahu yang you all datang dari iDianaZone. Senang untuk proses verification.

7. Bersabar

Apa yang diusahakan tak semestinya akan membuahkan hasil pada esok hari dan jangan pula berputus asa. Tetapkan target yang mudah dicapai dahulu, kejar satu persatu dan lama-lama nanti InsyaAllah berjaya. Lagi lama kita maintain, reputasi makin lama makin naik. Reputasi adalah sesuatu yang perlu dibina. Jadi bersabarlah, mungkin ambil masa setahun nak capai target, mungkin dua. Perbetulkan mana-mana kekurangan dan lama kelamaan nanti memang dapat capai apa yang kita impikan.

TeRuK BettuL....

Hey, all... Hari ni memang teruk... Hari ni, Diana balik lambat sebab cikgu suruh tolong dia... Satu kelas tolong... Diana balik pukul 2.00 petang... Da truth is, Diana langsung tak tau dah pukul 2.00 petang... Kelam-kabut dibuatnya... Of course la, Diana balik naik van (bas sekolah)... Diana harap sangat Farah tunggu.. But, I was WRONG... Farah and van tu dah tinggalkan Diana... Memang bengang... Diana terus panic... Tapi, Diana control.. Diana pegi kat public phone and terus call mama suruh ambil... Alhamdulillah... Mama ambil... Memang bengang..!!!

Bersandar Pada Senja ~ Pablo Neruda

Sewaktu bersandar pada senja, kutebarkan jala dukaku
ke lautan matamu.

Di sana, kesepianku membesar dan membakar dalam marak api maha tinggi
tangannya menggapai bagai orang lemas.

Kukirim isyarat merah ke arah matamu yang hampa
yang menampar lembut seperti laut di pantai rumah api.

Kau jaga hanya kegelapan, perempuanku yang jauh
pantai ketakutan kadang-kadang muncul dari renunganmu.

Sewaktu bersandar pada senja, kucampakkan jala dukaku
ke laut yang mengocak lautan matamu.

Burung-burung malam mematuk pada bintang-bintang pertama
yang mengerdip seperti kalbuku ketika menyintaimu.

Malam menunggang kuda bayangan
sambil menyelerakkan tangkai-tangkai gandum biru di padang-padang.

~ Pablo Neruda

—————

Pablo Neruda (1904-1973), penyair Chile pemenang Hadiah Nobel 1971

Diterjemahkan oleh Wan A. Rafar dari terjemahan Inggeris oleh Mark Eisner

Cerita Wak Tua ~ Masuri S.N

Tang…
berdentang jam dua belas kali
dibawah lampu berdiri
Wak Tua sendiri
kerut-kerut muka penat sehari.

debu siang menyelubungi bumi
dingin mula menggigit kaki, jari
Wak Tua dengan bebanan di pundak
terletak-mencari sesuap nasi.

dari pagi lekuat nafsu penuh
memburu sedkt untung di antara gunung
umur enam puluh tujuh
belum pernah lagi hidup bingung.

siang
mentari membakar muka, hidung
jualan diteriak dilorong
di kampung mengejar sedikit untung.

sekali-sekali
ada orang memanggil makan
muka sedikit cerah kena api merah
bau segar terhirup darah.

jika ada orang bertanya:
“Wak sudah tua
kenapa masih kerja-kerja
apa tidak punya penyambung baka!”

Wak menjawab hanya:
“ada aku anak lapan orang
semua dewasa
punya isteri suami terang
tapi aku bisa memikul beban
bukan membebanii siiapa yang terbeban.

Masuri S.N.

Mengenali-Mu, Ya Allah ~ Masuri S.N.

Mengenali-Mu, ya Allah
Rasa-rasanya makin merindu
Yakin-itu sudah tidak pernah
Aku tanyakan pada diriku
Kepada kalbuku
Kerana sejak aku tahu
Mengenal kehidupan
Ketika masih belum mengaji
Mukadam dan al-Quran
Aku sudah diberi kenal
Ada bintang
Ada bulan
Ada matahari
Dan awan
Ada yang menjadikan;
Begitu aku terasa
Tanpa bertanya
Aku ingin makin mendalam
Sudah kuterima kenyataan
Bahawa alam jagat dan
Seluruh mahluk ini
Ada yang menjadikan
Ciptaan-Mu, Tuhan
Maha Pengasih dan Maha Penyayang.
Berulang-ulang
Dalam hidupku diberi nafas
Berterusan menghayati nikmat
Makan minum dan tidur berehat
Maka dadaku penuh mengingati
Nama-Mu sentiasa
Di bibir
Dan degup jantungku
Sentiasa mengigati-Mu
Adalah tandaku
Dalam ikatan-Mu
Maka apabila aku diberi hayat
Di alam jagat-Mu
Bergerak, berkerja
Mencari makan dan
Bergaul dengan insan
Insan dan umat-Mu
Nama-Mu terasa terus
Menjadi sebutan
Degup hatiku;
Dan apa
Dan bagaimana
Dan di mana
Aku berada
Aku sentiasa dikurniai
Inayah-Mu, ya Allah
Maka aku sentiasa mengigati-Mu
Maka dalam bersorak
Bergerak dan berteriak
Untuk apa
Untuk bagaimana
Aku tiba-tiba saja
Seperti digerak
Oleh satu kuasa
Menyentuh dalam kalbuku:
Maka aku menjadi terkelu
Mati teriak sorakku
Kerana nafasku
Terasa tinggal satu, satu.
Maka tahu aku, ya Allah
Lonjak dan sorak
Gelak dan teriak
Bisa sekali lenyap
Dalam satu helaan nafas:
Ketika dalam kealpaan
Menghayati dalam kefanaan.

Masuri S.N.
( Mimpi Panjang Seorang Penyair )

Buat Sementara ~ Masuri S.N.

Nantikanlah dengan hati-hati
Sesuatu yang diharap
Membawa kepastian
Melangkah kejayaan.

Begini mudah
Kata-kata jadi penguat jiwa
Yang sanggup nanti menentang segala rupa
Dugaan dalam pergolakan.

Meniti sekarang di atas jambatan seni
Di bawah-sudah menanti jurang dalam,
Pelan-pelan, hati-hati satu-satu langkah mara
Mahu sampai selamat biar lambat?

Meniti-niti perlahan
Pakai seribu kata-kata jampi;
Seperti menarah kelapa, supaya
Tempurung tanggal dan kepala bulat tiada cacat;
Nyata ini sia-sia- titi patah sederap
Bum! Teriak melengking tubuh hancur lumat
Jadi mainan bati keras berat.

Kenapa begini nasib melontarkan
Orang-orang yang hati-hati bersih suci
Selalu beringat, dan jalan cermat
Juga hasilnya kecewa.

Dan orang-orang yang dadak mengganas
Geraknya semberono,
Macam kilat melangkah itu jambatan
Sekarang berdiri bangga di seberang selamat.

~ Masuri S.N.

Hutan Persahabatan ~ T. Alias Taib

Berkawan denganmu
Ialah berkawan dengan ilmu,
Dengan akal yang selalu di raut,
Renung yang selalu dikikir
Dan hujah yang selalu diasah.
Berkawan denganmu
Ialah bermusuh dengan musuhmu,
Dengan si fitnah yang beraja
Pada api perasaan,
Dan si dengki yang bersedia
Membentesmu dari belakang.

Ah, kawan, lupakan mereka.
Mari teruskan perburuan kita
Di hutan persahabatan kekal ini.
Aku tidak memerlukan kata-kata indah
Tetapi tangan ikhlasmu
Apabila terjatuh di perburuan ini.
Aku hanya ingin menemanimu
Di perjalanan yang penuh halangan
Dan perburuan yang menyukarkan.
Aku tidak memerlukan mereka,
Mari teruskan persahabatan kita.


~T. Alias Taib

Monday, April 19, 2010

Blogger Tips :(Pemilihan URL Blog)

Sekarang ini, blog merupakan antara perkara yang meningkat naik dalam dunia internet ni. Tak kira la platform apa yang digunakan samada blogger atau wordpress dan pelbagai lagi, tapi masih lagi dalam nama 'blog' (singkatan bagi web log). Paling tak kurang pun, walaupun tak ada blog sendiri you all pasti ada mengunjungi blog-blog tertentu secara tetap. Ini jelas menunjukkan blog mempunyai kekuatan sendiri.


Bagi yang mempunyai blog, terdapat banyak tujuan memblogging. Ada yang sekadar diari, berkongsi cerita, kupasan politik, kutuk orang, buat duit dan pelbagai lagi tujuan yang sukar untuk Diana listkan semuanya. :)

Bagi yang sudah berpengalaman dalam dunia blogging, mungkin mereka sudah arif benar dengan ragam dan cara-cara yang perlu dan tak perlu dalam dunia blogging ni. Tapi, bagi yang masih baru, agak sukar untuk memulakan blog jika tidak mendapat tunjuk ajar dari orang yang lebih berpengalaman. Tunjuk ajar ni bukanlah bermaksud orang ajar di depan mata, tetapi tunjuk ajar juga merujuk kepada tutorial, tips dan pelbagai lagi yang terdapat dalam blogosphere yang sangat luas ini.

Kali ini, Diana akan cuba kupaskan sedikit tips-tips yang Diana rasakan berguna kepada sesiapa yang terlibat dengan dunia blogging. Kepada yang sudah ada blog pun, tak salah kalau you all nak baca sampai habis. Mana la tahu, ada tips yang berguna untuk you all... :) (You know what I mean)


Untuk pengetahuan you all, tips-tips ni adalah berdasarkan pengalaman dan pembacaan Diana selama Diana berada dalam dunia blogging ini. Diana bukanlah lama sangat berbanding otai-oai yang berada di luar sana, tapi tak salah kalau berkongsi kan. Manalah tahu you all boleh dapat manfaat dari apa yang ditunjukkan (Harap-harap)

Untuk kali pertama ni, Diana akan terangkan kepada satu bahagian sahaja. Iaitu pemilihan URL blog. Ini kerana Diana rasa ni adalah perkara yang amat penting bagi sesebuah blog.


1) Pilih nama yang unik



Pemilihan nama yang unik adalah penting memandangkan URL yang dipilih akan menjadi pemacu utama kepada sesebuah blog. Pemilihan nama unik boleh jadi sesuatu yang belum ada dalam intenet. Memang agak sukar untuk difikirkan...

Selain itu, URL blog yang unik juga boleh melibatkan nama you all ataupun ubah sedikit nama you all untuk URL tapi masih mengingatkan pengunjung kepada blog you. Contohnya, abdulsamad.blogspot.com ataupun nurfarah.blogspot.com

Selain itu, pemilihan nama blog yang unik memudahkan engine pencarian memberi keputusan pencarian kepada blog you all. Contoh paling mudah, blog Diana ni dengan nama iDianaZone. Sukar untuk berada dalam ranking result dengan nama Diana, tapi dengan nama iDianaZone, keputusan akan menunjukkan terus kepada blog ini.


2) Pilih URL yang pendek.

Pemilihan URL yang pendek adalah penting untuk mengingatkan pengunjung blog you all apabila mereka membuka blog you all. Dan apabila mereka tertarik, URL yang pendek dapat memudahkan pengunjung you all untuk mengingati blog you all. Contoh, blog Diana ni dengan nama iDianaZone. Senang untuk ingat, kan. :) Cuba you bayangkan kalau blog Diana ni Diana letakkan url diana-seoranggurldanpelajaryangmasihbelajarhe3.blogspot.com

Bukan ke sangat menyakitkan hati untuk melihat URL blog yang begitu panjang. Diana sendiri geram :)


3)JANGAN pilih URL yang 'tak elok'

Kalau tips pertama dalah berkaitan URL yang unik, tetapi ada beberapa kekangan untuk nama unik itu. Jangan ingat unik semua boleh ye. :). JANGAN sama sekali menggunakan url yang berada dalam kategori 'tak elok' untuk membuat URL blog you all. Cuba you all bayangkan, you all terbuka satu blog dengan nama www.kepala-hotak-engkau.blogspot.com/



Apa pandangan pertama you all...? Kalau tak pun URL blog ohgaybengongsungguh.blogspot.com. Kan tersangat-sangat tak elok URL tu walaupun kandungan entri you all berbentuk ilmiah. :)


4)JANGAN masukkan karakter pelik dalam URL blog anda.

Ini satu lagi tips penting untuk URL blog. JANGAN masukkan karakter pelik-pelik untuk URL you all. Bayangkan url blog adalah http://Aku♫◄dan‼dia♪$".blogspot.com.



Adakah you all berasa begitu unik dengan URL blog yang ada character pelik-pelik? You all silap untuk merasa unik dengan karater yagn pelik. Pemilihan karakter pelik adalah 'pembunuh' kepada bilangan pengunjung blog you all (Che wah). Sangat sukar untuk mengingati URL dengan karakter yang pelik-pelik.


5) Pilih URL berkaitan dengan tajuk (tujuan) blog you all.

Bagi yang membuat blog untuk bercerita atau diari, tak kisah kalau guna URL apa-apa pun. Tapi jika you all mempunyai tujuan khas untuk membuat blog, pastikan URL blog berkaitan dengan tujuan you all. Contoh, you all ingin membuat blog berkaitan komputer, maka, contoh URL yang bagus adalah tipskomputer.blogspot.com dan (Wah, memang tersangat-sangat sesuai). Selain itu pemilihan URL yang berkaitan dengan topik blog you all dapat menarik traffic yang lebih tinggi dari engine pencarian. Berguna, kan. :)


6) Jangan guna URL bahasa asing

Bahasa asing yang dimaksudkan di sini bukan 'asing' secara realitinya. Tetapi asing bermaksud URL dalam 'taipan' bahasa luar. Contohnya you all orang melayu, tetapi pandai menulis jepun atau arab. Kalau you all hendak buat blog untuk orang melayu, pastikan URLnya adalah dalam bahasa melayu, bukannya bahasa arab atau jepun.

Dahulu Diana ada pernah tengok URL macam tu untuk blog bahasa melayu, dan lihatlah sekarang, Diana tak boleh pun mencari blog dalam google dengan URL bahasa asing. Kerana apa!!? Keyboard tak ada untuk bahasa asing dan Diana tak boleh menaip pun dalam bahasa asing kecuali English.

7) Jangan terlalu banyak campuran nombor dan huruf secara rambang.

Satu lagi berkaitan URL adalah kombinasi huruf dan nombor. Tak salah jika kombinasi itu tidak terlalu berceramuk. Tetapi jangan randomkan nombor dengan terlalu banyak sebab susah untuk mengingati perkataan berbanding nombor.

CONTOH :

Elok : unwanted.blogspot.com
Biasa :
unwanted86.blogspot.com
Kurang elok : unwanted8796854.blogspot.com
Agak teruk : un2wanted7ed86.blogspot.com
Sangat teruk : 1un345wa45nt43ed86.blogspot.com




----------------------------------

Rasanya sampai setakat dulu tips-tips yang Diana tahu pasal URL.
Nanti kalau Diana ada terfikir lagi tips-tips, Diana akan update la (Jangan risau... Masalahnya, you all risau ke..?)
Atau kalau pelawat maya (You all) ada tips-tips lain bolehlah dikongsi, yek.

Selepas you all membaca tips-tips berkaitan URL ni.
Teringat ke you all akan bentuk url you all.
Cuba fikir balik URL blog you all.
Adakah tersenarai dalam senarai ok atau tidak(Jangan kecil hati) :)

Kalau ok, baguslah.
Kalau tak ok, apa kata kalau you all tukar kepada URL yang lebih baik (cadangan la).

p/s: Diana harap you all Happy memblogging.:)

Catz yang teramat-amat cute...

gambar kucing putih yang comel

Gambar kucing putih dengan bulu yang cukup bersih.. Mata bulat dan mampu memikat pencinta kucing seperti Diana ni...


gambar kucing comel

Anggun, comel dan pandai bergaya... Betul, betul, betul (Gaya seperti Ipin walaupun Diana langsung tak minat cerita tu...)

gambar kucing cute

Gambar kucing putih yang berbulu tebal dan tak terurus membuatkan kucing ini nampak tak friendly dan garang. Urmm... Tak la sangat...

Kucing Tumbuk Anjing

Gambar seekor kucing yang bengis... Anjing pun dibelasah! Tak patut.. Tak patut.... Walau apa pun, Diana menyebelahi catz cuz I love catz.... Cats rule...

Funny, Funny, Funny







Gambar-gambar yang teruk ni Diana yang tangkap sendiri... The truth is, pic yang di tepi sekali ialah Diana... Ya, ya... Memang memalukan letak gambar sendiri... Tapi, ni semua untuk you all juga... Supaya you all tak boring... Haaa... Tapi, gambar yang berbaju orange tu bukan Diana, tapi kakak Diana (Maaf Farah)... Diana harap dia tak marah memandangkan dia tu panas baran and garang (lebih teruk dari singa)

Aku Nak Jadi & Mendapat Kawan Yang Terbaik

Kata orang bukannya senang nak cari kawan yang baik dan bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik. Baik ke Diana terhadap kawan-kawan Diana?... Huh, Diana sendiri tak tahu (Teruk, kan) Tapi Diana yakin yang mungkin ada di antara perbuatan dan pertuturan Diana yang agak lepas telah menyakitkan hati semua orang. Sebenarnya Diana tak ada niat pun nak sakitkan hati sesiapa, hanya kawan baik Diana je yang faham dengan perangai gila-gila Diana ni (Betul... Tak tipu). Kalau time gila Diana datang habis semua orang Diana buat lawak sampai pecah perut.

Hmmm.... Apakah ciri-ciri kawan yang baik?… Kawan yang baik akan mencuba sedaya upaya tak mengumpat kawan baiknya dengan orang lain. Apa erti menjadi kawan baik kalau belakang kita kemain lagi mengata kita, kita ni gemuk la, kita ni jalan senget la… Kawan baik ke tu? Bagi Diana, Diana tak kesah kalau orang nak mengata Diana, kalau nak mengata depan-depan pun Diana boleh terima. Kalau mengata belakang ni memang la bukan kawan baik Diana… hahaha

Untuk menjadi kawan yang baik , jangan sesekali cemburu dan melarang kawan baik kita berkawan dengan kawan baiknya, biarlah dia nak kawan dengan sesapa pun janji kita yakin yang dia memang kawan baik kita. Sentiasa menasihati kawan baik kita kalau dia buat perkara yang tak betul dan tak sihat... Dalam waktu sunyi kawan baiklah yang sentiasa menjadi penghibur, macam Diana kalau time sunyi, Diana akan texting (SMS) dengan kawan baik Diana. Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa sedih atau gembira kerana kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan kepada kawan biasa.

Diana sentiasa mendoakan kejayaan dan kesihatan kawan baik Diana walaupun Diana ni tak la kuat iman sangat, tapi Diana tetap berdoa agar Allah sentiasa meringankan beban dan kesejahteraan kawan baik Diana di dunia dan di akhirat (Che wah...!). Tapi Diana memang susah nak dapat kawan yang baik. Kawan yang pura-pura baik tu ramai la…. tapi Diana tak kisah sebab Diana pun pura-pura baik dengan dia orang hahahaha…

Hmm... Siapa kawan baik aku yek?… Dalam hidup Diana ni, cuma ada sorang kawan baik je… Siapa? Nama dia Nur Aina Binti Halim. Bawah ni, dia la... Walau pun dia tinggal jauh and kita orang jarang jumpa, persahabatan kita orang masih kekal... I love u...

Ops tiba-tiba kepala otak Diana blank… so sampai sini dulu… nanti Diana update lagi..

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kalau kita nak mendapat kawan baik yang baik, kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada kawan baik kita....

New TemPlateS

Hey, all... Diana rasa Diana nak tukar template blog Diana ni... Rasanya you all tak kisah kan memandangkan blog ni Diana yang punya...(Ceh, belagak!) hehehe... Tapi, kalau Diana tak jumpa template yang sesuai, Diana akan gunakan template yang Diana gunakan sekarang... Doakan Diana jumpa template yang cool...

5 Tips cara MENIPU DALAM CINTA!

AIIK?? Biar betul!!! Hehehe, jangan terkejut! Artikel Diana kali untuk you all relax-relax, santai dan bergelak-ketawa. Seriuos Diana bagitahu, selalu boring gak kan. So, this time Diana buat kelainan!

Instead of 5 tips mengenal PENIPU…I changed to 5 tips cara MENIPU totally opposite view!!, Kira dari perspektif si penipu la ni

=======================================

Tips ni hanyalah untuk mereka yang tidak berhati perut dan hanya boleh digunakan kepada orang yang tersayang … Kalau ada rasa belas kesihan dan tak sampai hati Diana sarankan berhenti membaca sekarang (hehe)… So ready? Tetapkan hati busuk you all tu dengan penuh focus kepada menipu sehingga menyakitkan hati si dia yang you all sayangi okey ;)

1. – Berikan alasan letih sangat untuk berjumpa…cakap la demam ke, sakit belakang ke, mengantuk ke. Dan kalau cakap demam, ada reason seperti makan ubat yang boleh buat you all rasa nak tidur je. Haaa…barulah kita mudah menipu dan boleh ada skandal. Ianya akan lebih mudah dilakukan jika orang tersayang you all tu you all anggap bodoh! Selalu-selalu buat begitu, sehingga si dia percayakan you, maka you all punya masa untuk keluar dengan orang baru… .Mudahkan? :lol:

2. – Apabila you all keluar pastikan yang you all hanya keluar berseorangan. Jangan jadi bangang dengan menggunakan nama adik beradik atau sahabat handai kononnya mereka bersama you all. Susah nak menipu macam tu beb... Selalu berseorangan walaupun waktu you all tidak skandal. Cara ini you all dengan mudah memperbodohkan si dia yang you all sayangi. Kononnya, you all selalu keluar sorang-sorang je. Bila dah tiba masa, you all boleh main dengan skandal you all dengan aman. wakakaka!!

3. – Sekiranya you all mempunyai kekasih dan you all mahu mempunyai kekasih sorang lagi, lebih baik salah seorang mesti berada outstation! Haaa…baru senang nak tipu. Nak jumpa pun susah kan, sebab duduk jauh... Jadi, bila berjauhan, you all boleh focus kepada sorang-sorang. Hehehe, kena cari kekasih outstation la kan, kerana kekasih outstation ni pun selalunya percaya pada cinta jarak jauh jadi, cukup mudah untuk kita pasang dua. Yang penting, selalulah cakap kepada mereka, “I hanya sayang you sorang saja walaupun you berada jauh dari I” hahaha :lol:

4. – Dating MESTI diluar bandar beb! Untuk mengelakkan dari diketahui kekasih, tunang, boyfriend, girlfriend atau suami/isteri you all. Anggap saja dia orang yang tak ada otak dan perasaan. Jadi ianya lebih mudah untuk you all lakukan penipuan ni tanpa rasa bersalah. Well... Lagipun, telah lama perangai jahat menipu ni berdarah daging dalam diri you all, kan... Kalau nak rasa kesian, boring la. Kita kena brutal, buat jahat habis-habisan! wakaka :lol:

5. – Mesti sentiasa dan pandai buat cerita sedih atau ada penjelasan cerita sekiranya ditanya! Jangan jawab “nanti I cerita” – “Nanti I call back and explain!” — itu jelas sangatlah you all menipu!! Adoi…kena seriuos, confident dan mata tu kena pandang straight. Barulah bijak menipu... Ini, mata pun takut ditenung, cerita pun banyak lubang, cakap pun terketar-ketar…adoi!! Cara macam tu hanya dilakukan oleh orang bebal dan tak berotak yang nak menipu tak pandai. Kita mesti sediakan awal-awal penjelasan panjang, barulah semalaman kita dapat menipu dengan hati yang tenang. Barulah sampai hati kita menipu dia yang disayangi.

p/s: INGAT!!!K ena hati-hati bila mahu menipu... JANGAN MENIPU SI PENIPU BESAR! Sure punyalah you all akan tertangkap, good luck! :lol:

==========================================

:D Wakakaka… so funny kan huhuhu, jahatnya Diana ni…Well, Itulah kan hehehe, jika tak pernah menipu tu jangan mulakan... Jika you all mulai sekali menipu, you all akan ketagih menipu sehinggayou all akan jadi seperti orang yang tak berpelajaran, seperti drug eddict yang menipu buta.

Sehingga you all rasa dan fikir semua orang bodoh, walhal you all yang sudah menjadi terlalu bodoh kerana terlalu banyak menipu. Takkan lah you all mahu meletakkan level anda setaraf pelacur chowkit dan penagih dadah yang menipu bodoh tanpa sebarang sebab?

Anyway, entry ni juga untuk you all semua yang mengenali karektor penipu di sekeliling you all. Dan jangan terpedaya dengan wajah yang bersih, tampan atau lawa. Hehe, interesting kan, dari perspektif berbeza kui! Kui! Kui!…yang penting…

”JANGAN MULAKAN perhubungan cinta atas dasar penipuan, you all akan kehilangan dirinya dan you all sendiri. Wajah cantik you all bertukar hodoh, dan you all akan kesunyian selama-lamanya!”

Biodata Dharmawijaya

Tokoh penyair negara, Kamaruzzaman A. Kadir atau lebih dikenali dengan nama pena Dharmawijaya meninggal dunia di Hospital Seremban pada April 2005 akibat kanser paru-paru.

Allahyarham yang berasal dari Kampung Talang, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah meninggalkan seorang isteri, Zaini Ma’aya, tiga orang anak iaitu Susilawati, Asrul Effendi dan Iza Hairani.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Makam Haji Said.

Allahyarham yang memiliki ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya pada tahun 1981 pernah menjadi guru bahasa dan kesusasteraan Melayu di sekolah menengah; pembantu penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (1971-1972) dan; pensyarah (1981-1986) dan Profesor Madya (1987-1994) di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.

Allahyarham bertugas di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM sebagai Sarjana Tamu sejak tahun 1996 sehingga meninggal dunia.

Selain seorang penyair, Allahyarham juga adalah seorang penulis esei dan kritik sastera terutama puisi.

Allahyarham pernah memenangi hadiah sastera Malaysia pada tahun 1971, 1976 serta 1982/83 dalam bahagian puisi.

Allahyarham menerima anugerah penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) di Bangkok, Thailand pada tahun 1993, anugerah penyair GAPENA pada tahun 1999 dan anugerah pujangga, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2002.

Beberapa buah buku kajian Allahyarham mengenai puisi yang telah diterbitkan ialah Nasionalisme dalam Puisi Melayu Moden 1933-1957 (1982) yang turut memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83 dalam bahagian buku kajian sastera moden terbaik; Tanggapan dan Kaedah Pengajaran Puisi (1987); Berkenalan Puisi (1987), Pemahaman dan Penghayatan Puisi (1992) serta Dunia Puisi Dalam Penelitian dan Pengajaran (1992) dan edisi yang sama dikemaskini pada 1998.

Turut diterbitkan ialah tiga buah kumpulan pusi persendiriannya iaitu Warna Maya (1974), Derita Buana (1992) dan Jejak Kembara (1999).

Di samping itu, Allayharham adalah penyusun antologi puisi Di Penjuru Matamu (1975) dan Bunga Gerimis (1986) yang pernah menjadi buku teks Kesusateraan Melayu di sekolah-sekolah menengah; Lagu Kehidupan (1983), Bintang Mengerdip (1984), Puisi Sepanjang Zaman (1989) dan Gurindam Alam (1994) yang menjadi rujukan umum dan di institusi-institusi pengajian tinggi.

Pintaku Padamu ~ Dharmawijaya

Kalau esok kasih kita `kan hancur jua
usah ditaburi bumi ini dgn air mata
dunia bukan semata milik org bercinta
hidup jua bukan semata utk berlagu kecewa

di bawah mentari pagi demikian jernihnya
hayunkan gagah langkahmu sepenuh khidmat
usapi kesetiaan hati seluruh umat

Kalau esok jua hidup dijenguk kematian
usah ditangisi sepinya tanah kelahiran
nyanyikan lagu perindu ke wajah Tuhan
tanda hatimu setia dlm usia pengembaraan

tau-taulah di bintang satu
di hari hidup kita mengejar bahagia dlm sengsara
di hari mati kita mengira pahala dan dosa

Dharmawijaya (1963)

Sunday, April 18, 2010

Boyfriend....

~Entah kenapa, tiba-tiba je Diana nak cerita tantang boyfriend....

Bila you all baca ayat di atas mesti you all ingat Diana ada boyfriend.... But, you all wrong... I don't have boyfriend but I do have ex-boyfriends.... Yeah... Diana rasa macam nak ada boyfriend la... (APA!!! Euw, GATALnya...!!) Hehehe... Teruk kan Diana ni... It feels sucks.. But, to find a boyfriend is so difficult... (Ok, enough Diana...!) Oh, why I really miss my ex-boyfriend named F*****.... The truth is, I still like him... I tried to forget him but I can't... Again 'bout the difficulty.... Aaahhhh(Menjerit)... I know he already has a new girlfriend, but Diana langsung tak cemburu... (Betuk ke...?< you all tanya)... Ye... Diana tak cemburu LANGSUNG.... Ok, ok... Mesti you all dah meluat, kan... So, Diana akan stop... (Actually Diana tak ada idea nak post apa... Hehehe)

My BloG

Hey, all... Today, I'm gonna tell you all about my blog... My sister said that my blog don't have followers cuz it's so boring, sucks and not COOL at all... For your info(this message is for my sister), I know my blog's boring and unCOOL!!!(Sorry blog).... And I don't care if I don't have any follower... This is my blog, not hers...! Uhh... I hate her...! That's all....

Bersandar Pada Senja ~ Pablo Neruda

Sewaktu bersandar pada senja, kutebarkan jala dukaku
ke lautan matamu.

Di sana, kesepianku membesar dan membakar dalam marak api maha tinggi
tangannya menggapai bagai orang lemas.

Kukirim isyarat merah ke arah matamu yang hampa
yang menampar lembut seperti laut di pantai rumah api.

Kau jaga hanya kegelapan, perempuanku yang jauh
pantai ketakutan kadang-kadang muncul dari renunganmu.

Sewaktu bersandar pada senja, kucampakkan jala dukaku
ke laut yang mengocak lautan matamu.

Burung-burung malam mematuk pada bintang-bintang pertama
yang mengerdip seperti kalbuku ketika menyintaimu.

Malam menunggang kuda bayangan
sambil menyelerakkan tangkai-tangkai gandum biru di padang-padang.

~ Pablo Neruda

—————

Pablo Neruda (1904-1973), penyair Chile pemenang Hadiah Nobel 1971

Diterjemahkan oleh Wan A. Rafar dari terjemahan Inggeris oleh Mark Eisner

Seluk Pekasam

Bersama Prof Madya Dr Nor Hisham Osman

DUA orang rakan serumah, Yani dan Tiara pergi ke pasar tani di ibu kota. Sedang mereka melihat-lihat jualan ….

Yani: Tengok tu, ada pekasam ikan sungai laa.
Tiara: Apa dia? Pekasam?!
Yani: Ha … ah! pekasam, lama tak makan. Nak beli la sebungkus.

Tiara: Kau tau makan ke? Aku tak pernah try pun ….

Yani: Huih!! Sedap tu … goreng.

Tiara: Goreng gitu aje?
Yani: Kalau nak sedap lagi, goreng celup telur … potong bawang besar ngan cabai masak … hussy!!! sedap! Kena dengan nasi panas, mentua lalu belakang pun tak nampak!!!

Tiara: Macam ikan masin jugalah ek?

Yani: Masak macam ikan masin le lebih kurang, boleh gak gulai lemak dengan pucuk ubi ke, nangka muda ke, pisang muda ke. Tapi rasanya lain sikit …

Tiara: Lain?

Yani: Ya laa, ikan masin tu rasanya masin, tapi pekasam ni lagi sedap … ada rasa masin dan masam, tu sebab namanya pekasam, bukan pekasin, he he he. Dagingnya pun lembut dan gebu, tulangnya rapuh … bila digoreng, rangup dengan tulang-tulang sekali.

Tiara: Elok aje dalam plastik, macam mana nak seluk?

Yani: Seluk?

Tiara: Iya! Seluk … kan ada kata seluk sampai pangkal lengan?!

Yani: Ooo … itu dulu … dulu-dulu memang nak ambik pekasam ni kena seluk, sebab peram dalam tempayan.

Tiara: Kenapa sampai pangkal lengan lak?

Yani: Kalau pakasam tu dah nak habis, memang le kena seluk tempayan tu sampai pangkal lengan baru boleh dapat ambik. Dah tinggal sikit … kalau masih banyak, masih penuh tak perlu le sampai pangkal lengan. Kenapa ni? Kau nak merasa menyeluk pekasam ke? Orang sekarang dah tak pakai tempayan lagi dah untuk peram ikan buat pekasam. Opah aku dulu buat pekasam memang peram dalam tempayan. Masa tu mana ada bekas simpanan yang lain. Sekarang ni pakai bekas plastik je, kemudian terus masuk beg plastik untuk dijual … tak de lagi peram dalam tempayan lama-lama. Kalau dulu kadang-kadang sampai tahan disimpan bertahun, itu yang dinamakan pekasam tahun.

Tiara: A … laa, aku tanya ni bukan sebab apa … kan ada peribahasa yang kata, alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Tu yang aku nak tau tu ….

Yani: Ee, alaa, peribahasa ke? Aku ingat kau nak tau macam mana nak buat pekasam!

Tiara: Aku tak fahamlah peribahasa ni, tang kata kena seluk sampai pangkal lengan tu!

Yani: Ya laa … pekasam ni berbau, bukan le busuk sangat, tapi berbau …boleh tahan le juga. Masa ambik pekasam dalam tempayan tu, kena jari dan tapak tangan pun tetap berbau juga. Kalau dah alang-alang berbau jari tu, biar le seluruh lengan tu berbau, baru le berbaloi untuk cuci.

Tiara: Kalau tak silap … maksud peribahasa itu ialah melakukan sesuatu kerja itu mestilah bersungguh-sungguh hingga mendapat hasil.

Yani: Betul tu … tapi tak berapa tepat!

Tiara: Tak tepat?

Yani: Aah! Tak tepat … bukan semua kerja.

Tiata: Habis tu, kerja apa pulak? Ada kerja-kerja tertentu pulak yang sesuai guna peribahasa ni? Cikgu aku masa sekolah dulu tak pernah cakap pun.

Yani: Kau boleh fikir sendiri … pekasam ni jenis benda yang ada bau … bau yang tak berapa sedap, diibaratkan dengan kerja yang tak berapa elok atau nak senang cakap … buat kerja jahat.

Tiara: Jadi, sesuai untuk buat kerja jahat macam menyamun, mencuri le yek?

Yani: Aaa … lebih kurang macam tu le. Kalau kau songlap duit kompeni, alang-alang songlap seratus dua, baik sapu berjuta sebab seratus pun salah juga, baru le berbaloi-balaoi …

Tiara: Hey! Kau tuduh aku songlap duit kompeni ke?

Yani: Tidak le … aku bagi misalannya aje … tapi yang kau marah sangat ni kenapa? Memang ada buat ke?

Tiara: !!!!!!

Peribahasa:
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan bermaksud kalau sudah terlanjur melakukan kejahatan, biarlah diperoleh hasil daripada perbuatan tersebut.

Saturday, April 10, 2010

Memang Penat...

Hari ni, school Diana ada buat Hari Anugerah tahun 2010... Ok la Hari Anugerah tu... Tapi, Diana memang penat macam baru habis pertandingan lumba laru 5km.. Memang penat... Walau apa-apa pun, Diana nak ucapkan tahniah pada Tokoh Pelajar... Maaf, Diana lupa nama... Tapi, dia perempuan la...

Thursday, April 8, 2010

New Thing..!!

Hey, all... You all tahu kan yang blog Diana ni bertemakan tentang Diana and Karya-karya, kan... Diana baru je tambah lagi satu tema yang mungkin you all suka (Sesiapa yang suka menyanyi)... Temanya ialah>>> LYRICzzZ... Harap-harap tema yang terbaru ni boleh bantu you all... Kalau you all nak cadangkan lirik lagu kat Diana, boleh send tajuk lagu you all kepada e-mail diana ( dianaghaffar_01@yahoio.co ) and Diana akan masukkan lirik lagunya ke dalam blog Diana yang tak seberapa ni..

A Message For My BFF

Entry ni khas untuk my BFF (Best Fren Forever) named Nur Aina Abd Halim. Jadi, kalau you all tak nak baca pun tak apa...

Aina, in dA tRemeNdOu$ sEa oF face$ we MeT.
gaTHered thEn $eparTed.
I HoPE OuR frienDshiP wiLL gO beYonD tiMe anD $paceS.
wisH yOu 'HaPPinesS aNd MeRRimenT."


LurVe yOu AiNa....

Biografi A. Samad Said



For your information, Abdul Samad bin Muhammad Said atau nama penanya A. Samad Said, Hilmy Isa, Isa Dahmuri, Jamil Kelana, Manja, Mesra, dan Shamsir dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berumur enam bulan, A. Samad Said dibawa oleh keluarganya ke Singapura. A. Samad Said memperoleh pendidikan formal di Sekolah Melayu Kota Raja hingga lulus darjah IV (1940-1946). Then, A. Samad meneruskan pengajiannya dalam kelas petang di Victoria Institution hingga memperolehi sijil Senior Cambridge (1956).

Pengalaman kerjaya A. Samad Said bermula sebagai kerani, pengarang di Utusan Melayu, Berita Harian, Kumpulan The Straits Times, dan ketua pengarang akhbar Warta Teberau. Jawatan terakhir A. Samad Said ialah sebagai ketua pengembangan sastera dalam Kumpulan Akhbar The New Straits Times, Kuala Lumpur. Kini, A. Samad Said menjadi penulis sepenuh masa yang aktif berkarya.

Sejak di bangku sekolah lagi minatnya terhadap sastera mula berputik apabila beliau berjinak membaca karya sastera dalam dan luar negera such as karya Ajip Rosidi, Rendra, Pramoedya, Achdiat, Hamzah dan Wijaya Mala. Beliau juga membaca novel yang ditulis oleh Oliver Twist, Wuthering Height, dan Almayer’s Folly. Beliau turut menggunting dan menyimpan cerpen daripada akhbar tempatan dan mengkajinya sebelum menghasilkan cerpennya sendiri. Kegiatan menterjemah beberapa karya asing juga secaran tidak langsung memperkuatkan minatnya terhadap kesusasteraan.

Bermula detik alam persekolahan hingga kini, A. Samad Said tidak jemu menghasilkan puluhan karya dalam genre novel, puisi, drama, cerpen, dan esei untuk mewarnakan dunia sastera di persada tanah air dan antarabangsa. Antara karya besar yang dihasilkan ialah Salina, Bulan Tak Bermadu di Fatehpur Sikri, Sungai Mengalir Lesu, Di Hadapan Pulau, Langit Petang, Daerah Zeni, Hujan Pagi, Lantai T. Pinkie, Wira Bukit, Benih Harapan, Benih Semalu, Daun Semalu Pucuk Paku dan Warkah Eropah, AL-AMIN , Riwayat Hidup Rasululiah s.a.w dalam Puisi (1999) dan kumpulah puisi Suara Dari Dinding Dewan (2003) terbitan Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd. Sentuhan karyanya yang terbaru ialah novel Adik Datang, kumpulan puisi Dirgahayu Dr Mahathir dan kumpulan puisi kanak-kanak Rindu Ibu yang diterbitkan oleh Wira Bukit Sdn Bhd.Beberapa karyanya diadaptasi menjadi teater/drama pentas seperti Salina, Sungai Mengalir Lesu, Lantai T. Pinkie, dan Memori Di Hadapan Pulau.

Pencapaian dan sumbangan A. Samad Said dalam memperkayakan dan memertabatkan kesusasteraan Melayu telah mendapat penghargaan kerajaan apabila beliau menerima pelbagai anugerah. Antaranya termasuklah Pejuang Sastera (1976), SEA Write Award (1979), Anugerah Sasterawan Negara (1985), dan Anugerah Sasterawan Nusantara (1999).

Besides pengiktirafan dalam bidang sastera, A.Samad Said juga telah dianugerahkan darjah kebesaran Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk dalam tahun 1997 oleh Yang Dipertua Negeri Melaka. (Dewan Sastera Ogos 2003)

Kerajinannya menghasilkan karya dan ketekunannya membaca karya-karya orang lain menjadi titik penentu A. Samad Said ditabalkan sebagai Sasterawan Negara yang verstail di ujana kesusasteraan tanah air. Dalam karya A. Samad Said, khalayak akan melihat ketelitian dan kecermatannya sebagai pengarang yang menuangkan nurani seninya. A. Samad Said berpendapat bahawa untuk melahirkan karya, karyawan tidak hanya bergantung pada bahan dan bakat serta kekuatan fikiran sahaja tetapi yang penting ialah pembacaan dan pengalaman yang luas.

Antara Hasil karya A. Samd Said:

A Samad Said (Antologi Puisi)
Adik Datang
Bulan Tak Bermadu Di Fatehpur Sikri
Dirgahayu Dr. Mahathir
Dosa Pejuang
Lantai T. Pinkie
Rindu Ibu
Suara Dari Dinding Dewan

Ibu....

Sajak ni Diana buat khas untuk mama Diana.... Entah mengapa, tiba-tiba je Diana nak hasilkan sajak yang tak cool sangat ni...

Ibu,
Engkau sentiasa di dalam hatiku,
Aku amat menyayangimu,
Tanpa mu dalam hidupku,
Aku akan terasa kekosongan dalam diriku.

Ibu,
Aku amat berterima kasih kepadamu,
Atas pengorbananmu
dan
Kasih sayangmu.

Ni je...


~Nuur Diana Syuhada (Admin of iDianaZone)

Sunday, April 4, 2010

Blog RIHA memang COOL...

Hey all... Saya baru je visit blog Riha... Blog Riha memang cool... Malah, lebil COOL dari saya(muka gembira bertuka menjadi sedih seperti dapat tahu phone dah rosak)... AAAHHH!!!!(Menjerit macam baru kena tikam) Kenapa blog Diana ni TAK cool macam dia...??? Maybe, idea lebih cool dari Diana... (Mengeluh) Sedihnya...

Teramat-amat TIDAK MEMUASKAN...!!!

AAAAHHHH...!!!! (Diana menjerit macam orang gila)
Geram and sedih bila dapat tahu Diana dapat 6A 2B (untuk peperiksaan selaras 1) Balik rumah, kena bebel dengan mama (Memang selalu kena bebel bila dapat B,C,D atau D(Tapi, tak pernah dapat C,D and E tau...)) Tapi, kena bebel atau marah tandanya SAYANG... Betul, kan... B-nya ialah Sejarah and agama (Font size-nya kecil sebab teramat-amat malu) Actually, Diana memang dah agak Sejarah Diana akan dapat B atau C (kenapa fikir macam tu???)... Sebabnya, Diana tak baca bab 3 yang masuk dalam peperiksaan (Ya la... Diana TAK tahu BAB 3 masuk)... Tapi, Diana bersyukur dapat B daripada dapat C ("B pun TAK BOLEH!!!!" Ayat ni lah yang mama Diana gunakan bila Diana bagitahu yang dapat B lebih O.K dari dapat C) Yang geramnya, Diana tak sangka agama boleh dapat B (Walaupun dapat B, markah Diana yang paling tertinggi) MALUNYA!!!! Mestilah malu.....


OK.... Diana nak stop sebab TERMAT-AMAT malu.... Bye... (Masih malu)

Hmm....

Yup..."Hmmm..." Ini title untuk entry kali ni... (Diana pun tak tahu kenapa Diana pilih tajuk tu...) Walau apa pun, Diana ada kawan baru... Kisahnya, macam ni>>>> Diana nak hantar sms kat fwen Diana, tapi tersilap number...
Kawan Diana tu lelaki... Diana panggil dia M.C (adalah maksudnya...) Actually, nama actual dia Hairi, tapi saja panggil M.C... M.C pula panggil Diana, Ann... 1st time ada orang yang panggil Diana ni Ann... Wahh.... Diana rasa seronok sangat sebab Diana memang suka orang panggil Diana ni Ann (Walaupun, tak ada sesiapa pun yang pernah panggil Diana ni Ann)... Jadi, thanks M.C... You're da best...

Perpisahan ~ Latiff Mohiddin

Perpisahan
adalah jarimu
yang merentak
bersama ombak
ke lautan
tiba-tiba membiru

Perpisahan
adalah suaramu
yang merangkak
bersama ombak
ke daratan
tiba-tiba membisu

~ Latiff Mohiddin

Sajak A Aziz Deraman – Lidah Bangsa

Lidah bangsaku tiba-tiba kelu
di hujung satu dekad abad ke-21
buana yang resah benua tidak tentu
akan segala yang mungkin alaf baru,
ketika kuasa-kuasa bertukar haluan
krisis ekonomi gelegak di tangan
budaya hidup yang terencat
sosial manusia yang bejat
di sisi globalisasi liberalisasi
bangsaku hilang berani.

Dari dahulu di bumi merdeka ini
bangsaku bingkas
bangun berdiri
bersatu langkah sederap serentak
yakin bangunkan nusa yang hebat
dimalui disegani dihormati orang
atas kekuatan aneka macam
taat setia rakyat menjulang
satu padu bukan kepalang
sepakat nikmat kemakmuran,
jika muncul aliran baru alur fikir
menerjah tanpa nyata batin zahir
nusa ini akan nanar
jadi pohon tidak berakar.

A AZIZ DERAMAN
Kuala Lumpur

Snow Link Welcome

Saving CB